Friday, May 7

maaf kerana saya curang...

Assalamualaikum & hye peeps~

Duhai SiputNet (bukan nama sebenar). Jasmin mohon maaf sebab curang. Jasmin sudah ada yang baru. Jauh lebih baik dari kamu. SiputNet, kalau dulu kau setia menemani Jasmin, kini tidak lagi. Sejak akhir-akhir ini, kau mula bikin masalah. Kalau Jasmin ajak "date" kau lambat. Lagi lambat dari siput. Lepas tu, Jasmin ajak "date", seminggu-minggu kau tak nak keluar.

Tak keruan Jasmin dibuatnya. Banyak kerja-kerja Jasmin terbengkalai. Kau banyak susahkan Jasmin. Kalau dulu Jasmin ajak kau untuk bersama-sama Jasmin untuk kemaskini UPU, kau tak nak. Kau suka buat masalah. Minggu lepas, Jasmin ajak kau untuk semak keputusan UPU sama-sama, kau mungkiri. Mungkin sebab badan kau yang besar lagi menyusahkan. Sebab tu, sekarang Jasmin berpaling tadah. Sudah tidak sanggup lagi menanggung derita.


Di saat Jasmin kesepian, datanglah si pengganti. Si pengganti ini jauh lebih baik. Kalau Jasmin ajak date, tidak pernah menolak. Semua pergerakannya cepat. Cekap. Tak macam kau, lambat. Lagi cepat siput yang berjalan. Tatkala dalam kerja Jasmin menimbun-nimbun, si pengganti ni lah penyelamat. Semua kerja Jasmin menjadi jauh lebih cepat. Sekarang, Jasmin dah tak nak dengan kau SiputNet.

Mulai saat ini, kita "break" ok??? Kau boleh berkhidmat dengan orang lain. Jangan pulak kau susahkan orang lain pulak. Sekarang, Jasmin dah dengan BB. Maaf ya SiputNet...

No comments: