Assalamualaikum...
"Awak...awak....awak tahu tak? Kite jeles kat awak~ Jeles sangat-sangat. Macam mana awak buat ek? Kite dari dulu lagi mengidamkan apa yang awak mampu buat yang kite tak mampu buat LAGI. Belum ada KEKUATAN nak buat apa yang awak dah dapat buat. Awakkk....boleh share tak? Tips ke apa ke??? Apa-apapun, TAHNIAH kat awak yer...semoga istiqamah! Ameen..."
-Ditujukan buat sahabat kite-
Kekuatan?
Belum ada kekuatan? Apabila berbicara soal kekuatan, terutamanya dalam aspek NAK BERUBAH, mesti ramai yang memberikan alasan belum ada kekuatan...belum bersedia. Kekuatan? Kekuatan perlu dibina. Adanya kekuatan kerana adanya keazaman.KEAZAMAN merupakan satu kehendak dalaman ke arah mencapai sesuatu yang diingini. Walaupun ia kelihatan mudah dan kebanyakan daripada kita termasuk Jasmin sendiri sudah mempunyai keazaman tetapi kemungkinan ia hanya sekadar terpendam di lubuk hati tanpa menjadikannya satu realiti.
"Daripada Abi Hurairah r.a bahawasanya ia telah bersabda :
Seorang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan pada masing-masing terdapat kebaikan, utamakan apa yang memberi faedah kepada kamu dan mohonlah pertolongan dari Allah dan jangan kamu menjadi lemah. Kalau kamu ditimpa sesuatu janganlah berkata : Kalau aku lakukan begini sudah tentu akan berlaku, tetapi katakanlah : Ia takdir Allah, apa yang dikehendaki Allah dilakukanNya, kerana sesungguhnya perkataan (kalau) membuka pintu perbuatan syaitan".
Apa-apa pun, bila tiba masanya nanti, Jasmin akan cuba...cuba untuk berubah macam mana sahabat Jasmin buat. Dalam masa yang sama, bina kekuatan dan jangan tunggu kekuatan tersebut datang bergolek. Selain itu, kena tambahkan ilmu supaya penuh di dada dan jangan biarkan kesibukan duniawi menyebabkan kita jauh daripada tarbiyyah.Ilmu kena tambah. Biar dapat istiqamah! Mudahan Jasmin akan berubah dan bersedia untuk berubah! doa-doakan Jasmin yer~Ameen.
No comments:
Post a Comment