Santapan jiwa, sentapan hati.
Whatapps nun dari akhowat makan kimchi.[baca : Korea]
Terus muhasabah bagaimana hubungan dengan Allah.
(credit : gambar kucing dari fb)
**
Tiga Elemen
Ketiga-tiga elemen itu menjadikan kita sebagai manusia.
Yalah, ruh, jasad tanpa akal, jadilah kita binatang. Tanpa jasad, itu jin namanya. Oke. Seriyes.
Ketiga-tiga elemen itu saling memerlukan.
jasad kita bisa lemah,
akal juga bisa buntu.
tapi,
kekuatan ruh mampu mengatasinya.
inshaAllah.
ruh yang kuat,
kuat hubungan dengan tuhannya.
***
Hubungan dengan Allah.
Murobbiyah selalu berpesan,
"Antunna yang berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini, terutamanya kumpulan ini yang bawak usrah, perlu jaga hubungan antunna dengan Allah, jaga qiam kita, jaga tilawah. Kalau boleh sebut satu-satu nama mutarabbi antunna dalam tahajjud antunna..."
Seorang akhwat juga pernah berkata,
"Hati yang kuat hubungannya dengan Allah, dia akan mudah menyentuh hati-hati yang lainnya..."
Tunduk. Malu.
***
Firman Allah
Firman Allah s.w.t maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Isra’ : 79)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”.
(Surah al-Dzariyat:15-18)
***
Cukup bersyukurkah kita?
Ana juga terkesan dengan kisah di mana Aisyah radhi allahu anha bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa salam kenapa dia perlu solat malam sampai bengkak-bengkak kaki baginda sedangkan baginda telah dijamin syurga.
Tahu apa jawapan baginda.
Lejen. Epik. Menyentap. Kalau-tak-malu-lagi-tak-tahulah.
"Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"
Sedangkan Baginda yang maksum lagi solat sampai bengkak kaki, kita yang baaanyaaak dosa dan tak tentu lagi masuk syurga ini?
Bengkak mata tidur!
***
"Bangun tahajjud, macam-macam bisikan jahat dalam hati. Bagusnya aku, akhowat lain tak bangun. Macam mana ni? Tak perlu buatlah."
Mujahadah. Istighfar.
Benar, syaitan takkan hasut kita perkara di luar kapasiti kita.
Syaitan tak mampu nak hasut kita untuk tak buat, dia akan cuba rosakkan amal kita.
Hingga yang tinggal, tiada apa-apa.
Astaghfirullahal 'azim.
Tidak dinafikan, lintasan-lintasan hati itu kadang-kadang ada. Mujahadah, istighfar saat lintasan hati itu datang, dan banyak berdoa pada Allah. Allah pegang hati bukan? InshaAllah, Dialah yang akan kuatkan dan teguhkan hati kita untuk menepis bisikan syaitan.
Untuk tidak melakukan sesuatu kerana nak jaga hati, bagi ana itu suatu 'extreme value' yang perlu dielakkan.
Lawan. Mujahadah.
Allah pasti bantu.
***
Susahnya nak bangun!
Set alarm, minta kawan kejut, itu perkara teknikal yang boleh kita buat.
Hindari hari-hari kita daripada maksiat, agar kita tidak terhalang daripada bangun menghadapNya. Kerana kekuatan untuk bangun malam itu bukan letak pada lemahnya jasad, tapi rapuhnya jiwa dengan maksiat.
Mungkin bukan mudah, sama-sama kita mujahadah.
InshaAllah, lama-lama pasti terbiasa. Serahkan juga pada Allah, serahkan keyakinan pada Allah, Dialah yang akan mengejutkan kita, sangka baik padaNya bahawa Dia pasti akan mengejutkan kita.
Ana menulis ini sebenarnya khas untuk ana sendiri. Teguran diri sendiri. Mengajak diri sendiri terlebih dahulu. Kerana ana tahu ana jauh lebih doif berbanding kalian yang membaca.
Jika kita mampu bangun pagi untuk tengok bola, untuk belajar sebab esok nak hekzem, kenapa kita tak mampu nak bangun solat malam?
Mungkin, kita sama-sama boleh lazimi dengan solat dua tahajjud terlebih dahulu. Jika dah terbiasa, tambah lah lagi dengan solat-solat lain.
Alah bisa tegal biasa, inshaAllah :)
kuatnya hubungan kita dengan Allah asas ruh kuat.
Kata-katanya penuh hikmat,
dirinya sentiasa selamat,
wajahnya terserlah hamba yang taat,
dicintai mukminin mukminat,
bijak, akal sentiasa sihat,
dibangkitkan dengan wajah bercahaya di hari kiamat,
dipermudah hisab di hari akhirat,
melintas di titian sirat seperti kilat,
menerima buku amalan di sebelah kanan pada hari akhirat.
No comments:
Post a Comment