Friday, January 25

Cuti Semester Da'ie?

Yeeehaaa (sambil melompat tinggi, eh itu tidak sopan tahu?) Cuti semester datang lagi.

Maka bermulalah episod kita menggemokkan diri dengan jahiliyyah (plus menggemokkan badan) berlaku. Err, mungkin saya seorang, tapi saya assume kita je la untuk mencantikkan bahasa jiwa bangsa okay?

Hmm. Ok seriyes.

Dulu sengat dakwahnya begitu berbisa, 
bila masuk waktu cuti sengatnya entah ke mana.
Dulu semangat dakwahnya berapi-api, 
bila masuk waktu cuti apinya terpadam begitu sahaja.
Dulu imannya dirasakan melonjak-lonjak naik, 
bila masuk waktu cuti imannya bergolek-golek jatuh. 
Dulu solatnya khusyuk, dhuhanya teratur, tilawahnya mantop, qiamnya setiap hari..
bila masuk waktu cuti.
*poof* ghaib!

banggg! pengsan kena tembak. 

Mengapa terjadi begini? 
Sudah disumbat dalam mesin tarbiyah entah berapa lama, dikisar bersama program-program tarbiyah, mengapa ia masih terjadi? 
Mengapa ibadah kita menjadi tenat?
Mengapa iman kita bermusim lonjakannya?

Apakah dengan bercuti semester, itu adalah cuti juga untuk seorang hamba?
Apakah dengan bercuti semester, terbatal tuntutan syahadatul haq buat kita?

Begitukah? 

Geleng geleng laju laju

Lemah Iman.

OK, kali ini betul betul seriyes kerana isu ini memang betul betul seriyes. 


Melihat kepada dahsyatnya fenomena lemah iman hari ini, sebenarnya ia mendorong kita supaya memerhatikan setiap hari dan setiap detik kedudukan dan kesihatan hati dan jiwa kita. 

Sejauh mana dekatnya kita dengan Allah? 
Sejauh mana rasa ubudiyah kita kepada Allah?

Allahu. 

Terperangkapnya kita dalam sumur futur itu kerana kurangnya rasa kedekatan kita dengan Allah. Rasa kehambaan kita padaNya masih belum cukup utuh. Tarbiyah dzatiyah kita masih lagi goyah. 

Masakan tidak, bersama akhowat, ibadah kita meningkat, amal bertambah. 

Bila mereka menjauh? 

Nanges wuwuwu. 

Ketahuilah, betapa pentingnya tarbiyyah dzatiah terhadap setiap jiwa-jiwa yang tunduk kepada tarbiyyah islamiyyah. Menyedari hanya ada dua pilihan sahaja tiada yang ketiga iaitu samada tarbiyyah islamiyyah ataupun tarbiyyah jahiliyyah sahaja, tiada tarbiyah campur-campur, kita perlu melakukan proses tarbiyyah dzatiah di dalam diri kita. 

Tarbiyyah dzatiah ialah tarbiyyah nafsiah yang mana hanya diri sendiri yang melalui proses tarbiyyah itu walaupun perit, pahit dan sakit proses itu tanpa pantauan dari murabbi atau akhowat. Kita sendiri yang kena paksa diri bangun solat pada malam hari, kita sendiri yang membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya tanpa ada paksaan atau pantauan naqib dan naqibah. Sememangnya jalan tarbiyyah ini sungguh getir laluannya namun penghujungnya menjanjikan kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang betul-betul masuk di dalam dakapan tarbiyyah.

Nikmatnya rasa ubudiyyah kita kepada Allah hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang bermujahadah memasukkan diri dalam mesin tarbiyyah dzatiyah. Bersama akhowat atau tidak, di kampus atau tidak, mereka yang mantap tarbiyyah dzatiyahnya sukar tewas dikalahkan oleh syaitonirrajim dan nafsu yang ganas. 

Hubungan mereka dengan Allah terus subur tak bermusim. 
Ibadah mereka terus menguntum tak pernah layu.

credit : 

Kerana mereka yakin, ibadah mereka hanya untuk Allah. Segalanya untuk Allah. 

Allah. Jauh betul saya daripada mereka.

Maka tidak boleh tidak, kesilapan dan kelemahan yang harus dibaiki dengan segera. Malu, malu sampai nak bungkus diri dengan selimut tak nak keluar keluar dah. Eh? Malah, tindakan kita ini seolah-olah menafikan bahawa kehambaan yang tak pernah ada cutinya dan hak dakwah dan tarbiyah untuk terus dilaksanakn sepanjang masa. 

Tidak hairanlah masih ramai lagi tergoleng goleng dalam lembah jahiliyyah. 

Allahu. 

Iman hanya mantap di kampus. Ibadah dan amal meningkat hanya di kampus, lingkaran sakinah (baca : usrah) dan daurah, itu tandanya kita belum benar benar seriyes dalam program tarbiyah dan dakwah kita. Dan yang lebih teruk lagi, kita masih belum menghayati kehambaan kita padaNya! 

Allahu Allah. 

Wahai para da'ie. Ketahuilah, tidak ada istilah rehat sebagai hamba. Tidak ada istilah cuti sebagai daie. 
Cuti seorang daie itu tatkala jasad terkujur layu tanpa roh di dalamnya. 
Rehat seorang hamba hanya di syurga nanti. Yang abadi, dan selama-lamanya. (kelewahan di situ.)

Noktah bertindih, apostrophe, penutup kurungan.

p/s : tulisan ini tak lain tak bukan tembakan tepat ke kepala untuk saya sendiri. Memang bukan mudah, perlu mujahadah, jom sama sama? 



Wednesday, January 23

tarik selimut dan jangan mamai lagi!


Tarbiyyah itu bukan sekadar menerima, menerima dan terus menerima. 
Ia juga adalah proses menerima dan memberi. 

Kemenangan Islam itu tidak cukup dengan golongan yang baik semata-mata. Tapi Islam akan menang dengan adanya juga golongan yang membaikkan orang lain. Soleh wa musleh. 

Kerana apa? 
Kerana panji dan tentera syaitonirrajim itu turut membiak dan beranak pinak dengan cepat. 

Lagi cepat daripada C. elegans [sila klik untuk info] membiak. Eh? 

Maka nak tak nak, kita kena tambah lagi insan-insan yang nak jadi baik dan membaikkan orang lain. Jika seorang bawa tiga orang, tiga orang itu setiap seorangnya bawa tiga orang lagi, tiga orang di bawah setiap seorang daripada tiga orang itu bawa tiga orang lagi. Masyuk! Tengok, dah berapa dapat. Err. kira sendiri ya :) 





Dakwah dan tarbiyah. 
Itulah juga sunnah Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam.
Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam menghabiskan seluruh usianya untuk menebarkan cinta dengan menyebarkan dakwah. 
Saidina Abu Bakar, setelah menerima kalimah tauhid la ilaha illallah terus mengislamkan enam orang sahabat yang lain. 
Di jalan ini juga, Bilal bin Rabah teguh mempertahankan aqidah. Ahad ahad ahad meniti dibibir kala diseksa. 

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."

(QS Fussilat : 33-35)

Maka masih selesakah kita untuk menjadi baik sendiri sendiri? 
Sedangkan masih ramai lagi yang perlu sentuhan dakwah kita? 
Sungguh, kitalah penyambung risalah ini. 

Ayuhlah, tarik selimut itu dan bangkitlah. 
Beri peringatan.
Kerana ramai lagi yang memerlukan sentuhan cinta darimu. 
Jom!


Hai orang yang berkemul (berselimut),
bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah!
Dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah,  dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah

(Al Mudatsir 1-7)

Tuesday, January 22

how tarbiyyah change us.



Dan kerana tarbiyah itu sifatnya mengubah. Mengubah insan kepada kebaikan dan cintakan kebaikan. Alhamdulillah, ana juga antara insan yang telah dijerat tarbiyah. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Pernah terfikir, bagaimana agaknya andai ana tak kenal apa itu tarbiyah. Mungkin sudah mengarut-ngarut entah apa. Nauzubillahi min zalik. 

Melihat perbincangan kami untuk mengatur reunion di sekolah kami dalam satu group di facebook, ana hanya mengukir senyum. Bahagia. Dulunya ana melabel mereka (Allah, jahatnya, ampuni aku ya Allah) sebagai 'budak jahat' siap kena sindir pedas panas telinga lagi. Astaghfirullah. Ampuni aku sekali lagi ya Allah. 

Dulu bagiku bertepuk bertampar dengan lelaki itu biasa.
Dulu fikirku couple itu 'wajib'
Dulu sakit hatiku pada mereka yang bertudung labuh. 
Tudung obor obor kata ku. *ha, sekali hang sekali pakai tudung obor obor Jasmin!

dan macam macam lagi 

Kini, perbincangan lebih matang. Dakwah dan tarbiyyah jalan kami. Allah matlamat kami. Ana tidak kisah 'baju' apa yang kami guna, tapi yang pasti tarbiyah telah kami kepada insan yang lebih baik. 

Alhamdulillah. 
Memang, tarbiyah itu bersifat mengubah. 
Mengubah pandang sisi, mengubah sifat diri. 
InshaAllah. 

Jalannya sumpah osem sumpah panjang. 
Jalannya penuh ujian yang menguatkan. 
Jalannya membugarkan iman yang kian layu.
Jalannya membangkitkan himmah jiwa yang lesu. 
Jalannya menimbulkan rasa cinta kepada seluruh manusia.

Cop cop. Tarbiyyah. Tarbiyyah. Apa itu tarbiyyah? 

Ermm. Tercekik tulang ayam. 

Ikut skema, tarbiyyah itu pendidikan. 

Atau dengan lebih detail, tarbiyah itu satu proses yang panjang, lama dan berterusan, Tarbiyyah itu tidak statik dan bukanlah rigid. Tarbiyyah itu mengubah, mengubah seseorang menjadi khalifah dan abid yang sejati. 

Tarbiyyah, dakwah. Samakah? 

Lain. 
Yang pasti, dakwah itu pasti akan bergerak seiring dengan tarbiyah. 
Mana mungkin seseorang itu mampu berdiri lama andai tarbiyahnya hanya sehala. 
Terus menerus menerima tanpa memberi. 
Dan mana mungkin seseorang itu dakwahnya akan berkesan andai dakwahnya hanya sehala. 
Terus menerus menerima tanpa memberi

Tarbiyah, sifatnya pasti mengubah. 
Melahirkan pemimpin, melahir insan luar biasa. 
Indikatornya adalah rabbaniyyah.


Jadi, buat sahabat-sahabat yang sudah mula menceburkan diri dalam usrah sama ada secara langsung atau tidak langsung harus konsisten dengannya dan menanamkan semangat untuk meneruskan sunah nabi ini. Kita juga harus menghadiri setiap program yang sudah di aturkan oleh murabbi kita supaya di akhirnya kita supaya bisa membina peribadi individu muslim yang utuh. Force yourself! Mujahadah melawan nafsu. Insya’Allah. Semoga perjalanan kita mencari redhaNya dipermudahkan

err.tak reti nak sambung. result dah keluar. alhamdulillah. Agak jatuh gedebuk daripada sem lepas. alhamdulillah. menjangkakan akan mengulang beberapa paper huhu. tapi alhamdulillah, kali ini Allah bantu. keputusan beyond expectation.

mesti ada benda yang Allah nak bagi ana belajar. Mungkin selalu berada di atas, Allah nak bagi pengalaman untuk berada di bawah pulak. Agar belajar berjalan menunduk, hati belajar bersyukur ^^ Dan alhamdulillah, tarbiyyah ini juga mengajar ana untuk bersyukur dan yakin apa yang tertulis untuk ana adalah yang terbaik.

time to rebound. SEM 4. here I come! 







Friday, January 18

Strength

is with none, but Allah.

La haula wala quwwata illa billah

whenever i say this powerful phrase, i feel in my heart that strength comes from Allah, and Allah alone. 

and it loosens my fears of this world. 

so i say it over and over and over again. as to remind myself, that i'll be fine, when Allah is with me



Jazakillah sahabat, for this precious video. 
Jazakillah sahabat for the reminder, the words, the ayah QS 3 : 175, QS 11 : 115, QS 12 : 83, QS 2 : 153. 

The one who has Allah, what she had lost? 

Wednesday, January 16

hakikat

Bila jiwa runsing, kepala serabut, hati berkecamuk. 
Tersepit, dihimpit emosi dalam mencari solusi. 
Hasilnya hanya emosional berbanding rasional.

Lupa. 
Lupa akan hakikat bahawa hakikat hamba yang lemah. 
Lupa akan hakikat bahawa hakikat Allah yang berkuasa atas sesuatu.
Lupa akan hakikat bahawa Allah Maha Mendengar saat orang lain tidak mendengar. 
Lupa akan hakikat bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya.
Lupa akan hakikat bahawa semua yang terjadi itu adalah kehendakNya dan apa yang terjadi itu tiada apa melainkan yang terbaik bagi seorang hamba. 

Saat kita lupa,
Allah datangkan hambaNya untuk mengingatkan. 
Ada yang mengingatkan directly ada yang secara indirect.

Seseorang tulis ini. kena sebiji sebijot! mungkin tak ditujukan direct, tapi Allah yang menggerakkan hati dan jari beliau untuk menaip ni kan? :')


Alhamdulillah. Segalanya dari Allah kan?

p/s : maaf seandainya ada sesiapa yang rasa tak patut dengan tulisan saya kat mana mana. Jazakillah for everything. 



telah dinyahaktifkan

Allah yang bagi rasa 'terasa' itu. 
Biarpun sesuatu itu bukan untuk kita.

Allah yang bagi rasa 'sentap' itu.
Biarpun 'sentapan' itu untuk orang lain.

Kerana Allah bagi teguran dengan pelbagai cara. 

Alhamdulillah. Twitter telah dinyahaktifkan. 
Kerana lebih banyak mudarat daripada manfaat. 
Pemerhatian sepanjang tiga minggu bertwitter. 

1. Orang cenderung tulis hal peribadi. 
*sila terasa*

2. Orang cenderung nak merapu meraban.
*sila sentap*

3. Orang cenderung nak sumpah sumpah seranah
*ok bukan saya. tapi kalau ada bagitau k*

4. Orang cenderung lebih outspoken tak kena pada tempat
*batu hempap kepala* 

kalau rasa diri anda begitu. 
ada dua pilihan, UBAH atau NYAHAKTIF.
saya pilih NYAHAKTIF! 

Tuesday, January 15

hati ini kembang mekar

Ibarat bunga yang kembang mekar, cantik bersama dahannya. 
Ibarat bunga yang layu kuyu, kusam terpisah dengan dahannya. 


hati yang mekar bersama tarbiyah

T.A.R.B.I.Y.A.H

Hakikat hati bersama tarbiyah. 
Hakikat hati berpisah dengan tarbiyah.

Tarbiyah yang asli
bisa menggetarkan hati
terus bergerak memburu redha Ilahi.
membangkitkan jiwa-jiwa yang rindukan Allah 
untuk berjihad fi sabilillah.

Tarbiyah yang asli 
menggegarkan iman 
terus bangkit mengejar cinta Allah. 
sanggup berkorban tanpa kenal lelah payah. 
Harta dan jiwa, 
mereka korbankan tanpa keluhan. 

Tarbiyah yang asli 
menggugah jiwa. 
Jiwa-jiwa ini bangkit merawat jiwa-jiwa yang sakit. 
Jiwa ini tidak senang untuk duduk senang. 

Tarbiyah yang asli 
membungakan pengharapan.
Pengharapan yang digantungkan setinggi-tingginya hanya padaNya.
Keampunan dariNya menjadi dambaan jiwa.

Tarbiyah yang asli
menggerakkan amal. 
Mereka beramal hanya kerana Allah semata. 
Mereka redha kepada Allah.
Allah redha kepada mereka.

Kerana tarbiyah, hati ini terus hidup. 
Kerana tarbiyah, hati ini kenal tuhannya.

Kerana tarbiyah, hati ini memilih jalan ini. 

jalan ini.

JALAN MENUJU SYURGA.


Monday, January 14

Love is A Verb - Put An Emotion in Motion

"Oh Allah, I love You."

"I love Allah soo mucchh!"

"I love Allah more than anything". 

****

We used to tell others that we love Allah. And we used to hear the same from others too. 

Let's think. 

Did our actions reflect what we have said? We claimed that we love Allah, but is it 'love' that we are referring to? To become disobedient, to become unfaithful, to become sinful?

To Love is To Please Allah 

Love - indeed, it's a verb. 

It needs actions. You have to prove your words. 

How? 

Let me give an analogy. 

If you love someone, what will you do? 

You will treat him/her nicely. 
You will try to obey all the orders. 
Maybe you will sacrifice everything. 
Your money, your time, your energy and you might even you don't mind to put your life at risk just because of him/her. 

Why? 
Just because you want to please him/her.

Agree?

And now, look around you. 
Look at your mum. 
Look at you dad. 
Look at your friends. 
Then look at yourself. 
Consider your pumping heart, your functioning body parts and many more. 

Next, 
Take a deep breath. 
Open your eyes, heart and mind. Think.

Abundant of ni'mah that have been given by Allah to us. And His blessings are uncountable.

"And if you were to count Allah's favors, you would not be able to number them ; most surely Allah is the Most Forgiving and the Most Merciful" [surah An-nahl : 18]

Hence, we should show our gratitude towards Allah by serving and pleasing Him. Follow syariah  and sunnah truthfully and do not deviate from the teachings. 

CAIS UNIMAS [3.01.2013 - Studyweek]


True Love : Put An Emotion becomes Motion

A person who really love what they do will succeed in their work. 
A lecturer, who loves to teach will succeed in teaching (emm.reminds me of Dr. Lee) more than a lecturer who teaches for the sake of money.
A student, who loves a subject, will score on his/her favourite subject.
A chef, who loves to cook, succeeds more than a chef who does not like their job.

Applying the same logic, only a person who genuinely loves Allah will worship and serve Allah wholeheartedly. It produces servitude and submission all the time and in all place. Whatever condition it is, the sweetness of love of Allah relieve all the hardships and the bitterness of difficulties. 

You who believe!  If you turn away from your religion, soon will Allah produce a people whom He loves and they love Him.

[Surah Al-Maidah : 54]


the end.


p/s : It takes time for me to finish typing this entry. And I feel some part of this entry seems tergantung. (Ehem dengan izin tuan pengerusi...) Phewww. I just can't remember when was the last time I wrote in English and I always realized my English proficiency was always below average. huhu. So, as an effort to enhance my level of english, i would like to try to write in English (although i know i will commit lots of grammatical error)


Wednesday, January 2

untuk awak. untuk saya. untuk kita.

Kawan.
Bersama tiap rinai doa.
Ada namamu diiring pinta.
Semoga kita tetap bersama.
Meski di mana kita berada.
Semoga Allah sentiasa di hatimu dan hatiku.
Dalam tiap waktu. 

***


Kompilasi Hidup 2012
Pelbagai cereka berkisar,
Bermacam episod tersiar, 
Ribuan lukisan hati terlakar. 

Sukar digambarkan dengan kata-kata,
namun itu hakikat graf kehidupan seorang hamba.

Mudah-mudahan Allah sentiasa
memasukkan kita ke tempat masuk yang benar,
atau mengeluarkan kita ke jalan keluar yang benar,
dan mendatangkan dari sisiNya sebuah kekuatan yang menolong kita,
yang melepaskan beban dari dada kita
yang membersihkan kekalutan dari fikiran kita 
dan yang mengeluarkan penyakit dari tubuh kita.

Semoga terus setia bernafas dalam jiwa hamba.
Biar bukan mudah,
Jika bersama pasti segalanya boleh,
Jom bersama kita tempuh?