Thursday, June 27

Pseudo-Attachment

Disklemer 1: Ini bukan cerpen pun. Cerpendek ada la. Eh? Time setting pun pendek je. 
Disklemer 2: Jika anda pejuang bahasa yang alergi dengan bahasa rojak, ini bukan bahan bacaan yang sesuai. Sekian.

“La yukallifullahu nafsan illa wus’aha…” kata-kata itu menyapa gegendang telinganya. Terasa tangannya dipegang. Lembut dan menenangkan. Humairaa’ mengangkat wajahnya.

“Means?”

“He, Allah won’t burden you to something that you couldn’t bear.”

“But among all, why me?”

“Just because He loves you. He misses your voice in your prayers. And yes, He loves you.”  Aisyah berhenti sebentar. Saja, memberi ruang untuk Humairaa’. Biar dia tenang dahulu. Mug berwarna hijau aquamarine berisi air French vanilla tea kat depan mata dicapainya dan dibawa ke mulut. Diminumnya dan dibiarkan mengalir membasahi oesophagusnya.




Humairaa’ mengangkat muka. Dia menarik nafas panjang. Pandangannya dilemparkan ke arah landskap ala Jepun di depan rumah kak Aisyah.

“Tapi kak, it hurts me much. Kadang-kadang sampai tak boleh nak buat apa. Kerja tergendala, emosi tak stabil, macam-macam. It’s hurt to hold on, but it’s more hurt to let go. Saya tak boleh nak faham kenapa dia jadi lain. She changes, a lot. She’s not the old her. She’s not the same. Dan, susah saya nak terima, kak.”

“Humairaa’, awak tahu kenapa sakit? Sebab, awak letak erti bahagia derita awak pada dia, bukan pada Dia.”

Zaaaaap, tertujah pisau rasanya. Humairaa’ senyap sebab sentap. Sakit benar tujahan kata-kata kak naqibah dia. Boleh masuk hospital gamaknya. Hilang entah ke mana rasa sedihnya. Mungkin rasa sentap mengatasi.

Aisyah menyambung lagi, “Kalau pasu pecah, nak salahkan pasu ke atau awak sendiri yang letak kat tepi meja?”

“Laa, dah letak tepi meja tu memang cari pasal lah kan?”

“Haaa, tau tak pe. Macam tu jugak hati kita. Dah kita letak pada benda yang tak sepatutnya. Memang macam nak serah diri untuk diremuk berderai lah kan?”

Dushhh. Terasa piano oak spinet 38 inci tinggi 38 inci lebar jatuh atas kepala Humairaa’. Tak mampu nak debat balik walaupun dia pembahas terbaik debat ala parlimen peringkat kebangsaan masa sekolah dulu. 




“Did you ever heard or came across the phrase false attachment?”

“Nope. Kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu, pergantungan palsu. Kalau nak macam saintifik lagi, pseudoattachment?” Haa, hambik. Bila budah biotech berbicara.

“Pseudoattachment pun boleh.”

Mereka gelak. Kemudian senyap semula.

Humairaa’ bertanya, “apa maksudnya tu kak?”

“Pergantungan yang bukan pada tempatnya. Betul lah, pergantungan palsu. Dan pergantungan yang kita rasa pergantungan tu lah yang akan melukakan kita. Macam Humairaa’, mungkin dia tu adalah segala-galanya untuk Humairaa’. Apple of the eyes, kan?”

Humairaa’ hanya mengangguk. Dia teringat betapa dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk dia. Masa, duit, tenaga, penat lelah. Semuanya lah. Kalau boleh, setiap saat nak dengan dia. Tak boleh hilang sikit dari depan mata.

“Dan rasa sakit tu adalah satu sign dari Dia. Ya, Allah jeles la kut. Sebab segala pergantungan seharusnya hanya pada Dia. Macam ni la, kalau ada orang sayang kita sesayang-sayangnya, dan bila kita pula buat tak endah dan sayang orang lain lebih dari dia, siapa tak jeles tak?” Aisyah bagi analogi mudah sebelum menyambung lagi.

“Dan jelaslah, hati kita ni dah terisi dengan dunia.”

Humairaa’ berkerut seribu. Ada riak tak faham. Ada riak tak puas hati.

“Akak, bukan ke dunia tu harta benda kan? Tapi kak, haa, tengok henfon saya tu, dah tiga tahun dah pakai Nokia 3310 lagi. Orang lain dah sampai Samsung SIV dah. Tu pun kira terikat dengan dunia ke?” Humairaa’ bertanya. Bukan sebab meninggi diri, tapi memang betul-betul tak faham.

“Haaa, ni la ramai orang salah faham. Dunia tu tak semestinya harta benda gadget sahaja tahu? Boleh jadi jugak manusia. Orang-orang sekeliling kita. Tempat yang kita suka. Ataupun kita letakkan sepenuh pergantungan kita pada akademik semata-mata. Sindrom no-degree-equal-to-gagal-dalam-kehidupan. Macam-macamlah.” Tekun Aisyah menerangkan.

"

“Oh, begitu ke kak. Selama ni saya ingat dunia tu = harta benda material je. Huhu…”

“Takpe, it’s never too late to learn. And remember Humairaa’, the nature of heart is to seek and love something perfect and eternal. Dunya is neither perfect nor eternal. It’s full of flaw, sis. But akhirah, yes, it’s land of flawless, perfect and eternal.  So, hearts are not made for dunya, sis.But for akhirah. Stop, detach yourself from dunya, because it will breaks your heart apart. Seek akhirah, fill your heart with Allah’s love and place your highest attachment to Him, inshaAllah everything gonna be fine. And leave your heart to Allah, to mend your broken heart. Have faith in Him, sis.” Aisyah mengurut-gurut bahu Humairaa’.

Faham apa yang Humairaa’ rasa kerana dia telah merasainya dahulu. Ya, sakit memang sakit. Tapi lagi sakit jika Allah murka kan? Sakit yang Allah bagi ni sebenarnya tanda Allah sayang. Dia tak nak kita tersimpang jauh lagi.

Humairaa’ tunduk. Insaf. Tersedar dari alam fantasi yang dirasakan begitu sempurna itu. Dan sudah tiba masanya, dia melepaskan semua itu. Bukan melepaskan terus, tapi melepaskan rasa pergantungan dia pada sesiapa sahaja, yang dirasakan melebihi pergantungan padaNya. Ya, hidup ini untuk mati. Dan alam selepasnya. Usah diserahkan pada yang tak layak, sementara dan penuh kekurangan.

“Akak. Terima kasih banyak.”

“Awat nak terima kasih pada akak. Apa yang akak cakap ni, Allah juga yang ilhamkan. Akak ni, Allah jugak yang hantar. Ya, akak ni hanya alat. Sama juga dengan sahabat awak tu. Jangan silap antara alat dan matlamat. Dah..dah, habiskan air ni. Sejuk dah ni. Dari jauh import air ni. Rugi tak habiskan…”

Mereka gelak. Bahagia. Beruntung rasanya punya sahabat yang saling menasihatkan. Agar tak terus lalai, tak terus alpa.

Bahagia. Derita. Letakkan saja pada Dia, bukan dia. Bulat tekadnya.

‘Terima kasih Allah. Terima kasih akak.’ Katanya hanya bergema dalam hati.


Monday, June 24

of driving classes.



Ibarat belajar memandu kereta, 
begitu juga perjalanan sebuah ukhuwwah. 

Pada awalnya agak kekok, 
lama-kelamaan terasa mesra pemanduannya. 

Kemesraan pemanduannya itu bukan tercapai sekali perjalanan. 
Tapi berkali-kali. 
Bahkan dalam sebuah perjalanan itu pasti ada silapnya. 
Tersalah masuk gear, terlaju masuk simpang, nyaris terlanggar orang?
Macam-macam. 

Begitu juga perjalanan sebuah ukhuwwah. 
Tak selalunya suka, 
pasti turut ada duka. 

Pentingnya saling percaya, menerima seadanya bagaimana individu-individu yang bersama dalam sebuah perjalanan itu. 
Kerana masing-masing punya cara tersendiri. 

Maka mereka yang berada dalam sebuah perjalanan itu haruslah saling menasihati agar perjalanan itu lancar menuju destinasi. 

Destinasi sebuah ukhuwwah?
Sudah tentu redha Allah, 
Sudah tentu ingin menatap kembali wajahnya di syurga Allah.

Surah Hijr ayat 46 hingga 48

(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".

Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.



Sumpah, sebuah perjalanan ukhuwah itu sungguh manis. 

Dan seandainya gula tahu betapa manisnya sebuah ukhuwwah berpaksikan Ilahi, pasti gula akan tersipu malu kerana manisnya tidak seberapa.

Monday, June 17

midnight random thought in the mid of final exam.

"When you allow yourself to be TOO ATTACHED to someone, you become weak, overly sensitive, and bruise much too easily. Its not worth it." 
-Yasmin Mogahed- 

oh snap. terkena sebijot!

Ya, belakangan ni memang dapat rasa yang saya 'overly attached' kepada sesetengah orang.

Dan lebih parah, perkara ini menyebabkan emosi saya menjadi kurang stabil, mudah sensitif, lembab, senang distracted, risau terlebih dan macam-macam lagi. 

Allahu, apa nak jadi dengan saya ni.

Bukan nak kata tak boleh 'attach' tapi bersederhanalah. 
Berlebih-lebihan akan menjadi racun, merosakkan. 

Jangan jadikan 'attachment' kita pada manusia mengatasi 'attachment' kita pada Allah. 

Itu 'false attachment' namanya.

Sedangkan Dia yang menemukan kita pada dia. 
Sedangkan Dia yang mencampakkan cinta kita pada dia.
Sedangkan Dia yang menabur rasa rindu kita pada dia.

Kenapa perlu 'attach' pada dia melebihi Dia? 
Kenapa rasa cinta kita pada dia melebihi Dia?
Kenapa rasa rindu kita pada dia mengatasi Dia?

Fikirkan. 

Orang yang paling kita sayang pun boleh menjarakkan diri dari kita.
Orang yang paling kita percaya pun boleh memungkiri janjinya.
Orang yang paling kita rapat pun boleh terpisah. 

Sebenarnya, Allah mahu mengajar sesuatu. Berhenti, berhenti bergantung dan berharap pada manusia melebihiNya. Kerana hanya Dia, hanya Dia yang sentiasa di sisi, hanya Dia yang tepat janjiNya, dan hanya Dia yang mencintai kita tanpa syarat.

Dengarlah amaran keras dari Allah ini. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). 
Surah Taubah : 24


****



Hati. 
Jika diisi lebih dari satu cinta, harapan dan pergantungan,
Maka apa akan terjadi pada yang menciptanya? 

Hati umpama span. 
Bisa menyerap apa sahaja. 
Baik, buruk. 
Kita yang memilih. 

Sesekali tersilap serap, 
yang kita serap itu cinta kepada manusia melebihi cintaNya, cinta pada dunia dan sebagainya,
Ia akan mendasar sedalamnya. 

Hingga nak membuangnya semula, sejauh-jauhnya,
begitu sukar, begitu menyakitkan. 

Juga seperti span,
untuk mengeluarkan apa yang telah diserap, 
perlu diperah semahunya, 
dan sudah tentu sukar dan menyakitkan.

Itulah nilai mujahadah. 
Bukan sekadar usaha memisahkan yang haq dan batil, 
duniawi mahupun ukhrawi, 
tapi mengikis semula apa yang telah terlakar, 

Sabar. Solat. 

Moga Allah membantu. 

p/s : just a midnight random thought, based on true experience though. sensitive pepagi buta.astaghfirullah. and I just wanna out from virology and immunology yang memeningkan kepala. Moga ada manfaat, walau sedikit.




Monday, May 27

kerna dakwah itu cinta, maka ia menuntut segalanya darimu.

Mungkin ada satu fasa dalam kehidupan seorang daie, dia merasakan himmahnya mulai menurun. Payah untuknya istiqomah meniti jalan yang penuh liku ini. Usrah hanya sekadar rutin. Daurah dihadiri atas dasar 'serba-salah-kalau-tak-hadir'. Liqo' dihadiri sekadar memenuhi jadual. 

Usrah dirasakan kering. 
Tak kira usrah atas atau bawah. 
Usrah atas dia hadiri sekadar rutin.
Usrah bawah dia hadiri sekadar buat. 

Mulai rasa bosan. 
Semangatnya dirasakan kurang momentumnya seperti mula-mula ia bergerak dalam dakwah dan tarbiyah ini. 

Dan saya sendiri pernah merasakannya pada satu ketika dahulu.
Untuk satu tempoh yang saya rasakan mungkin agak lama.

Kenapa itu berlaku?

Ayuh semak balik niat kita. Untuk apa kita lakukan ini? Kenapa kita lakukan ini? Adakah untuk sesuatu yang mudah rapuh ditempuh masa? Jika ya, memang patut pun ia berlaku. 

Kerana Ibnu Qayyim Al-jauziah pernah berkata, 

"Lenyapnya sesuatu, akan lenyap bersama dengan sebab"

Jika sebab kita berbuat adalah sesuatu yang rapuh, mungkin sebab mak usrah suruh, sebab kawan buat, sebab serba salah kalau tak buat nanti apa kawan cakap, memang. Alasan itu cukup cukup rapuh. 

Tapi, jika sebab kita berbuat itu kerana Allah, mana mungkin Allah lenyap? Alasan itu sudah cukup kukuh untuk kita teguh mengharungi denai dakwah ini. 

Niat. Itulah yang paling penting. Jika tidak penting, mengapa Imam Nawawi menyusunnya sebagai hadis yang pertama dalam hadis arbain? 

Kedua, semak juga hubungan dengan Allah kerana ia berkait rapat dengan iman. Allah telah mentakdirkan saya untuk menerima tugasan daripada naqibah saya yang osem untuk membuat dan membentangkan tentang Hadis 21 daripada hadis 40. 

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- : Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, aku berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada aku tentang Islam sebuah perkataan yang  tidak  aku tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah .    
(Riwayat Muslim)
Ana begitu terkesan. Apa yang Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam ingin sampaikan di sini adalah untuk mendapat tenaga amal yang teguh dan berterusan, seseorang itu haruslah sentiasa memperbaharui imannya. Maka jelas, istiqomah itu adalah buah-buah keimanan. Bilamana iman seseorang itu teguh, maka apa sahaja mehnah dan tribulasi dalam dakwah dan tarbiyah ini tidak akan menyebabkannya berundur mahupun goyah. 
Mana mungkin istiqomah itu wujud tanpa iman yang teguh. Dan mana mungkin iman yang teguh itu wujud jika hatinya penuh noda. Tidak bersih. Lalai dalam mengingati Allah. Kerana istiqomah itu menuntuni jalan yang lurus. Tiada lagi terpedaya mahupun tergoda pada jalan-jalan yang lainnya. Tiada lagi berpaling kepada suka dan nikmat dunia yang hanya sebentar. 
Hati yang bersih itu tidak lalai daripada mengingati Allah. Terus berusaha mengenali Allah. Terus dan terus. Cinta dan pengharapanNya hanya pada Allah. Hati yang bersih itu mengiakan dan menjunjung tinggi kebesaran dan keagungaNya. Dan ia sanggup untuk menyatukan segenap tenaganya untuk menyerahkannya kepada Allah. 
Kerana hati itu raja. Raja segala anggota. Jika ia telah betul dan patuh, maka betul dan patuh jugalah anggota lainnya. 
Kerana itu, iman berkait dengan istiqomah. Dan iman, berkain rapat dengan hati. 
***
Pesanku untuk kamu. 
Melihat adik-adik yang pernah bersama saya hampir dua tahun, paling kurang pun setahun, yang sudah mula bergerak dalam dakwah ini, saya terasa sangat sebak. Sangat malu sendiri. Melihat mereka mengalirkan air mata pada daurah yang lepas, dan berkata, "kak, banyak lagi kerja yang perlu dibuat, berat kak..." hati saya bergetar. Sebak. 

Turut sekali bersyukur. Kerana mereka punya rasa itu. Dan rasa itu saya kira berjaya dipindahkan oleh muwajih daurah itu kepada mereka. Alhamdulillah. 
Adik-adik yang ana sayangi, inshaAllah kerana Allah.
Memang, tugas dakwah ini berat. Allah sudah berfirman dalam surah Muzammil, 

1. Hai orang yang berselimut (Muhammad), 
2. bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, 
4. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. 
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. 
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. 
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). 
8. Sebutlah nama Rabbmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan

9. (Dia-lah) Rabb masyrik dan maghrib, tiada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. 
Namun kita berbuat kerana cinta. Bukankah cinta menuntut segalanya daripada kita? Masa, wang, harta, tenaga mahupun jiwa kita. Dan yakinlah Allah telah membelinya dengan syurga. Maka apakah yang lebih besar nikmatnya berbanding syurga Allah?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Surah At-taubah : 111
Berangkatlah kamu, biar berat, biar ringan. Kerana ganjarannya tidak terkira. Doa ana untuk antunna. Moga antunna terus tsabat. 
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Surah Taubah : 41







Thursday, May 23

all i want is...



deep in my heart, 
all i want is you to stay.
that's all.

can you hear me? 

of course not.
*sigh*


sepatutnya mukmin itu,
bertemu tak jemu,
berpisah tak gelisah....