Monday, May 31

the road not taken...

Assalamualaikum & hye peeps~

Dalam entri Jasmin yang lepas, memang dinyatakan keputusan yang telah Jasmin buat. OK. Pada 21 Mei yang lepas merupakan jawapan kepada debaran yang sangat dinanti-nantikan oleh sesiapa yang memohon dalam Program Penajaan Ijazah Luar Negara (PILN). Turut tidak ketinggalan Jasmin sendiri yang turut memohon dalam program tersebut. 

Jam menunjukkan tepat 4.00 petang. Dengan segeranya Jasmin meng"klik" tab MARA yang lama telah Jasmin bookmark kan.
Dan ini merupakan keputusannya...


selepas mendapat keputusan tersebut, Jasmin sekali lagi berada dalam dilema. Masa yang singkat dan beberapa faktor luaran lain mengekang Jasmin untuk membuat pilihan yang tepat. Pertimbangan yang kurang stabil menyebabkan pendirian Jasmin berubah-ubah. Sekejap nak pilih MARA, sekejap lagi nak pilih UNIMAS. Pendirian Jasmin berubah-ubah. Mungkin kerana apa yang Jasmin harapkan iaitu untuk memasuki KMS atau KMB tidak kesampaian. Pelbagai persoalan yang menjengah dalam kotak fikiran Jasmin...

"Hujung tanjung mana depa nak baling aku nih??"

"Kat mane aku kene kibar lepas ni??"

"betol ke overseas?"
"kalau overseas negara mana?? aman tak negara tu??"

macam-macam persoalan bukan-bukan yang timbul. Memang tidak dinafikan Jasmin berasa amat kecewa kerana tidak mendapat seperti yang diimpikan. Namun begitu, Jasmin turut berasa gembira kerana hampir semua kolejian yang apply PILN berjaya. Syabas!

Setelah menerima keputusan tersebut, diri ini tak habis2 dalam dilema. The road not taken la katakan....
Pada malam tersebut, Jasmin tidak dapat tidur, walaupun sesaat..(tipu...hahaha...tertidur sekejap jee..) Persoalan demi persoalan timbul. Dek kerana takut tersalah langkah...Apa2pun, tidak ada tempat lain untuk mengadu melainkan padaNya

Pada keesokan harinya, Jasmin masih lagi belum mampu membuat keputusan. Hanya keputusan yang mampu Jasmin buat adalah masuk UNIMAS terlebih dahulu then fikirkan perkara tersebut di UNIMAS. Namun, ketika berada di UNIMAS, Allah sampaikan "sign" nya.. Allah berikan saat-saat yang terindah semasa majlis aluan pelajar walaupun disiplinnya agak ketat. Allah kenalkan dengan beberapa orang kakak LO yang sangat baik hati dan insyaAllah boleh menjaga Jasmin. 

Setelah mengharungi MAP yang tidak dapat dilupakan, akhirnya, Jasmin dapat membuat keputusan dan keputusannya telah Jasmin bagitahu pada entri lepas. 

Oleh itu, Jasmin sangat yakin dan percaya, apa2pun masalahnya, kita hendak kembali kepada sang Pencipta

BACK TO OUR CREATOR....

 Mengadu denganNya. InsyaAllah, Allah akan bagi petunjuk yang terbaik buat kita. Walaupun mungkin ada yang menyatakan adalah suatu kerugian bagi Jasmin menolak tawaran tersebut, tapi Jasmin tetap berpegang teguh pada surah al-baqarah ayat 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu perkara. Mungkin kita bersedih sebab tidak dapat apa yang dihajatkan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Janganlah terlalu bersedih sehinggakan tidak mampu melihat keindahan dan hikmah di sekelilingnya. Apa yang penting, banyakkanlah berdoa kepadaNya. Jangan jadi orang yang sombong yang tak kena pada tempatnya. Jika doa kita tidak dimakbulkan, banyak2kan bersabar dan teruskan berdoa. Mungkin apa yang kita hajati tidak sesuai buat kita atau mungkin Allah BELUM memakbulkannya. Mungkin Allah akan memakbulkannya pada masa hadapan atau pada masa-masa yang lebih sesuai atau lebih memerlukan atau mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat kelak. 



SELAMAT BERKENALAN DENGAN REJIM ZIONIS!

mereka bawa bantuan...
tapi israel tembak...
kenapa?
jawapannnya...
SELAMAT BERKENALAN DENGAN ZIONIS ISRAEL...

mereka bawa makanan...
tapi israel serang...
kenapa?
jawapannya...
SELAMAT BERKENALAN DENGAN ZIONIS ISRAEL...

mereka tak bawa senjata...
tapi israel bunuh...
kenapa?
jawapannya...
SELAMAT BERKENALAN DENGAN ZIONIS ISRAEL...

mereka bawa misi murni...
tapi israel tak senang hati...
kenapa?
jawapannya...
SELAMAT BERKENALAN DENGAN ZIONIS ISRAEL...

mereka bukan ancaman...
tapi israel kacau...
kenapa?
jawapannya...
SELAMAT BERKENALAN DENGAN ZIONIS ISRAEL...





mereka bukan tentera...
tapi israel ganggu...
kenapa?
jawapannya...
SELAMAT BERKENALAN DENGAN ZIONIS ISRAEL...

hasrat mereka murni..
bawa bantuan buat gaza...
tapi kenapa?
kenapa ISRAEL LAKNATULLAH serang???
dengan mudahnya...
jawapannya ialah...
SELAMAT BERKENALAN DENGAN ZIONIS ISRAEL!

JOM KITA RAMAI-RAMAI MENEMBAK DENGAN DOA!

“Kita punya Allah Maha Kuasa, DOA sebagai senjata, umat Islam sentiasa boleh, umat Islam sentiasa boleh!!!”




<object width="425" height="344">



Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu




Sunday, May 30

sediakan 10 minit bersama saya~

Assalamualaikum & hye peeps~

Alhamdulillah, sekarang dah berada di rumah bersama keluarga tercinta. Minggu Aluan Pelajar (MAP) UNIMAS baru sahaja berakhir pada 27 Mei 2010. Pelbagai pengalaman yang menarik yang telah Jasmin perolehi di sini. 

23 Mei 2010
Hari tersebut merupakan hari pendaftaran bagi semua pelajar asasi. Turut tidak ketinggalan adalah Jasmin sendiri. Pada hari pendaftaran tersebut, Jasmin berasa sangat berdebar-debar kerana masih "blur" tentang semuanya. 


Alhamdulillah, Jasmin mendapat room mates yang sangat-sangat Jasmin kenali hati budinya. So, tak payah nak risau-risau lagi pasal barang-barang di dalam bilik. Hari pertama, tak de apa2 sangat aktiviti, cuma kemas bilik dan malamnya taklimat susun dokumen dan majlis ikrar pelajar.

24 Mei 2010
Hari yang sangat bagiku. Pada hari ini, aku telah mengangkat sumpah sebagai pelajar pra-U UNIMAS sekaligus aku telah mencapai usia genap 18 tahun. Bak kata kawanku, Legal Age Club..hahaha...


Selepas majlis ikrar pelajar tersebut, ada syarahan dekan, dialog bersama pensyarah-pensyarah, petangnya ada permainan terompah gergasi dan pada malamnya ada tayangan dokumentari pendek tentang Sarawak yang telah disiapkan oleh pelajar UNIMAS sendiri.

25 Mei 2010

Lawatan ke kampus barat dan fakulti perubatan dan sains kesihatan. Saat yang sangat tidak dapat dilupakan ketika berada di fakulti perubatan terutamanya berada dalam bilik Clinical Site L______ (CSL). Semangat ku semakin berkobar-kobar untuk kembali ke fakulti tersebut. Malas nak cerita panjang2, hanya gambar dijadikan santapan.



26 Mei 2010
The great event of the day is memasak ayam pansuh. Memang pertama kali memasaknya. Nasib baik kumpulan kami terdaat orang Iban yang tahu cara memasak ayam pansuh..kalau tak, alamatnya tak jadi la nak merasa ayam pansuh ori..hahah..


ayam pansuh kumpulan monsoi~



27 Mei 2010
Hari terakhir MAP. Siangnya ada gotong-royong dan mencari harta karun serta wasiat apai entah-apa-nama. Malangnya, kumpulan kami x dapat wasiat tersebut.


gambar L.O-L.O

 L.O-L.O kena denda refreshment....hey barang baik.~~~hey barang baik~~~

hmmm..setakat tok jak..malas mok cerita panjang..tiba-tiba rindu dengan...
"jika anda melanggar arahan saya, sediakan 10 minit bersama saya~"

Wednesday, May 26

keputusannya...

Assalamualaikum & hye peeps~

istikharah dibuat...
hati menjadi bulat...
akal menjadi tekad...
keputusan pun dibuat...
hanya diserahkan kepada Yang Maha Esa bulat-bulat...



Alhamdulillah, setelah difikirkan masak-masak dan membuat beberapa perincian kebaikan dan keburukan antara UNIMAS dan Kolej MARA Kuala Nerang, Jasmin bercadang hendak meneruskan pengajian Jasmin di UNIMAS. Jasmin dapati, UNIMAS mempuyai banyak kebaikan daripada keburukan walaupun terpaksa menolak tajaan dari pihak MARA.

Semoga keputusan Jasmin adalah yang terbaik dan mudah-mudahan kita sama-sama berjaya di alam IPT kelak.~~


Thursday, May 20

NEVER BEING LIKE THIS

Assalamualaikum & hye peeps

Keputusan Penempatan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 Bagi Pelajar Lepasan SPM 2009 Tajaan MARA boleh disemak pada 21 Mei 2010 jam 4.00 petang


Keputusan Penempatan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 Bagi Pelajar Lepasan SPM 2009 Tajaan MARA boleh disemak pada 21 Mei 2010 jam 4.00 petang


Keputusan Penempatan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 Bagi Pelajar Lepasan SPM 2009 Tajaan MARA boleh disemak pada 21 Mei 2010 jam 4.00 petang


Keputusan Penempatan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 Bagi Pelajar Lepasan SPM 2009 Tajaan MARA boleh disemak pada 21 Mei 2010 jam 4.00 petang


Keputusan Penempatan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 Bagi Pelajar Lepasan SPM 2009 Tajaan MARA boleh disemak pada 21 Mei 2010 jam 4.00 petang





huh~ since there are no more smaller font, so I stop here k~~
hahahaha..
very simple n short update~

Wednesday, May 19

De-nocturnal-isation

Assalamualaikum & peeps~

Hmm.. I realised since holiday had started which was exactly after SPM, I do have one bad habit
STAY AWAKE UNTIL LATE NIGHT~



hohoho..what a bad habit~ 

My habit nowadays is ALMOST ( hello, I SAID ALMOST, OK???) to nocturnal species.
(REMEMBER the most important fact is I'M HUMAN!)

When come to daytime, I felt tired and sleepy but during nigh time, I'm fully active and act like hyperactive kid.haha..kid?? adoi2~ almost 18 still called herself as kid~

Insomnia syndrome? hmmm..i don't think so because I do sleep but just not at the correct hour.hohoho..

In this case, I think I should change my habit as I'll become a student soon. I need to adjust that because I heard from somewhere2 that sleep late will affect your biological cycle and that lead to restlessness and sleepiness during your daytime. Besides, you will unable to perform to your optimum during the next day~
hohoh..I know, as a student especially university student, I should be productive and can manage my time wisely. So, within this few days before I'm going to UNIMAS, I MUST change my biological clock and adjust it.



OK, I think I should hit my pillow now! yes..

NOW!!!!!!!




Tuesday, May 18

nak buat maksiat?

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim,
"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab,
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." 


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak
tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak. 


Dapat tak ikut syarat-syarat ni???


Sunday, May 16

dengan ini saya meletak jawatan sebagai.............

Assalamualaikum & hye peeps~

Rasa tidak sabar dan amat gementar. Itulah yang menggambarkan macam mana perasaan Jasmin pada saat ini. Esok! Hari yang  Jasmin sangat tunggu-tunggu. Walaupun Jasmin tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk hari esok, akan tetapi entah mengapa hati Jasmin tetap mengharapkan perkara tersebut. Huhu..OK, tutup kes tersebut!

Tanggal 23 Mei, dengan rasminya Jasmin meletak jawatan sebagai penganggur professional. Hohoho...hmmm...sudah hampir 6 bulan Jasmin bergelar penganggur professional. Hmm..kenapa penganggur professional? Haha..sebab Jasmin menganggur bukan sekadar menganggur. Sepanjang cuti, banyak yang Jasmin dapat terutamanya dalam hal-hal kerja di dapur. Kalau dulu Jasmin tak pandai masak ikan & ayam masak merah, sekarang ni nak pandai. Macam-macam resipi dah Jasmin belajar. Chicken black pepper sauce, kek coklat (hohoh..orang lain dah lama pandai~) dan macam-macam lagi. Heheheh~ kira macam persediaan nak menjadi bini orang la nii..hahahahaha~ gatal~gatal~

Selain itu, Jasmin banyak mengikuti pelbagai aktiviti. Daki gunung pun pernah, kena paksa cakap di depan pun pernah, urus program pun pernah. Alhamdulillah. Kalau dulu, Jasmin seorang yang sangat gugup kalau bercakap di depan, sekarang boleh katakan OK.  Kalau dulu “allergic” tengok mikrofon sampai terPARKINSON dek kerana takut, sekarang “allergic” memang “allergic” tapi sekarang “allergic” tengok mic saja, rasa nak bercakap...hahaha... Di samping itu(wahh..macam esei BM..hahaha..) banyak ilmu-ilmu baru yang Jasmin dapat terutamanya dari usrah mingguan remaja KADDAF dan Kelas Fardhu Ain oleh Bang Syeed. Alhamdulillah, ilmu tersebut akan Jasmin bawa sampai bila-bila.

Masa cuti ni jugak, Jasmin mula belajar gitar daripada kazen Jasmin. Sekarang, boleh2la..sekadar tahu chord basic pun OK. Setakat ni, baru 3 lagu (tapi tak sampai hujung~ hahaha) yang  Jasmin master.  Paling Jasmin tak dapat lupa, iaitu menyaksikan konsert gitar classical oleh Peter Corbel di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce. Hmm..bila la agaknya dapat tengok konsert dia lagi ek??? Kalau ada kesempatan, Jasmin nak tengok konsert guitar Sungha Jung dan Kotaro Oshio.

Pengalaman interview...hahaha..antara pengalaman yang tak dapat Jasmin lupa....malas nak cerita lebih-lebih..hahaha....

Dan yang paling PENTING dan SANGAT BERHARGA ialah UKHUWWAH dan PERSAHABATAN. Dalam masa cuti ni, Jasmin sempat berkenal-kenalan dengan ramai sahabat baru. Sahabat yang sangat-sangat rapat hinggakan mendapat gelaran 7 serangkai. Hahaha...walaupun pada saat ni, 3 daripadanya telah pergi melanjutkan pelajaran masing-masing, ukhuwwah tersebut kian terasa. Saat pertama kali jumpa...sungguh tidak disangka...Huhuhu...RINDU NAA  NGAN KITAK ORANG SEMUA...HUHUH~~ SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERJAYA KELAK....AMEEN~ salam ukhuwwah filllah abadan abadaa...

Friday, May 14

Doa Si Kecil

Gementar aku
sekeliling pun kelam
malam ini hanya angin,
selebihnya dingin.

Hujan umpama
baru sebentar teduh, dan
kau hanya memberiku
sehelai gebar lusuh.

Di tubir sukmaku
kepedihan seperti merayap
pengakhiran jalanku
kukira telahlah dekat

Kau yang saat ini
seharusnya mendodoiku, ibu
tak terbayang bahawa
akhirnya begini pilihanmu.

Dan, ketika perlahan
kau baringkanku di luar pintu
berulang-ulang kau tahukah
kupanggili namamu.

Aduh, tak upaya
ke sekian kali ini merayu
siapakah sesungguhnya di sini
antara kita yang keliru?

Kalaupun benar lahirku
disempadani kebencian
mengapakah yang berdosa
bukan peradaban!

Kecil amat aku,
namun ingin benar berdoa
Tuhan, jauhi aku dari
segala mara dan petaka.

Sesiapa, datanglah
dan segera membawaku pergi
aku sedang letih, sejuk dan takut
nestapaku tak terperi.

Nukilan oleh, LIM SWEE TIN (Serdang, Selangor)
- Petikan dari Pusi, Sastera Budaya, Mingguan Malaysia, Edisi 9 Mei 2010 -i


Thursday, May 13

Sunday, May 9

10.05.10

Assalamualaikum & hye peeps~

Esok, kebanyakan sahabat-sahabatku akan mendaftarkan diri sebagai pelajar kolej matrikulasi. Tidak kira di labuan, perak, johor dan sebagainya...Manakala bagi pelajar asasi termasuk Jasmin sendiri akan mendaftarkan diri sebagai pelajar pra U di universiti-universiti di serata alam. Semuanya sudah bertebaran di muka bumi Allah ini membawa pelbagai misi. Misi utama adalah jihad fisabilillah dalam menuntut ilmu. Ada juga yang membawa misi untuk menebus kekalahan lalu. Tidak kurang juga ada yang menyambung pelajaran kerana hendak bebas daripada kongkongan ibu bapa. 

Apa apa pun misinya, ingat NIAT kena reset balik. Atur balik niat. Teringat balik semasa zaman persekolahan Jasmin, niat Jasmin belajar adalah semata-mata kerana peperiksaan. Hmm..kalau macam tu lah niatnya, Jasmin yakin, habis peperiksaan kebanyakan yang dipelajari akan hilang. Hilang begitu sahaja. Macam mana Jasmin tahu??? Sebab Jasmin sudah mengalaminya. Niat belajar, niatlah lillahi taala. Kerana Allah SWT.

Teringat perkongsian dari saudara Razif dalam majlis kesyukuran PMG10 dan PJE di sekratariat PERKEPIS...

"Belajar adalah perkara nombor 1, berdakwah bukan perkara nombor 2"

Oleh itu, dalam menuntut ilmu ada lagi perkara lain yang sama pentingnya. Apa2pun, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang kita semua ceburi. Ameen...


Saturday, May 8

MUKABUKU

Assalamualaikum & hye peeps...

Sekadar perkongsian dari artikel yang telah Jasmin baca tadi. Penggunaan FACEBOOK boleh mengundang dosa yang terlalu banyak. Apakah perbuatan-perbuatan tersebut? Sila klik


untuk mengetahui dengan lebih lanjut

ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...

Assalamualaikum & hye peeps.

Pada hening subuh 24 Mei 1992, kira-kira 18 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri yang tak seberapa cantik tapi sekarang cantik (perasan..aduhhh~). Pada masa tersebut, puteri  tersebut tidak tahu apa-apa melainkan menangis.  Bukan sahaja tatkala lahir puteri tersebut menangis, tetapi berlanjutan sehingga puteri tersebut mencecah usia dua tahun. Bukan menangis biasa seperti merengek lapar atau meminta lampinnya ditukar, tapi boleh dikatakan asal celik mata sahaja  puteri tersebut menangis. Cengeng betul puteri tersebut kan?  Sampaikan ibu kepada puteri tersebut tidak lena tidur sepanjang dua tahun pertama puteri tersebut menghirup oksigen di muka bumi Allah ini.

Bukan tentang puteri tersebut yang  Jasmin hendak ceritakan, tetapi mengenai ibu kepada puteri tersebut. Ibu yang telah bersabung nyawa untuk melahirkan puteri yang kadang-kadang terlupa akan jasa ibunya yang langsung tidak dapat dibeli dengan intan mahupun permata.  Pada hari yang indah ini, mengucapkan kata-kata “selamat hari ibu” sudah tentu tidak cukup. Tidak cukup untuk membalas jasa ibu. Ucapan tersebut tidak mampu menebus kesakitan dan penderitaan yang ditanggung olehnya semasa melahirkan kita. Ucapan tersebut tidak cukup keramat berbanding dengan kata-kata semangat tatkala kita jatuh. Ucapan tersebut tidak mamu menyaingi betapa kasihnya ibu kepada anaknya. Akan tetapi, kata-kata tersebutlah yang mampu mengukirkan senyuman pada wajah ibu.  Kesakitan yang pernah ditanggungnya seolah-olah berlalu begitu sahaja. Bak kata orang, sejuk perut ibu mengandung.

Kepada ibu Jasmin, Selamat Hari Ibu.
Terima kasih atas segalanya. 
Terima kasih kerana mengandungkan Jasmin selama 9 bulan. 
Terima kasih kerana bersusah payah melahirkan Jasmin. 
Terima kasih atas kasih yang telah ibu curahkan. 
Terima kasih atas kesabaran ibu dalam melayani karenah Jasmin yang degil binti keras kepala ini. 
Terima kasih kerana mendidik Jasmin. 
Terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga untuk mendengar sebarang masalah dan rintihan Jasmin. Terima kasih kerana sudi meminjamkan bahu ibu tatkala Jasmin jatuh. 
Terima kasih kerana sentiasa menjadi dorongan buat Jasmin untuk berjaya.

Seribu kemaafan dipohon andai terkasar bahasa, meninggikan suara, merajuk tak kena tempat, memberontak tak terntu hala, janji kadang-kadang tak ditepati, kerja rumah kadang-kadang tak dilaksanakan, termarah yang tak kena, sikap yang menyakitkan.
Ibu, akan Jasmin balas jasa ibu walaupun Jasmin tahu mustahil untuk Jasmin membalasnya. Akan Jasmin balas dengan kejayaan Jasmin. Jasmin akan pegang kata-kata ibu. Nasihat ibu akan Jasmin jadikan pengajaran. Larangan ibu akan Jasmin jadikan sempadan. Apa-apa pun, ibu tetap ibu Jasmin. The one and the only.

Doa Jasmin agar ibu sentiasa sihat dan dipanjangkan umur supaya Jasmin dapat berbakti buat ibu. Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi ibu. Jasmin berdoa agar ibu sejahtera. Sejahtera dunia akhirat. Semoga ibu dijauhkan daripada segala bencana.  Ameen ya rabbal ‘alamin..

Selamat hari ibu buat ibu Jasmin 

SAMSIAH AMIN.

Buat siapa-siapa yang belum mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu mereka, sila ikuti langkah ini.
1. Cari butang “close” pada penjuru kanan atas.
2. Klik butang tersebut.
3.Jumpa ibu anda.
4. Ucapkan “selamat hari ibu” buat ibu.  Cakapkan yang anda sayang sangat-sangat pada ibu anda.
Aih...tunggu apa lagi??? Pergilah...shuh..shuhh...

M A L A S

Assalamualaikum & hye peeps~

I checked my e-mail today and received an email from shell. 
Shell??? Ouh~~
dup 
dap
dup 
dap
yeah..i'm successful & i've to go for Shell Recruitment Day...
Ouh!!
Another phase???
hishh...
just forget it...
i  feel like...
MALAS NAK PEGI...
ok.
I've made up my mind..
I want to take medicine.
So, I decided not to go to the another phase of the interview...
huh~
what a waste of time...
hohoho

Friday, May 7

maaf kerana saya curang...

Assalamualaikum & hye peeps~

Duhai SiputNet (bukan nama sebenar). Jasmin mohon maaf sebab curang. Jasmin sudah ada yang baru. Jauh lebih baik dari kamu. SiputNet, kalau dulu kau setia menemani Jasmin, kini tidak lagi. Sejak akhir-akhir ini, kau mula bikin masalah. Kalau Jasmin ajak "date" kau lambat. Lagi lambat dari siput. Lepas tu, Jasmin ajak "date", seminggu-minggu kau tak nak keluar.

Tak keruan Jasmin dibuatnya. Banyak kerja-kerja Jasmin terbengkalai. Kau banyak susahkan Jasmin. Kalau dulu Jasmin ajak kau untuk bersama-sama Jasmin untuk kemaskini UPU, kau tak nak. Kau suka buat masalah. Minggu lepas, Jasmin ajak kau untuk semak keputusan UPU sama-sama, kau mungkiri. Mungkin sebab badan kau yang besar lagi menyusahkan. Sebab tu, sekarang Jasmin berpaling tadah. Sudah tidak sanggup lagi menanggung derita.


Di saat Jasmin kesepian, datanglah si pengganti. Si pengganti ini jauh lebih baik. Kalau Jasmin ajak date, tidak pernah menolak. Semua pergerakannya cepat. Cekap. Tak macam kau, lambat. Lagi cepat siput yang berjalan. Tatkala dalam kerja Jasmin menimbun-nimbun, si pengganti ni lah penyelamat. Semua kerja Jasmin menjadi jauh lebih cepat. Sekarang, Jasmin dah tak nak dengan kau SiputNet.

Mulai saat ini, kita "break" ok??? Kau boleh berkhidmat dengan orang lain. Jangan pulak kau susahkan orang lain pulak. Sekarang, Jasmin dah dengan BB. Maaf ya SiputNet...

Monday, May 3

UNIMAS...here i come..(niru eiqa)

Assalamualaikum & hye peeps~


Alhamdulillah. Setinggi-tinggi dan selama-lamanya kesyukuran Jasmin panjatkan kepada sang Pencipta atas nikmat dan kurniaNya, Jasmin masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyabar. Teringat kata-kata Abang Syeed,
 “mun sik Allah bersifat Maha Penyabar kepada hamba-hambaNya, lamak dah kita tok sik hidup di muka bumiNya...”
*sik – tidak
*tok – ni
*mun – jika/kalau
*lamak – lama

Keputusan UPU


Keputusan UPU secara rasminya keluar pada 1 Mei 2010. Tapi Jasmin dapat tahu keputusan universiti Jasmin pada malam 30 April 2010. Hmm..macam mana tu??

Kling..kling..kling…(SMS masuk)

Salam..UPU boleh cek skarang…

Sender:
Eiqa
+601X-XXXXXXX

OK. To cut a long story short(pinjam dari Uncle Phang..heheh), Jasmin dapat asasi sains hayat di UNIMAS. Alhamdulillah, bersyukur sebab Jasmin berjaya mendapat tempat di universiti dalam bidang yang Jasmin inginkan. Secara jujurnya, sememangnya pada malam tersebut, setelah mendapat keputusan UPU, Jasmin amat kecewa sebab Jasmin bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di UIAM. (macam orang tak bersyukur…hadoi…hadoi…) Setelah beberapa nasihat daripada insan-insan tersayang, Alhamdulillah, Jasmin pun mula menerima keputusan yang Jasmin dapat. (sampai nak buat rayuan khas melalui Kak Akmar, tapi tak jadi)




Mak & bapak:
Kitak seharusnya happy & grateful sebab kitak mendapat tempat di universiti.


Bang Long:
Aih..terimak jak UNIMAS,ada hikmahnya…
Doa ibu bapak tok, berkat mun kita ekot, ada hikmahnya…


Kak Akmar:
(mula-mula nak appeal, tapi tak jadi…)
Kalau belajar dekat UNIMAS, dekat dengan famili, dekat dengan PERKEPIS, cantik dah Allah susun tu…




Alhamdulillah, sekarang Jasmin nampak beberapa hikmah Jasmin dapat asasi sains hayat UNIMAS.


1. Jasmin dapat dalam bidang yang Jasmin nak.


2. Belajar dalam bidang perubatan (InsyaALLAH, ameen) memakan masa yang agak lama, kalau dekat dengan famili, masa yang agak panjang seolah-olah menjadi pendek.


3. Seperti yang kak Akmar nasihat, kalau belajar di UNIMAS, dekat dengan PERKEPIS.


4. Tidak memakan perbelanjaan yang besar. Kalau Jasmin belajar di UIAM, mungkin Jasmin hanya mampu balik dua kali setahun tetapi kalau belajar di UNIMAS, nak balik tiap-tiap minggu pun boleh. Boleh la Jasmin nak ikut kelas bang Syeed, usrah mingguan…memang cantik Allah susun. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


5. Boleh dikatakan Jasmin jenis yang pelupa. Kalau belajar di Semenanjung M’sia, kalau lupa barang, dokumen..kan dah susah..kalau belajar di sini…senang-senang saja call…”pak, hantar ni pak..hantar tu pak..”


Kesimpulannya (rasa buat karangan…hahaah..)

Jasmin akan mendaftar ke UNIMAS pada 23 Mei 2010 (esoknya hari lahir Jasmin..sempat jugak promote..) Oleh itu, doakan kesejahteraan Jasmin, doakan supaya Jasmin berjaya dan Jasmin bercita-cita untuk menjadi dai’e yang bergerak di hospital (diinspirasikan daripada novel Denyut Kasih Medik oleh Dr. Farhan Hadi). Ameen.


Kepada sahabat-sahabat Jasmin , Jasmin doakan korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Sekadar pesanan yang diambil daripada pesanan yang pernah dipesan kepada Jasmin (hui..berapa banyak pesan daa…)
“Di mana sahaja korang berada, ingat asal usul kita…back to our religion..” –sepupu Jasmin-
“Di mana langit dijunjung, bumi dipijak, udara dihirup….ingat Allah..!” –mak Jasmin-
“JAGA IMAN, JAGA AMAL!” –sepupu Jasmin-

Jasmin berharap, ukhuwwah yang dah terjalin erat antara kita, akan berterusan sehingga hujung nyawa. Jaga dirik masing-masing. Ingat jak..sine2 pun kitak orang berada…Jasmin sayang gilak-gilak dengan kitak orang. Kitak orang yang terbaik yang pernah terbaik yang pernah Allah kurniakan kepada Jasmin. Alhamdulillah. Mudahan kita sama-sama sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan mudahan kita akan berjaya dalam apa juak bidang yang kita ceburi.


-salam ukhuwwah fillah-
mungkin lepas ni tak dapat nak selalu update..huhu