Monday, April 29

Allah tengah ajar redha dan sangka baik :)

Tengah memandu, telefon berdering. 

Panggilan masuk.

Skrin ditatap.

Dia? 

luruh jantung. muka terasa hangat. kaki menggeletar. kugagahkan jua menekan pedal minyak. 

'tak pernah selama ini dia call. paling-paling SMS atau e-mel sahaja. itupun bila hanya ada urusan benar-benar penting sahaja.' sekadar bermonolog.

lantas aku menjawab, minda yang sudah disetkan bahawa suara lelaki di hujung talian nyata meleset apabila suara seorang wanita di hujung talian. Dalam serak-serak basah, namun suaranya amat kukenali walau baru berkenalan selama 3 bulan. 

"Assalamualaikum, Meen. buat gapo tu?" suaranya lembut, keibuan, pasti menenangkan siapa yang mendengarnya.  

"Ibu, Meen tengah drive ni. Nak balik rumah." ringkas aku menjawab. 

Ibu. Bukan ibunya sebenar, tapi itulah panggilan mesra Meen kepada wanita itu.

"Oh, Meen berhenti dulu boleh? Ada benda penting nak kabo..."

Penting? Penting sangatkah sampai nak suruh aku berhenti sekejap. Aku pelik. Tak sedap hati pun ada. Tanpa berlengah aku memberhentikan kereta di bahu jalan betul-betul di depan institut belajar memandu di Desa Ilmu. 

"Ibu, Meen dah berhenti ni. Ada apa ibu?" 

"Meen, ibu nak tanya, andai suatu barang tu, orang bagi pinjam, tuan punya barang tu ada hak nak ambil balik kan?"

Seribu persoalan bermain di minda. Rasa tak sedap hati terus menyelubungi. Ingin menolak firasat hati. Sedaya upaya. Namun, ketenangan si pemilik suara di hujung talian menolak rasa bukan-bukan dalam hati. Tidak mungkin.

"Ha'ah. betul tu bu. Kenapa ye bu?" aku menyoal. Ingin merungkai persoalan di minda. 

"Meen, Allah itu Maha Memiliki, dan Dialah berhak mengambil apa yang Dia miliki. Meen, Allah dah ambil Nu'man daripada kita...."

Saat seakan terhenti. Gelap. Sukar untuk percaya apa yang baru sahaja dituturkan oleh ibu.

***

Susunan Allah pada kita, adakala sukar untuk kita menerimanya. Setelah diuji, kita terus diuji, seolah tanpa henti. Kaki sudah rasa penat melangkah, seolah tak sanggup lagi menghadap sesuatu yang gelap pekat yang dipanggil sebagai masa depan. 

Insan yang merasakan hidup bertuhan itu pasti memahami dan mengerti bahawa seluruh yang kita miliki bukan milik kita secara mutlak. Segalanya milik Allah. Dan bila kita tahu bahawa benda itu bukannya milik kita dan ia milik Allah, maka hati kita harus meyakini bahawa Allah akan mengambil barang miliknya bila-bila masa sahaja. Sama ada dengan kita rela atau tanpa kita rela.

Maka, bila kita yakin, mengapa kita perlu berdurja atas kembalinya sesuatu itu pada tuannya? Siapa kita untuk menahan dia untuk diambil kembali oleh tuannya?

Itulah takdir Allah. 
Hati mukmin itu pasti redha, dan terus bersangka baik padaNya. 
Galilah hikmahnya. 

28.04.2013
Perginya mujahid muda nun di hujung Malaysia sana. 
Doakan agar rohnya bersama dengan orang soleh dan beriman. 

Selamat beristirehat, anda. 


2 comments:

Tengkubutang said...

85

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Tengkubutang said...

85

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/