Friday, January 25

Cuti Semester Da'ie?

Yeeehaaa (sambil melompat tinggi, eh itu tidak sopan tahu?) Cuti semester datang lagi.

Maka bermulalah episod kita menggemokkan diri dengan jahiliyyah (plus menggemokkan badan) berlaku. Err, mungkin saya seorang, tapi saya assume kita je la untuk mencantikkan bahasa jiwa bangsa okay?

Hmm. Ok seriyes.

Dulu sengat dakwahnya begitu berbisa, 
bila masuk waktu cuti sengatnya entah ke mana.
Dulu semangat dakwahnya berapi-api, 
bila masuk waktu cuti apinya terpadam begitu sahaja.
Dulu imannya dirasakan melonjak-lonjak naik, 
bila masuk waktu cuti imannya bergolek-golek jatuh. 
Dulu solatnya khusyuk, dhuhanya teratur, tilawahnya mantop, qiamnya setiap hari..
bila masuk waktu cuti.
*poof* ghaib!

banggg! pengsan kena tembak. 

Mengapa terjadi begini? 
Sudah disumbat dalam mesin tarbiyah entah berapa lama, dikisar bersama program-program tarbiyah, mengapa ia masih terjadi? 
Mengapa ibadah kita menjadi tenat?
Mengapa iman kita bermusim lonjakannya?

Apakah dengan bercuti semester, itu adalah cuti juga untuk seorang hamba?
Apakah dengan bercuti semester, terbatal tuntutan syahadatul haq buat kita?

Begitukah? 

Geleng geleng laju laju

Lemah Iman.

OK, kali ini betul betul seriyes kerana isu ini memang betul betul seriyes. 


Melihat kepada dahsyatnya fenomena lemah iman hari ini, sebenarnya ia mendorong kita supaya memerhatikan setiap hari dan setiap detik kedudukan dan kesihatan hati dan jiwa kita. 

Sejauh mana dekatnya kita dengan Allah? 
Sejauh mana rasa ubudiyah kita kepada Allah?

Allahu. 

Terperangkapnya kita dalam sumur futur itu kerana kurangnya rasa kedekatan kita dengan Allah. Rasa kehambaan kita padaNya masih belum cukup utuh. Tarbiyah dzatiyah kita masih lagi goyah. 

Masakan tidak, bersama akhowat, ibadah kita meningkat, amal bertambah. 

Bila mereka menjauh? 

Nanges wuwuwu. 

Ketahuilah, betapa pentingnya tarbiyyah dzatiah terhadap setiap jiwa-jiwa yang tunduk kepada tarbiyyah islamiyyah. Menyedari hanya ada dua pilihan sahaja tiada yang ketiga iaitu samada tarbiyyah islamiyyah ataupun tarbiyyah jahiliyyah sahaja, tiada tarbiyah campur-campur, kita perlu melakukan proses tarbiyyah dzatiah di dalam diri kita. 

Tarbiyyah dzatiah ialah tarbiyyah nafsiah yang mana hanya diri sendiri yang melalui proses tarbiyyah itu walaupun perit, pahit dan sakit proses itu tanpa pantauan dari murabbi atau akhowat. Kita sendiri yang kena paksa diri bangun solat pada malam hari, kita sendiri yang membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya tanpa ada paksaan atau pantauan naqib dan naqibah. Sememangnya jalan tarbiyyah ini sungguh getir laluannya namun penghujungnya menjanjikan kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang betul-betul masuk di dalam dakapan tarbiyyah.

Nikmatnya rasa ubudiyyah kita kepada Allah hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang bermujahadah memasukkan diri dalam mesin tarbiyyah dzatiyah. Bersama akhowat atau tidak, di kampus atau tidak, mereka yang mantap tarbiyyah dzatiyahnya sukar tewas dikalahkan oleh syaitonirrajim dan nafsu yang ganas. 

Hubungan mereka dengan Allah terus subur tak bermusim. 
Ibadah mereka terus menguntum tak pernah layu.

credit : 

Kerana mereka yakin, ibadah mereka hanya untuk Allah. Segalanya untuk Allah. 

Allah. Jauh betul saya daripada mereka.

Maka tidak boleh tidak, kesilapan dan kelemahan yang harus dibaiki dengan segera. Malu, malu sampai nak bungkus diri dengan selimut tak nak keluar keluar dah. Eh? Malah, tindakan kita ini seolah-olah menafikan bahawa kehambaan yang tak pernah ada cutinya dan hak dakwah dan tarbiyah untuk terus dilaksanakn sepanjang masa. 

Tidak hairanlah masih ramai lagi tergoleng goleng dalam lembah jahiliyyah. 

Allahu. 

Iman hanya mantap di kampus. Ibadah dan amal meningkat hanya di kampus, lingkaran sakinah (baca : usrah) dan daurah, itu tandanya kita belum benar benar seriyes dalam program tarbiyah dan dakwah kita. Dan yang lebih teruk lagi, kita masih belum menghayati kehambaan kita padaNya! 

Allahu Allah. 

Wahai para da'ie. Ketahuilah, tidak ada istilah rehat sebagai hamba. Tidak ada istilah cuti sebagai daie. 
Cuti seorang daie itu tatkala jasad terkujur layu tanpa roh di dalamnya. 
Rehat seorang hamba hanya di syurga nanti. Yang abadi, dan selama-lamanya. (kelewahan di situ.)

Noktah bertindih, apostrophe, penutup kurungan.

p/s : tulisan ini tak lain tak bukan tembakan tepat ke kepala untuk saya sendiri. Memang bukan mudah, perlu mujahadah, jom sama sama? 



No comments: