Tuesday, December 11

kerana berdua itu lebih baik



Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Surah Tahrim : 6]

Sesungguhnya, 
dakwah keluarga ini bukan mudah.
Perlu kekuatan. 
Perlu keazaman.
Perlu kuat hubungan dengan mereka.
Dan yang paling penting.
Hubungan dengan Allah. 

Ya Allah, 
Kau Yang Maha Kuat, 
Maka Kau kurnialah kekuatan kepadaku. 
Dan tingkatkanlah keazaman dalam diriku.

Ya Allah, 
Kau yang Membolak-balikkan Hati,
Maka Kau tetapkan hatiku,
Agar terus taat kepadaMu,
Dan setia dalam mencari cintaMu. 

Allah,
sungguh, 
aku ingin berhimpun dengan mereka sekali lagi di akhirat kelak
di syurgaMu....

*nanges*

*****

InshaAllah. sedang berusaha untuk berdua. 
Kerana ana yakin, 
berdua itu lebih baik, lebih kuat, lebih berpengaruh. 

Ehem, jangan salah faham maksud berdua tu apa. 
Kat fb ramai dah salah faham. 
Aihohehhh.

Ana ada sorang adik. 
Dan bila ada adik sekali bersama dalam DnT ni,
mesti lebih mudah nak ajak family yang lain kan?
Begitulah maksudnya. 
Jelas ? 

oh ya, ana pernah post tentang dakwah keluarga sebelum ni. 







Monday, December 10

of yolk and albumen


jangan keliru mana alat, mana matlamat,
jangan alat dijadikan matlamat, 
matlamat entah, dicampak ke laut.

jom tajdid niat,
Ayuh tajamkan alat,
Demi mencapai matlamat. 


p/s : esok kuiz. sepatutnya dua paper. tapi Allah tolong, mungkin? tiba-tiba lab hari ni sambung petang esok. so tinggal satu je kuiz. doakan ye awak awak yang comel. ^^

p/s/s : makin dekat nak exam, makin gatal tangan nak menaip. hehe. 

p/s/s/s : mood ISK membara-bara, menggelegak-gelegak. sampai conteng conteng note kat atas tu haa. eh. over lah pulak. 


Friday, December 7

aku + kau = KITA

sentap pepagi buta. 


seriyes sentap, sampai tahap rasa ada orang potong bawang kirikanandepanbelakang. eh?

mungkin belum cukup menjiwai rasa kebersamaan hingga merasakan  "lantak la. aku tak guna pun kereta tu. malas aku nak ambil peduli..."

mungkin juga tak rasa aku + kau = kita. 

"Learn to serve. Let go of your ego and offer assistance to others."- Danny and Marie Lena

entah. 

kena ubah sikap ni. 

untuk manfaat diri, dan orang lain jugak. 

jom sama sama jom? eh. 

* noktah bertindih apostrophe penutup kurungan *

Thursday, December 6

Mujahadah Hati






Andai ditanya, apakah cinta Ilahi itu bertapak sepenuhnya dalam hati ini?

Aku hanya mampu menjawab, 



Aku hanyalah insan biasa yang sentiasa bermujahadah agar DIA sentiasa di hati ini. Mungkin belum sampai ke tahap DIA lah sepenuhnya di hati ini, tapi aku yakin, aku dah pun mengorak langkah menuju cinta Ilahi. 

*nanges*

-post ketiga untuk hari ini.huhu-

[tajuk fikir sendiri]

memang betul, seperti yang kau kata...

"berpegang dengan yang asal,namun pemikiran terbukamenjaga pergaulan bukan bermakna tiada pergaulan langsung dgn jantina yg sebaliknyasekalipun tidak bercakap or berbual,kelakuan kita?"

bukan begitu,
cuma aku hanya ingin mencegah, 
menjauhi apa yang ditegah, 
ingin mengelak dari fitnah, 
kerana hatiku mudah goyah,
hingga imanku jatuh rebah, 
dan di kemudian hari menanggung susah.

maaf.
bukan kerana aku syadid. 

cuma...

Andai tak punya keperluan,
Andai tak punya urusan,
Andai sekadar bertanya dah makan atau belum, 
Andai tiada urusan penting,
Andai bukan darurat,
Andai topiknya hanya bertanya khabar,
Andai cuma berkongsi cerita, 
Andai tidak ada topik yang utama,

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
~Ustazah Fatimah Syarha.

memang aku akan membiarkan chatbox itu sepi. tak terbalas. 

[gambar diedit zaman asasi dolu dolu. ouh, saya rindu asasi]


maka fahamilah, hormatilah pendirian aku. 

itu sahaja pinta dariku.

p/s : ada orang marah bila chatbox dibalas sepatah kemudian dibiarkan sepi. sampai tulis tulis kat status facebook. huhu. ukhuwwah teras kegemilangan. peace. 

p/s/s : hari ni memang lah ujiannya sama ja. Allah nak uji kot, sama ada kita buat tak apa yang kita kata. Allahu Allah.bantulah aku untuk terus taat kepadaMu. 


Kerana Cinta Itu.......

Akhawat fillah,
hidup kita ini bukanlah siri telenovela yang pengakhirannya indah-indah sahaja.
Dan bukan pula berkisar dengan kisah cinta yang melulu dalam mencari pasangan hidup semata-mata. 


apa apa yang membawa ke syurga, itu cinta. 
Sebaliknya, bukan cinta namanya. 
Bagaimana mungkin mengatakan sayang tapi mengheret orang yang disayangi ke lembah neraka?
T.T


Nafas seorang mukmin itu punya nilai yang jauh lebih besar daripada itu.
Ia adalah sebuah amanah daripada Allah harus dimanfaatkan di jalan yang benar.
Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja

Bersikaplah biasa dan sederhana, serta singkap kelemahan kita. Kelemahan dalam penjagaan akhlak, kelemahan dalam menjaga ikhtilat.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan itu dirasakan biasa-biasa. Dan dari sesi inilah semuanya bermula. Maka mula timbullah perasaan suka. Ya, aku tahu itu fitrah, dan Islam sangat meraikan fitrah ini, tapi tidak sedarkah kita bahawa syaitan lebih bijak mengipas-ngipas perasaan, siri lanjutan perasaan tentu sangat kalut dan mengharukan?


Dan sebenarnya....

Kita wanita, memang lemah.

Punya jiwa yang lembut dan hati yang sensitif.

Maka, mungkin dengan kata-kata sahaja hati itu sudah terusik.

Maka akhwat fillah.

Berhati-hatilah dalam menjaga pergaulan kita. Kita tahu, ikhtilat yang tidak terjaga akan menggelapkan hati. Kerana kita tahu, hati itu jatuhnya pandangan Ilahi. Maka bagaimana mungkin kita membawa hati yang kotor menghadap Ilahi?

Nilailah dengan hati.

Nilailah secara matang.

Aku tahu, ujian cinta itu berat.

Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini (Al-Quran dan Sunnah) tidak memberi panduan tentangnya?

Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya.

Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah?

Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah.

Bersama redha Allah.

p/s : entah kenapa tergerak untuk menulis. sedangkan sat gi kena hantar assignment, tapi tu lah. tak tenang selagi tak diluahkan di sini. Seriously, sangat disturbed dengan apa yang baru sahaja ana lihat tadi. Allah. jaga dia. Kerana aku tahu Kau lebih menyayanginya lebih dari aku menyayanginya. Dan aku tidak mahu kamu mati, melainkan dalam jalan ini. T.T