Friday, July 19

la'allakum tattaquun.

Humairaa' mengah. Tak pernah-pernah jogging satu pusingan tasik. Aisyah nun dah ke depan, dah masuk dua pusingan. Masih lagi meneruskan lariannya. 

"Haih, akak sorang ni, kalau berlari memang tak ingat dah kita kat belakang ni." bebel Humairaa'. Nafas ditarik dalam-dalam untuk membayar hutang-hutang oksigen yang berlaku setiap penjuru badannya. Otot-otot menjerit-jerit dah mintak nyawa. Setelah nafasnya kian stabil, dia berjalan menuju bangku yang berdekatan. 

Pandangan matanya dilontarkan ke arah tasik. Tasik di Desa Ilmu, tempat biasa dia 'lepak' kalau kepala serabut. Tak tahu kenapa, dia suka duduk situ. Tenang. Cuma kadang-kadang, sakit jugak la mata dia tengok sampah-sampah atau lebih mesra dia panggil Abang Sam. Tak faham dia macam mana la orang boleh buang sampah merata. Civic minded entah ke mana. Jauh lagi ketinggalan dari negara lain. 


Gambar : Tasik Desa Ilmu. 

'Dah 11 Ramadhan.' sekadar monolog. Sambil mata jauh memerhati matahari yang sedang berada di ufuk barat itu. 

'dah dapat taqwa ke aku?' dia sambung lagi. Jauh dia termenung. Tengok jam, 5.30 p.m.

"Haaaa.", suara dari belakang datang menyergah. Badan Humairaa' bergetar, terkejut. 

"Akak ni, selalu macam ni kan? Nasib baik la jantung saya ni sihat lagi tau" Humairaa' membebel. Dia memang jenis yang mudah terkejut hatta dikejutkan dengan benda kecil sekalipun.

"Aseef, aseef. Ingat sedar tadi. Hmm, termenung jauh nampak. Entah apa la yang dia fikir tu?", tanya Aisyah sambil membetulkan badannya untuk duduk di sebelah Humairaa'.

"Tak kak, terfikir. Hari ni 11 Ramadhan, kejap lagi Maghrib dah nak masuk 12 Ramadhan. Dah dapat taqwa ke tak saya ni?"

"Tu biar Allah yang tentukan, inshaAllah, kalau kita sungguh-sungguh taat padaNya, kita doa agar amalan kita diterima, inshaAllah, taqwa tu akan jadi milik kita."

"Akak, ce akak terangkan sikit macam mana dengan puasa kita dapat taqwa?"

"Ermm, sebenarnya banyak aspek bagaimana kita boleh dapat taqwa tu, tapi inshaAllah, akak try explain apa yang termampu. Humairaa' ingat tak ayat mana yang menyuruh kita berpuasa?"

"Alhamdulillah, ingat akak. Surah Al-baqarah ayat 183." 

"Ingat tak makna dia?"

"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."

"Hebat adik akak sorang ni. Allah kata dalam ayat ni, kepada orang-orang yang mempunyai iman, Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu, seperti mana orang sebelum kamu. Siapa orang sebelum kamu itu?"

"Bani Israel?" teka Humairaa'.

"Yup. Bani Israel. Allah juga pernah menyuruh mereka berpuasa. Tapi kalau kita tengok awal-awal surah Al-baqarah, Allah kata, mereka takde taqwa pun. Dan Allah juga menyuruh kita untuk berpuasa, sebab apa?"

"moga-moga kita dapat taqwa, kan? Tapi apa kaitan dia?"

"Haa, akak nak tanya, apa yang Humairaa' rasa sekarang?" Aisyah memulangkan soalan.

"Err, in term of?" 

"Ermm, rasa lapar? Dahaga? Badan lemah sedikit?"

"Adalah sikit, dahaga tu memang lah. Lapar, dari tadi dah buat konsert Ghazal untuk Rabiah."

"Haaa, dari situ laa." 

"Err, still can't get the point. Explain further please?" 

"Maksudnya, masa dahaga dan lapar, tekak kita menjerit-jerit, nak air, nak air. Perut kita pulak dah membebel-bebel, heey apa jadi ni? mana supply makanan? Kan?"

Humairaa' mengangguk-angguk. Aisyah menyambung lagi. 

"Nak tak nak, tekak kita merayu-rayu untuk dibasahi, perut kita merayu-rayu untuk diisi. Badan kita pulak dah rasa lemah-lemah. Tapi ada satu kuasa yang menentang rayuan tekak dan perut kita tu, hingga kita tak menuruti rayuan tekak kita, perut kita. Kerana kita tahu, jika kita ikutkan rasa tekak dan perut kita, maksudnya kita melanggar perintah Allah."

"And the point is?" Berkerut-kerut dahi Humairaa'. Masih belum dapat apa yang hendak disampaikan. 

"The war is going on inside you. The physical war. Your throat is against you, your stomach is against you. Your body is getting weaker and begging you, 'please disobey Allah, please disobey Allah.'. And you stay the entire day of fasting fighting your body and say, 'No! My heart is submitted to Allah.'. Dan sebenarnya secara tidak langsung, masa kita berpuasa, kita melatih hati kita untuk mengawal anggota-anggota badan kita."

"Maksudnya, secara tidak langsung, hati kita menjadi lebih kuat. Tak gitu?" Humairaa' bertanya. Nampaknya sudah mula memahami apa yang ingin disampaikan.

"Yes. Exactly. Tu lah yang akak nak sampaikan. Dan bila selepas Ramadhan, inshaAllah hati kita akan lebih kuat, dan boleh mengawal segala kehendak anggota kita. Tak makan suka hati, tak tengok suka hati dan sebagainya. Dan akak nak tanya, taqwa tu letaknya kat mana?"

"Kat sini." jawab Humairaa' sambil tapak tangannya diletakkan di atas dada. 

"Ya, hati. Pada hati itulah taqwa. Dan pada bulan ramadhan ini, Allah nak latih hati-hati kita supaya lebih kuat menepis kehendak-kehendak nafsu. Ditambah lagi dengan supplement-supplement hati yang lain, qiam, tilawah, solat. Maka moga-moga lepas ramadhan ni, kita jadi hambaNya yang lebih baik. InshaAllah. Itulah yang dikatakan 'moga-moga kamu menjadi orang bertaqwa' dalam ayat tu. Dapat tak?"

"Alhamdulilllah. Faham dah kak. Jazakumullahu khayran jaza'. Moga-moga dah lepas 1/3 Ramadhan ni kita lebih melaju. Ramadhan Vavavuum, bak kata APG. Eh kak, dah nak pukul 6 ni. Tak lama lagi nak berbuka. Jom balik? 

"Jom."

jika benar kau makhluk terbaik, bukti?




kenangan di Kubah National Park, Mukhayyam GenQ.


mentari cemerlang menyinari alam,
gunung teguh mencengkam bumi,
bayu lembut memukul pipi.
ombak setia menerjang pantai.

melihat alam raya,
betapa aku malu,
malu pada mentari yang bercahaya,
taatnya pada tuhan tak pernah sirna.
malu pada gunung yang menjadi paksi,
zikirnya pada tuhan tak pernah henti,
malu pada sang bayu yang lembut berpuput,
patuhnya pada tuhan tak pernah luput.
malu pada ombak yang memukul pantai,
percayanya pada tuhan tak pernah tercerai.

sedang aku, 
dikatakan tuhan sebaik-baik ciptaan.
kadang ingat selalu lupa pada Tuhan,
lupa akan matlamat hidup insan,
bahawa perhambaan seorang insan itu, hanya pada Tuhan

Thursday, July 18

bro, akhlak lu macam mana?

Umat Islam amat mudah dipermainkan oleh isu. 
Bila isu pasangan Cina belum Muslim itu memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh dengan ucapan selamat berbuka puasa dan siap ada cop halal lagi, semua sibuk pung pang pung pang.
Tak habis dengan isu itu, timbul pulak isu anai-anai makan 22 juzuk al-Quran. 
Tak habis lagi, timbul pula isu air minuman rambut Rasulullah shallallahu 'alayhi wasalam. 
Tak selesai lagi, datang pula isu serunding 30 juzuk.

Jika islam hanya pada isu, 
jangan harap dapat manfaat sekalipun sebesar tisu. eh? 

ok. sambung.

Ana tidak berniat hendak menjelaskan betul salah hukum hakam dan sebagainya, cuma ana nak kita sama-sama berfikir tentang satu perkara. 

Akhlak yang indah, 
antara sunnah terbesar Rasulullah shalallahu 'alayhi wasalam yang dilupakan. 

Setinggi mana pun ilmu, 
Dari kulit ke kulit, 
Dengan ilmuan mana pun anda bertalaqqi, 
jika akhlak sumbing, 
hina caci cerca,
tegur keras tak kena dengan orang,
pada ana tiada guna. 

Maaf, mungkin kasar, 
tapi ana sudah rimas, 
rimas dengan ilmuan, orang yang belajar agama, hentam orang sini sana.
tak cukup dengan itu, siap jaja-jaja kesalahan orang kat facebook twitter bagai. 

Cuba kalian fikirkan, 
jika kalian kasar dalam menegur, 
sebetul mana pun apa yang ingin anda sampaikan, 
fokus yang ditegur itu adalah pada cara anda menegur, 
bukan apa yang ingin anda sampaikan. 

hinggakan, 
point anda orang tak dapat, 
tapi yang terkesannya,
akhlak anda yang sumbing itu.

ingat bro, akhlak. Akhlak. 

dan akhirnya dengan itu, orang nampak Islam berpecah belah.

Cuba teliti hadis ini....

Daripada Anas RA, beliau telah berkata, “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badui (a’rabi) lalu berdiri sambil kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah SAW pun berteriak, “Apa yang dilakukannya, apa yang dilakukannya?!” Namun Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya.” Mereka pun membiarkannya sehingga ia meneruskan kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil Arab Badui itu dan bersabda, “Sesungguhnya masjid ini tidak patut terkena kencing dan kotoran sedikit pun. Masjid ini hanyalah untuk zikrullah ‘Azzawajalla, solah dan membaca Al-Quran.” Lalu beliau menyuruh seorang antara mereka untuk mengambil sebekas air dan menyiramkan pada tempat yang dikencingnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

lihat, betapa hikmahnya cara nabi. Subhanallah. Andai kita mengambil teladan akhlak baginda, ana pasti, tidak ada lah berlaku hina caci bagai, tidak adalah label melabel, tidak adalah kutuk dan tidak adalah orang melihat kita berpecah belah. 

Dear muslim friends, wake up. 
Ummah di sana sedang bersatu padu nakkan keamanan, 
menentang kezaliman, 
kita di sini pula menjemput perpecahan. 

Selamat berfikir. 

maaf post kucar kacir, mudahan ada yg tersampai, janji nak online sejam. hehe.


Saturday, July 13

Pengorbanan

Pengorbanan. 

Mungkin biasa didengar, namun hendak melakukan memerlukan mujahadah yang cukup tinggi. Lebih-lebih lagi ia melibatkan sesuatu yang kita suka. 

Bila bercerita tentang pengorbanan, ana sepanjang hari semalam, sepanjang masa terasa efeknya, teringat-ingat, sampai begitu sekali ana terkesan. Kadang-kadang hingga mengalir air mata. Malu.

Sungguh. Ana sungguh terkesan akan pengorbanan seseorang yang inshaAllah saya cintai keranaNya. Tidak perlulah ana menceritakan apa yang beliau telah korbankan tapi yang ana pasti, ana sendiri pun tak mampu nak berkorban sampai sebegitu rupa. Hatta mungkin yang kecil-kecil ana tak mampu! 

Malu. 

credit : Google Image


***

Berkorban di Jalan Dakwah

Bila disebut soal berkorban, apa yang tergambar?

Beban. 
Berat. 
Sulit.
Merugikan.
Menyakitkan. 

Macam-macam perkara negatif. Memang. Kerana berkorban bermakna mengorbankan kepentingan dirinya sendiri demi kepentingan sesuatu selain diri. Dan ia akan merasa berat bagi hati-hati yang tidak memahami urgensi pengorbanan itu terutamanya dalam dakwah.

Namun bagi hati-hati yang memahami esensi sebuah pengorbanan itu, langsung tiada istilah negatif yang dirasakan. Segalanya hanya manis, baik-baik sahaja. 

Malah dia meyakini kalam Tuhannya,

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. 
[QS al-Baqarah:261]

Dia juga meyakini kata-kata agung kekasihNya, Rasulullah s.a.w, 

“Barangsiapa menafkahkan sesuatu dijalan Allah maka akan dilipatgandakan sampai tujuh ratus kali lipat”. (HR. Ahmad)

Agar Berkorban itu Menjadi Ringan

Agar berkorban itu menjadi ringan, perlu adanya cinta. Perkara itulah yang paling dia cintai. Maka, agar berkorban di jalan dakwah itu menjadi ringan, maka dakwah adalah sepatutnya perkara yang paling dia cintai. Kerana ia meyakini bahawa inilah jalan-jalan yang dilalu para nabi. Dia meyakini bahawa jalan inilah yang membawanya ke syurga. Ya, yakin.

Ana teringat kisah para sahabat yang sanggup berkorban demi kelangsungan sebuah dakwah itu. 

Kisah Saidina Abu Bakar radhi Allahu anhu di mana beliau mengorbankan seluruh hartanya untuk hijrah. 

Rasulullah bertanya, “Adakah harta yang engkau sisakan? Ia menjawab, “Ada pada Allah dan Rasulnya.” 

Kerana apa? Kerana cintanya kepada dakwah itu. Cintanya pada Rasulullah shallallahu alayhi wasalam. Dan paling penting, kerana cintanya ia pada Allah. 

Zaid bin Haritsah pula tidak merasa takut melesak ketengah barisan musuh di perang Mu’tah. Kerana yang ia cari adalah syahid dijalan Allah. Ia telah menjual dirinya kepada Allah dengan syurga sebagai harganya. Inilah yang Allah gambarkan dalam firmanNya:

Sesungguhnya Allah Telah  membeli dari  orang-orang  mukmin  diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. 
(QS. At-Taubah:111)

Semuanya Kerana Cinta
Dengan mencintai dakwah sebagai wujud kecintaan kita kepada Allah kita akan merasa ringan ketika harus berkorban dijalannya. Seperti seseorang yang mencintai isteri dan anaknya maka ia akan rela berkorban untuk mereka. Seorang sahabat yang benar-benar mencintai sahabatnya pasti sanggup mengorbankan apa sahaja demi sahabat yang dia cintai. Atau seperti seorang lelaki yang mencintai seorang gadis, ia akan rela melakukan apapun demi mendapatkan cintanya.
Seorang hamba yang mencintai Allah dengan sepenuh hatinya ditanya tentang kebiasaannya yang suka memberikan hartanya dan mengorbankan jiwanya di jalan Allah tanpa perhitungan, apa gerangan yang membuatnya demikian? 
Ia mengatakan, “Suatu ketika aku mendengar sepasang manusia yang sedang mabuk cinta berbisik-bisik di tempat yang sunyi. 
Sang pemuda berkata kepada gadis di sampingnya, “Aku, demi Allah sangat mencintaimu sepenuh hati, tapi mengapa engkau selalu berpaling dariku.” 
Gadis itu menjawab, “Jika engkau benar-benar mencintaiku, apa yang hendak engkau persembahkan sebagai bukti cintamu.” 
Pemuda itu berkata, “Akan aku persembahkan seluruh jiwa ragaku untukmu.” 
Hamba Allah itu berkata, “Ini adalah kisah cinta sesama makhluk, bagaimana jika yang dicintainya itu adalah Sang  Khaliq yang layak untuk dipuja dan disembah?”
Kedua, membiasakan diri dalam berkorban. Para nelayan yang sudah terbiasa menghadapi ombak dan badai serta dinginnya angin malam tidak merasa berat dengan semua itu, mengapa? Kerana mereka sudah biasa. Dengan membiasakan diri untuk berkorban kita akan merasa ringan. Oleh kerananya sejak dari awal sejatinya dakwah harus disertai dengan semangat pengorbanan dan dibiasakan untuk berkorban baik harta, tenaga, waktu bahkan jiwa. Jika perlu diri kita harus dipaksa untuk berkorban agar hal itu menjadi sebuah kebiasaan. Dan yang  harus  memaksanya adalah diri sendiri, bukan orang lain. 
Sunnatullah Perjuangan.
Pengorbanan merupakan sunnatullah dalam perjuangan. Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan dan tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Untuk mencapai suatu tujuan yang sukses dari sebuah upaya perjuangan, maka pengorbanan merupakan suatu hal yang wajib.

Bila seorang yang ikut berdakwah tidak memiliki daya juang yang besar, maka alamat lah ia akan terpental dari jalan dakwah tersebut. Demikian juga mereka yang berkorban hanya setengah-setengah, biasanya mereka akan merasa letih, kehabisan energi bergerak, merasa dirugikan dan sebagainya. Sehingga pada akhirnya mereka akan mundur dari barisan dakwah.

Dan gerabak ini akan bergerak laju. Menuju destinasi. Sama ada dengan kita, atau tanpa kita bersama. 

Maka, kitalah yang memilih, sama ada mahu bersama atau tidak. 
Dakwah tidak akan rugi apa-apa. :) 


Monday, July 1

Raining of Mercy

Humairaa’ menarik nafas panjang lalu menghembuskan semula udara bercampur air, karbon dioksida dan sedikit oksigen itu. Besar rahmat Allah. Hatta dalam setiap nafas itu terselit rahmat-Nya. Dia senyum, sambil memandang Aisyah.

[Credit ]


“Suka sangat hujan.” Humairaa’ berkata sambil tangannya mencapai kopi 3 in 1 cap Mahkota Dewa panas. Matanya memandang ke luar rumah. Hujan turun dengan lebatnya. Mereka duduk di beranda rumah Aisyah, menghadap air terjun buatan tempat bermain si ikan kap. Lepak tarbawi katanya.

“Kenapa?”

“Sebab scent dia. Awesome. Give one’s heart tranquility.”

“Indeed yang turunkan hujan lah yang bagi ketenangan tu kan?”

Humairaa’ mengangguk. Setuju sangat. Kopi 3 in 1 Mahkota Dewa dah separuh dihabiskannya. Hangatnya sesuai dengan mood hujan-hujan macam ni. Tiba-tiba Aisyah bersuara lagi,

“Imagine for a moment that it’s raining. It is pouring, heavily.”

“Tak perlu imagine dah. Memang dah depan mata dah ni. Hehe.” gurau Humairaa’

“Isy budak kecik ni. Orang serius dia main-main pulak.

“Ok ok, my fault. I’m sorry.” Humairaa’ meminta maaf sambil mengelip-ngelipkan mata buat gaya innocent. Lagi innocent dari budak darjah dua.

“And imagine that there is something very different about this rain. Tak pernah tengok kat mana-mana sebelum ni. On this day, it is not raining water. Tapi something yang lebih precious dari tu.”

“Contoh?”

“Duit RM50 berkepuk-kepuk jatuh. Tak henti-henti. Sepanjang hari. Apa yang Humairaa’ akan buat?”

“Uihh, sepanjang hari sanggup bertapa tunggu duit tu. Sampai tak tidur malam pun sanggup.”

“Amboi budak ni. Memang laa, pantang tengok duit…” Aisyah mencuit pinggang Humairaa’. Humairaa’ dah buka kuda-kuda silat gayung yang dah dia belajar zaman sekolah dulu. Pantang betul dia kalau orang main poke-poke ni.

“Respons dia, kemain lagi.” Aisyah hanya tergelak.

“Tak suka la akak.”

“ok ok, lain kali akak janji akak buat lagi.”

“Akak!!!”

“Ok, sambung-sambung. Akak tak habis cerita lagi ni.”

“Ye la ye la…”

“Bayangkan pulak sesuatu yang lebih berharga dari tu Allah nak bagi, sepanjang hari, siang dan malam sepanjang satu bulan?”

“Itu lagi masyuk kak!”


“Itulah umpamanya bulan Ramadhan. Month of blessings. It’s neither thousand dollar bills, nor trillions. But it’s the mercy of Allah subhanahu wa ta’ala. A currency that no human currency could even measure!”

Humairaa' membesarkan mata dia yang memang kecik itu. 
Nampak gaya tamak di situ.
Ramadhan kian hampir.
Seminggu lagi.

Humairaa' memasang niat nak jadi tamak.
Hee. 
Rahmat Allah, nak tamak macam mana pun tak pa lah kan? 
Senyum.

*****
RAINING OF ALLAH'S MERCY DURING RAMADHAN

[Credit : Google]

Prophet Muhammad (peace be upon him) said,
“Ramadan has come to you. It is a month of blessing, in which Allah covers you with blessing, for He sends down Mercy, decreases sins and answers prayers. In it, Allah looks at your competition (in good deeds), and boasts about you to His angels. So show Allah goodness from yourselves, for the unfortunate one is he who is deprived in (this month) of the mercy of Allah, the Mighty, the Exalted.”
 [Narrated by Tabarani]
In another hadith, The PropheT (p.b.u.h_ said: 
“Whoever fasts during Ramadan out of sincere faith, hoping to attain Allah’s rewards, then all of his past sins will be forgiven.” 
[Narrated by Bukhari]
 “When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained.” 
[Narrated by Bukhari]
And also, within this month, there is a night that is greater than a thousands month as Allah told in surah Al-qadr verse 1 - 5 
1. Verily! We have sent it (this Qur'an) down in the night of Al-Qadr (Decree)
2. And what will make you know what the night of Al-Qadr (Decree) is?
3. The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping Allah in that night is better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).
4. Therein descend the angels and the Ruh [Jibrael (Gabriel)] by Allah's Permission with all Decrees,
5. Peace! (All that night, there is Peace and Goodness from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn.


So, what greater loss can there be than to find ourselves standing in the middle of this massive downfall of blessings without collecting all we can of Allah’s mercy?