betapa aku kecewa,
dalam mereka sengsara,
kau bermain bahasa.
jihad mereka,
demonstrasi mereka,
syahid mereka,
kau pertikaikan?
ingin aku bertanya pada kau,
kau setuju?
tubuh mulus anak kecil ditembus peluru?
kau setuju?
manusia dibunuh dibakar tak hirau sendu?
kau setuju?
masjid gereja dihancurkan jadi debu?
lupakah kau pada sabda nabimu,
jika kau tak hiraukan tentang nasib umatmu,
kau bukan daripada kalangan mereka?
fikirlah dengan mata hati,
andai kau masih punya hati.
****
credit : FB
Pada masa ini, bukanlah masanya kita mempertikaikan soal yang tidak patut, merendahkan orang lain dan memandang remeh usaha mereka.
pada masa ini,
yang mereka perlu,
bukan hujah yang melukakan.
mereka perlu doa kita.
Jangan hanya kerana kita tidak sefikrah dengan mereka, kita tidak mahu bersama mereka. Ketahuilah, yang bersama demonstrasi menentang kudeta itu bukan sahaja Ikhwanul Muslimin, akan tetapi mereka yang cintakan kebenaran tanpa mengira fikrah yang mereka bawa.
Cepat benar kita melabel mereka Khawarij,
apakah As-sisi itu setanding Saidina Ali?
Hingga kau kata, demonstran itu khawarij?
Jauh! Jauh sekali.
Kau kata Mursi diktator,
lupakah bahawa Mursi itu presiden pertama yang dipilih rakyat secara sah?
Diktator, baru setahun memerintah?
Biar betul?
Kau kata mereka bodoh,
kata mereka Islam lawan Islam,
sekarang bukanlah Islam lawan Islam,
tapi ia adalah antara haq dan batil.
Islam dan munafiq atau fasik,
dan sesuatu yang seumpamanya pernah berlaku pada zaman Nabi!
Ketahuilah,
golongan munafiq, zalim, fasiq itu,
di sisi manusia memanglah mereka Islam,
tapi di sisi Allah?
Untuk siapa masih lagi insist kata ia adalah islam lawan islam,
Apakah Islam menghalalkan darah muslim yang lain?
Yang benar-benar Islam takkan membunuh,
apatah lagi membunuh orang yang sedang rukuk dan sujud.
Yang benar-benar Islam takkan membakar masjid dan gereja.
apatah lagi membunuh orang-orang di dalamnya.
Fikirkan.
Dan yang berada di medan itu,
bukanlah mereka yang mencetuskan kekacauan,
tapi mereka berhimpun,
untuk mengembalikan Presiden yang dipilih secara sah oleh mereka yang diculik entah ke mana.
Lupakah kita,
mereka yang di medan itu,
bagaimana mereka menghidupkan Ramadhan mereka?
Malam-malam mereka diisi dengan terawih, munajat dan qiamullail.
Inikah khawarij yang kamu maksudkan?
Tanya hati, cenderung pada mana.
Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, nanti kamu disentuh api neraka. [Hud :113]