Saturday, June 9

syarat boleh tengok cerita korea.

Yang pasti dua perkara yang jauh bertentangan tidak akan berada dalam satu tempat yang sama pada masa yang sama. Mana mungkin tempat yang gelap bisa terang pada masa yang sama. Mana mungkin tempat yang busuk wangi pada masa yang sama. MANA MUNGKIN.

Begitu juga hati. Hati itu, memang sukar benar menjaganya. Kerna pada hati itu ada dua tarikan yang sering menarik tanpa henti. Tarikan keimanan mahupun tarikan syaitan. Dua perkara tidak bisa duduk di dalam hati kita pada masa yang sama. Jika bukan Allah dalam hati kita, maka syaitanlah yang menguasai hati. Jika bukan iman dalam hati kita, maka bisikan nafsulah yang menguasai hati. 



Cuba renungkan. 

Bagaimana hati itu bisa terang andai dunia yang menyelubungi hatinya?
Bagaimana bisa menuju Allah andai masih terikat dengan nafsu syahwatnya?
Bagaimana akan dapat menuju hadrat Allah padahal dia masih lalai?

Tak pernah berkumpul dua perkara di tempat dan masa yang sama
Takkan berkumpul kejahatan dengan kebaikan,
Takkan berkumpul kegelapan dengan cahaya,
Takkan berkumpul diam dengan gerak, 
Takkan berkumpul riak dan keikhlasan.

Demikian pula cahaya iman berlawanan dengan kegelapan akibat masih bersandar kepada sesuatu selain dari Allah. 
Demikian pula berjalan menuju Allah haruslah bebas dari belenggu hawa nafsu.

Maka, kitalah yang memilihnya. 
Sama ada mahu terus dalam samar jahiliyyah atau sinar keimanan. 
Bagaimana caranya?



TARBIYYAH. 
tarbiyyah bukan segala-galanya, 
tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah. :)


"kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takutkan Allah. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" [2:74]

klik gambar untuk lebih calcium




p/s :

ana amat tertarik dengan kata-kata Mr. Fairuz masa kuliah maghrib di masjid UNIMAS. 

"boleh kalau nak tengok cerita korea, yang penting masa tengok cerita tu, ingat Allah..."

hmm. cerita korea mengingatkan kita pada Allah kah? 




post ini teguran untuk diri sendiri terutamanya. 

No comments: