Saturday, May 5

tak tahu nak letak apa

Ana tiba-tiba segan untuk menulis di wall group itu, dari semalam tulis tak terpost-post. *penyakit aneh* 
maka izinkan ana mengerepak di sini untuk ukhtie fillah semua. 
*walaupun ana tahu probability untuk antunna baca ini 0.01% haha. adoi*


Ukhtie fillah, 


Pada saat ini, 
berusahalah berhabis-habisan, 
kerana takdir itu di hujung usaha,
selagi belum sampai ke penghujung, 
selagi itulah tenaga dikerahkan untuk berusaha. 
Siapa berusaha, dia berjaya. 
Ayuh ukhtie...!


jangan kenal erti putus asa, 
kerana putus asa tiada dalam kamus hidup seorang akhowat..! 


AKAN TETAPI, 
peringatan utk ana terutamanya, 
dan juga antunna ukhtie fillah, 
perbanyakkan sujud padaNya. 
Jika kau merasa lemah,
Pintalah kekuatan dari Yang Maha Kuat.
Pohonlah kejayaan dari Yang Memberi Kejayaan. 
Allah tidak tuli. 


Ukhtie fillah
Tundukkan hati, rendahkan diri, ringankan tangan untuk berdoa padaNya. 
Sesungguhnya kejayaan itu dari Dia. 
Maka tak lain, pintalah pada Dia. 
Berusahalah kerana Dia. 
Untuk menegakkan agama Dia. 


antunna berusaha, natijahnya serahkan pada Allah subhanahu wa ta'ala. 
apapun natijahnya, yakinlah itulah yang terbaik...! 
Bersangka baik, bersangka baik, ukhtie. 


Bittaufiq wan najah...! 
Man jadda wa jada..!


*****


Antunna sangat osem. 
Moga terus-terusan menjadi osem. 
Moga terus-terusan melakukan perubahan diri.
Istiqamah dan terus tsabat, ya ukhti. will u? 


*ok kek ini sangat buat ana tacing*




Moga Allah menjagamu di mana sahaja antunna berada semasa cuti nanti. 
Moga sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Ilahi...
*tetiba rasa tacing pulak. :') hadoi*


Andai kita tidak ditakdirkan berjumpa lagi, 
moga Allah pertemukan kita di JannahNya. 
*berdereyaekmatasejakbilaakujadicongektokhohuha*





No comments: