Monday, February 11

ittaqillah

Alhamdulillah, atas taufiq dan hidayahnya, semakin ramai mahu kembali ke jalan Allah. Sudah ramai juga muharrik yang sanggup menggalas beban dakwah walaupun dia sedia maklum mehnahnya atas jalan yang sangat panjang. 

Dia berkorban masa dan tenaga untuk menghadam segala pengisian tarbawi yang membakar himmahnya. 
Dia telah mendengar segala macam pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit membela umat. 
Dia bersengkang mata di malam hari untuk rukuk dan sujud kepada tuhannya.
Dia menghiasi kotak pemikirannya dengan mengenang nasib ummah yang sedang sakit. 

Tapi...

Aku sedih, rimas mengenangkan para muharik yang saling berbalah. 
Saling menyalahkan. 
Saling membuka aib masing-masing.
Saling menjatuhkan.
Allah. 

Tidak sedarkah bahawa musuh sedang menyusun langkah? 

Ittaqillah! 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Sayid Qutb berkata dalam tafsir Fi Zilalil Quran: “Di sini jelaslah bahawa persaudaraan itu adalah persaudaraan yang lahir dari takwa dan Islam yang menjadi tiang seri yang pertama, iaitu tiang seri yang berasaskan pegangan yang kukuh dengan tali Allah, iaitu dengan perjanjian-Nya, sistem-Nya dan agama-Nya dan bukannya persaudaraan yang lahir semata-mata bermasyarakat yang berlandaskan sesuatu fahaman yang lain atau kerana sesuatu matlamat yang lain atau persaudaraan yang berasaskan pegangan pada sesuatu tali yang lain dari tali-tali jahiliah yang banyak.”

aku meyakini, pasti ada pelangi menanti. 
Lokasi : Baituna Azzahra, Desa Ilmu.


Wahai kau yang mendendangkan gendang perjuangan
Ke mana ukhuwwah dan akhlak islamiyyah yang kau laungkan? 


Wahai saudaraku. 
Wahai saudaraku yang bersama dalam langkah perjuangan ini.
Takutlah kamu pada Allah.
Takutlah kamu pada Allah.
Takutlah kamu pada Allah.

Allah tahu apa ada di hatimu.
Allah tahu setiap langkah perbuatanmu.
Allah tahu segala-galanya.

Apakah tidak ada lagi titik temu kita? fikir-fikirkan. 


Friday, January 25

Cuti Semester Da'ie?

Yeeehaaa (sambil melompat tinggi, eh itu tidak sopan tahu?) Cuti semester datang lagi.

Maka bermulalah episod kita menggemokkan diri dengan jahiliyyah (plus menggemokkan badan) berlaku. Err, mungkin saya seorang, tapi saya assume kita je la untuk mencantikkan bahasa jiwa bangsa okay?

Hmm. Ok seriyes.

Dulu sengat dakwahnya begitu berbisa, 
bila masuk waktu cuti sengatnya entah ke mana.
Dulu semangat dakwahnya berapi-api, 
bila masuk waktu cuti apinya terpadam begitu sahaja.
Dulu imannya dirasakan melonjak-lonjak naik, 
bila masuk waktu cuti imannya bergolek-golek jatuh. 
Dulu solatnya khusyuk, dhuhanya teratur, tilawahnya mantop, qiamnya setiap hari..
bila masuk waktu cuti.
*poof* ghaib!

banggg! pengsan kena tembak. 

Mengapa terjadi begini? 
Sudah disumbat dalam mesin tarbiyah entah berapa lama, dikisar bersama program-program tarbiyah, mengapa ia masih terjadi? 
Mengapa ibadah kita menjadi tenat?
Mengapa iman kita bermusim lonjakannya?

Apakah dengan bercuti semester, itu adalah cuti juga untuk seorang hamba?
Apakah dengan bercuti semester, terbatal tuntutan syahadatul haq buat kita?

Begitukah? 

Geleng geleng laju laju

Lemah Iman.

OK, kali ini betul betul seriyes kerana isu ini memang betul betul seriyes. 


Melihat kepada dahsyatnya fenomena lemah iman hari ini, sebenarnya ia mendorong kita supaya memerhatikan setiap hari dan setiap detik kedudukan dan kesihatan hati dan jiwa kita. 

Sejauh mana dekatnya kita dengan Allah? 
Sejauh mana rasa ubudiyah kita kepada Allah?

Allahu. 

Terperangkapnya kita dalam sumur futur itu kerana kurangnya rasa kedekatan kita dengan Allah. Rasa kehambaan kita padaNya masih belum cukup utuh. Tarbiyah dzatiyah kita masih lagi goyah. 

Masakan tidak, bersama akhowat, ibadah kita meningkat, amal bertambah. 

Bila mereka menjauh? 

Nanges wuwuwu. 

Ketahuilah, betapa pentingnya tarbiyyah dzatiah terhadap setiap jiwa-jiwa yang tunduk kepada tarbiyyah islamiyyah. Menyedari hanya ada dua pilihan sahaja tiada yang ketiga iaitu samada tarbiyyah islamiyyah ataupun tarbiyyah jahiliyyah sahaja, tiada tarbiyah campur-campur, kita perlu melakukan proses tarbiyyah dzatiah di dalam diri kita. 

Tarbiyyah dzatiah ialah tarbiyyah nafsiah yang mana hanya diri sendiri yang melalui proses tarbiyyah itu walaupun perit, pahit dan sakit proses itu tanpa pantauan dari murabbi atau akhowat. Kita sendiri yang kena paksa diri bangun solat pada malam hari, kita sendiri yang membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya tanpa ada paksaan atau pantauan naqib dan naqibah. Sememangnya jalan tarbiyyah ini sungguh getir laluannya namun penghujungnya menjanjikan kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang betul-betul masuk di dalam dakapan tarbiyyah.

Nikmatnya rasa ubudiyyah kita kepada Allah hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang bermujahadah memasukkan diri dalam mesin tarbiyyah dzatiyah. Bersama akhowat atau tidak, di kampus atau tidak, mereka yang mantap tarbiyyah dzatiyahnya sukar tewas dikalahkan oleh syaitonirrajim dan nafsu yang ganas. 

Hubungan mereka dengan Allah terus subur tak bermusim. 
Ibadah mereka terus menguntum tak pernah layu.

credit : 

Kerana mereka yakin, ibadah mereka hanya untuk Allah. Segalanya untuk Allah. 

Allah. Jauh betul saya daripada mereka.

Maka tidak boleh tidak, kesilapan dan kelemahan yang harus dibaiki dengan segera. Malu, malu sampai nak bungkus diri dengan selimut tak nak keluar keluar dah. Eh? Malah, tindakan kita ini seolah-olah menafikan bahawa kehambaan yang tak pernah ada cutinya dan hak dakwah dan tarbiyah untuk terus dilaksanakn sepanjang masa. 

Tidak hairanlah masih ramai lagi tergoleng goleng dalam lembah jahiliyyah. 

Allahu. 

Iman hanya mantap di kampus. Ibadah dan amal meningkat hanya di kampus, lingkaran sakinah (baca : usrah) dan daurah, itu tandanya kita belum benar benar seriyes dalam program tarbiyah dan dakwah kita. Dan yang lebih teruk lagi, kita masih belum menghayati kehambaan kita padaNya! 

Allahu Allah. 

Wahai para da'ie. Ketahuilah, tidak ada istilah rehat sebagai hamba. Tidak ada istilah cuti sebagai daie. 
Cuti seorang daie itu tatkala jasad terkujur layu tanpa roh di dalamnya. 
Rehat seorang hamba hanya di syurga nanti. Yang abadi, dan selama-lamanya. (kelewahan di situ.)

Noktah bertindih, apostrophe, penutup kurungan.

p/s : tulisan ini tak lain tak bukan tembakan tepat ke kepala untuk saya sendiri. Memang bukan mudah, perlu mujahadah, jom sama sama? 



Wednesday, January 23

tarik selimut dan jangan mamai lagi!


Tarbiyyah itu bukan sekadar menerima, menerima dan terus menerima. 
Ia juga adalah proses menerima dan memberi. 

Kemenangan Islam itu tidak cukup dengan golongan yang baik semata-mata. Tapi Islam akan menang dengan adanya juga golongan yang membaikkan orang lain. Soleh wa musleh. 

Kerana apa? 
Kerana panji dan tentera syaitonirrajim itu turut membiak dan beranak pinak dengan cepat. 

Lagi cepat daripada C. elegans [sila klik untuk info] membiak. Eh? 

Maka nak tak nak, kita kena tambah lagi insan-insan yang nak jadi baik dan membaikkan orang lain. Jika seorang bawa tiga orang, tiga orang itu setiap seorangnya bawa tiga orang lagi, tiga orang di bawah setiap seorang daripada tiga orang itu bawa tiga orang lagi. Masyuk! Tengok, dah berapa dapat. Err. kira sendiri ya :) 





Dakwah dan tarbiyah. 
Itulah juga sunnah Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam.
Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam menghabiskan seluruh usianya untuk menebarkan cinta dengan menyebarkan dakwah. 
Saidina Abu Bakar, setelah menerima kalimah tauhid la ilaha illallah terus mengislamkan enam orang sahabat yang lain. 
Di jalan ini juga, Bilal bin Rabah teguh mempertahankan aqidah. Ahad ahad ahad meniti dibibir kala diseksa. 

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."

(QS Fussilat : 33-35)

Maka masih selesakah kita untuk menjadi baik sendiri sendiri? 
Sedangkan masih ramai lagi yang perlu sentuhan dakwah kita? 
Sungguh, kitalah penyambung risalah ini. 

Ayuhlah, tarik selimut itu dan bangkitlah. 
Beri peringatan.
Kerana ramai lagi yang memerlukan sentuhan cinta darimu. 
Jom!


Hai orang yang berkemul (berselimut),
bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah!
Dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah,  dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah

(Al Mudatsir 1-7)

Tuesday, January 22

how tarbiyyah change us.



Dan kerana tarbiyah itu sifatnya mengubah. Mengubah insan kepada kebaikan dan cintakan kebaikan. Alhamdulillah, ana juga antara insan yang telah dijerat tarbiyah. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Pernah terfikir, bagaimana agaknya andai ana tak kenal apa itu tarbiyah. Mungkin sudah mengarut-ngarut entah apa. Nauzubillahi min zalik. 

Melihat perbincangan kami untuk mengatur reunion di sekolah kami dalam satu group di facebook, ana hanya mengukir senyum. Bahagia. Dulunya ana melabel mereka (Allah, jahatnya, ampuni aku ya Allah) sebagai 'budak jahat' siap kena sindir pedas panas telinga lagi. Astaghfirullah. Ampuni aku sekali lagi ya Allah. 

Dulu bagiku bertepuk bertampar dengan lelaki itu biasa.
Dulu fikirku couple itu 'wajib'
Dulu sakit hatiku pada mereka yang bertudung labuh. 
Tudung obor obor kata ku. *ha, sekali hang sekali pakai tudung obor obor Jasmin!

dan macam macam lagi 

Kini, perbincangan lebih matang. Dakwah dan tarbiyyah jalan kami. Allah matlamat kami. Ana tidak kisah 'baju' apa yang kami guna, tapi yang pasti tarbiyah telah kami kepada insan yang lebih baik. 

Alhamdulillah. 
Memang, tarbiyah itu bersifat mengubah. 
Mengubah pandang sisi, mengubah sifat diri. 
InshaAllah. 

Jalannya sumpah osem sumpah panjang. 
Jalannya penuh ujian yang menguatkan. 
Jalannya membugarkan iman yang kian layu.
Jalannya membangkitkan himmah jiwa yang lesu. 
Jalannya menimbulkan rasa cinta kepada seluruh manusia.

Cop cop. Tarbiyyah. Tarbiyyah. Apa itu tarbiyyah? 

Ermm. Tercekik tulang ayam. 

Ikut skema, tarbiyyah itu pendidikan. 

Atau dengan lebih detail, tarbiyah itu satu proses yang panjang, lama dan berterusan, Tarbiyyah itu tidak statik dan bukanlah rigid. Tarbiyyah itu mengubah, mengubah seseorang menjadi khalifah dan abid yang sejati. 

Tarbiyyah, dakwah. Samakah? 

Lain. 
Yang pasti, dakwah itu pasti akan bergerak seiring dengan tarbiyah. 
Mana mungkin seseorang itu mampu berdiri lama andai tarbiyahnya hanya sehala. 
Terus menerus menerima tanpa memberi. 
Dan mana mungkin seseorang itu dakwahnya akan berkesan andai dakwahnya hanya sehala. 
Terus menerus menerima tanpa memberi

Tarbiyah, sifatnya pasti mengubah. 
Melahirkan pemimpin, melahir insan luar biasa. 
Indikatornya adalah rabbaniyyah.


Jadi, buat sahabat-sahabat yang sudah mula menceburkan diri dalam usrah sama ada secara langsung atau tidak langsung harus konsisten dengannya dan menanamkan semangat untuk meneruskan sunah nabi ini. Kita juga harus menghadiri setiap program yang sudah di aturkan oleh murabbi kita supaya di akhirnya kita supaya bisa membina peribadi individu muslim yang utuh. Force yourself! Mujahadah melawan nafsu. Insya’Allah. Semoga perjalanan kita mencari redhaNya dipermudahkan

err.tak reti nak sambung. result dah keluar. alhamdulillah. Agak jatuh gedebuk daripada sem lepas. alhamdulillah. menjangkakan akan mengulang beberapa paper huhu. tapi alhamdulillah, kali ini Allah bantu. keputusan beyond expectation.

mesti ada benda yang Allah nak bagi ana belajar. Mungkin selalu berada di atas, Allah nak bagi pengalaman untuk berada di bawah pulak. Agar belajar berjalan menunduk, hati belajar bersyukur ^^ Dan alhamdulillah, tarbiyyah ini juga mengajar ana untuk bersyukur dan yakin apa yang tertulis untuk ana adalah yang terbaik.

time to rebound. SEM 4. here I come! 







Friday, January 18

Strength

is with none, but Allah.

La haula wala quwwata illa billah

whenever i say this powerful phrase, i feel in my heart that strength comes from Allah, and Allah alone. 

and it loosens my fears of this world. 

so i say it over and over and over again. as to remind myself, that i'll be fine, when Allah is with me



Jazakillah sahabat, for this precious video. 
Jazakillah sahabat for the reminder, the words, the ayah QS 3 : 175, QS 11 : 115, QS 12 : 83, QS 2 : 153. 

The one who has Allah, what she had lost?