Sunday, May 9

10.05.10

Assalamualaikum & hye peeps~

Esok, kebanyakan sahabat-sahabatku akan mendaftarkan diri sebagai pelajar kolej matrikulasi. Tidak kira di labuan, perak, johor dan sebagainya...Manakala bagi pelajar asasi termasuk Jasmin sendiri akan mendaftarkan diri sebagai pelajar pra U di universiti-universiti di serata alam. Semuanya sudah bertebaran di muka bumi Allah ini membawa pelbagai misi. Misi utama adalah jihad fisabilillah dalam menuntut ilmu. Ada juga yang membawa misi untuk menebus kekalahan lalu. Tidak kurang juga ada yang menyambung pelajaran kerana hendak bebas daripada kongkongan ibu bapa. 

Apa apa pun misinya, ingat NIAT kena reset balik. Atur balik niat. Teringat balik semasa zaman persekolahan Jasmin, niat Jasmin belajar adalah semata-mata kerana peperiksaan. Hmm..kalau macam tu lah niatnya, Jasmin yakin, habis peperiksaan kebanyakan yang dipelajari akan hilang. Hilang begitu sahaja. Macam mana Jasmin tahu??? Sebab Jasmin sudah mengalaminya. Niat belajar, niatlah lillahi taala. Kerana Allah SWT.

Teringat perkongsian dari saudara Razif dalam majlis kesyukuran PMG10 dan PJE di sekratariat PERKEPIS...

"Belajar adalah perkara nombor 1, berdakwah bukan perkara nombor 2"

Oleh itu, dalam menuntut ilmu ada lagi perkara lain yang sama pentingnya. Apa2pun, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang kita semua ceburi. Ameen...


No comments: