Friday, April 9

Bilakah kesudahannya?


Assalamualaikum & hye peeps~

Ni nak khabaq mai ni, huih~ dah..dah…jangan nak melalut. Alhamdulillah, Momoi (kucing) telah selamat melahirkan anaknya pada hari Selasa yang lepas. Mula-mula Jasmin ingat dia nak beranak pada hari Ahad lepas, sebab tanda-tandanya dah ada. Punya la penat malam Ahad tu Jasmin on call (hoho..berangan nak jadi doctor), semata-mata nak tunggu Momoi beranak. Tapi, sangkaan Jasmin meleset, sebab dia beranak dua hari lewat iaitu hari Selasa. Momoi melahirkan anak pertamanya pada pukul 7.47 pagi dan berakhir pada pukul 10.24 pagi. Lama betul!! Dalam tempoh tu la Jasmin tercangak-cangak duduk depan kandang Momoi semata-mata untuk menantikan Momoi selesai melahirkan anak. OK.Apa yang Jasmin nak cerita ni bukanlah 100% mengenai Momoi. Hari ni Jasmin nak kongsikan kebimbangan Jasmin pada masalah yang berlaku pada zaman ini.

Seperti yang kita dah sedia maklum, di dada-dada akhbar dan kaca-kaca TV tak pernah lekang-lekang daripada kisah-kisah ibu yang saya sendiri tak tahu nak kategorikannya sebagai manusia atau lebih teruk drpd binatang. Sedangkan binatang pun tak de yang perangai macam tu. Teringat pulak comment seorang sahabat kepada status FB sy.

buang bayi? sampai bilakah kesudahannya? apa tindakan kepada mereka yang berperwatakan binatang ini? =_="

 

lalu datangla seorang Sahabat yang meng”comment” kan status ini.

 

kecik ati alu binatang.... disamakan dengan cdak... cdak gik x molah bnda ya.

 

Memang ada kebenaran kata-kata Sahabat. Buktinya, Momoi, kucing saya. Setakat ni, tak pernah tengok anak kucing Jasmin dibiarkan oleh ibunya. Teringat saya kata-kata Imam Al-Ghazali : "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa." 

 

Ya, anak-anak adalah amanat yang Allah titipkan kepada ibu bapa. Oleh itu, adalah sangat ditegaskan bahawa ibu bapa hendaklah MENJAGA serta mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Akan tetapi, jika kita lihat senario pada masa kini, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Bayi yang tidak bersalah dibuang ke dalam tong sampah, dilempar ke dalam sungai dan tidak ketinggalan bayi-bayi ditinggalkan begitu sahaja di surau-surau. Dan yang paling menyedihkan, majority pelaku ini adalah Melayu.. MELAYU BERAGAMA ISLAM. Persoalannya, adakah perihal ini mencerminkan apa yang telah diajarkan oleh ISLAM? TIDAK SAMA SEKALI!!! ISLAM tidak mengajarkan umatnya untuk melakukan perkara tidak berperikemanusiaan tersebut bahkan ISLAM melarang keras kepada perkara tersebut serta perkara-perkara yang membolehkan seseorang terjerumus kepada isu buang bayi. OK, kita ambil contoh mudah.  Allah berfirman:

 

 

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
“Larangan mendekati zina lebih men larangan melakukan perbuatan zina, karena larangan mendekati zina mencakup larangan terhadap semua perkara yang dapat mengantarkan kepada perbuatan tersebut. Barangsiapa yang mendekati daerah larangan, ia dikhawatirkan akan terjerumus kepadanya, terlebih lagi dalam masalah zina yang kebanyakan hawa nafsu sangat kuat dorongannya untuk melakukan zina

Bah.Sudah terbukti kan? Allah SWT melarang keras bukan kepada zina semata-mata, bahkan perkara-perkara yang mendekati zina. Allah Maha Pencipta, maka Allah lah yang Maha Mengetahui fitrah manusia. Barangsiapa yang mendekati daerah larangan, ia dikhuatiri akan terjerumus kepadanya, terlebih lagi dalam masalah zina yang kebanyakan hawa nafsu sangat kuat dorongannya untuk melakukan zina.
Jasmin turut teringat akan perkongsian seorang sahabat yang turut meng”comment”kan status Jasmin.

Bab* ya kecik hati & rasa terhina bila manusia memandang jijik kat nya.. then nya mintak Nabi Musa a.s. memohon kpd Allah supaya tukar bab* ya menjadi manusia.. lepas ya, Nabi Musa madah, Allah setuju nak menukarkan bab* ya menjadi manusia tetapi dengan syarat sikda dikurniakan nikmat akal dan iman.. sik lamak lepas ya, bab* ya madah sik jadi jak tukar nya jadi manusia.. bab* ya kata nya lebih rela terus jadi bab* daripada ditukar jadi manusia tapi sikda akal dan iman.. "Sik pasal2 aku kelak masuk neraka"...

Babi yang terasa hati dan terhina apabila manusia memandang hina kepadanya meminta kepada Allah melalui Nabi Musa A.S supaya Allah menukarkan dirinya(babi tersebut) menjadi manusia. Setelah itu, nabi Musa berkata bahawa Allah setuju untuk menukarkan babi tersebut menjadi manusia tetapi dengan syarat Allah tidak mengurniakan babi tersebut nikmat iman dan akal. Setelah itu, babi tersebut bertukar fikiran dan lebih rela terus kekal menjadi babi daripada ditukar menjai manusia yang tiada akal dan iman. “tak pasal2 nanti aku masuk neraka”

Tengok??? Seekor babi, yang tiada akal, yang kita pandang jijik pun takut untuk dimasukkan ke dalam api neraka. Kita? Manusia yang punya akal dan iman..adakah pernahkah kita berfikiran demikian? Fikir2kanlah.
Teringat pulak kepada ceramah seorang ustaz masa program saya-tak-ingat-namanya..

“Allah boleh menjadikan darjat manusia lebih tinggi drpd malaikat, manakala Allah juga boleh merendahkan darjat kita lebih rendah daripada binatang.”

Nauzubillahi min zalik. So, fikir2kanlah dan muhasabah diri. Adakah di manakah darjat kita sekarang ini?? Renung2kanlah.

Pesanan Jasmin buat diri dan wanita-wanita di luar sana..
Jangan lagi sebagai wanita, kita rela dan mudah diperlakukan sewenang-wenangnya. Bukan sedikit kes yang timbul akibat sifat terlalu "mudah percaya" kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab. 
Kukuhkanlah diri dengan jati diri wanita yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera.

Assalamualaikum.


2 comments:

Anonymous said...

testing~

Jasmin said...

sapa testing ya~~