Tuesday, February 28

kahwin

Assalamualaikum & hye peeps.


kahwin. 
bila membicarakan soal kawen, cuaca tiba-tiba berubah musim bunga, angin sepoi sepoi bahasa. 
eh. hah sudah. 


eh. apa mimpi dok cakap tentang kawen? ok, ini perkara seriyes. SANGAT SERIYES!


ana perasan, ana lihat ramai pemuda-pemuda, pemudi-pemudi tak lepas membicarakan soal kahwin.
ya, ana mengaku, adakalanya ana sendiri turut membicarakan soal itu.
tak kira facebook, mahupun blog.


soal baitul muslim ini, 
tiada masalahnya tentang baitul muslim itu sendiri,
kerana baitul muslim adalah tangga-tangga yang wujud untuk menuju ustaziatul alam.


tapi yang salahnya seolah-olah itu sahaja yang mampu difikirkan.
itulah corak pemikiran.
ibarat,
tiada perkara yang lebih penting.
tiada agenda yang lebih besar.


pesan buat ana dan antum. (ana copy dari facebook)


daripada menjadi akhowat yang sentiasa bermain di bibirnya,


"siapakah bakal imamku...?"

"siapakah bakal pemimpinku...?"

"adam dan hawa" 


dan sebagainya, adalah lebih baik menjadi seorang akhowat yang sentiasa bermuhasabah


"siapakah aku di sisi Allah kelak...?

"cukupkah sudah kugunakan masa mudaku ini untuk berbakti kepada Islam...?"


cukupkah perjuangan kita wahai ukhti mahabbah fillah?? 
Ada baaaaanyakkkkk perjuangan belum terlaksana. 
Ada baaaanyaaaaakkkkk lagi jalan mujahadah yang belum kita lalui.
Ada baaaaaanyaaaaakkkk lagi skop dakwah yang perlu kita jelajahi selain daripada persoalan-persoalan fitrah yang sentiasa meniti-niti di bibir remaja Muslimah.


Jalan tarbiyyah seorang muslimah BUKAN SEKADAR MAWAR BERDURI dan menanti-nanti untuk memiliki putera agama. 


Pimpinlah dirimu sebaiknya sebelum dipimpin.
Gunalah masa muda ini untuk berjuang semaksima mungkin menyumbang darah dan keringat. 
Masih ramai golongan masyarakat di luar sana yang memerlukan SENTUHAN TARBIYYAH berbanding SENTUHAN FITRAH.


AYUH, UBAH SKOP MINDSET KITA...!

p.s : bukan sekadar untuk akhowat sahaja..!

Saturday, February 18

coretan

dulu
pernah diri ini menginginkan sesuatu,
namun kini
aku berada di sini
subhanAllah
cantiknya susunan Allah



di sini 
aku mula cinta Tuhanku
aku mula kenal agamaku



aku pernah berduka, 
aku pernah bersedih,
tapi andai hikmahNya yang dicari
pasti tumbuh redha di dalam hati
di situlah letaknya kemanisan


esok akan kembali ke UNIMAS tercinta. 
universiti tarbiyyah.
alhamdulillah, 
bersyukur sangat-sangat kerana Allah pilih ana untuk lalu jalan mudah yang sukar ini.


tadi delete post2 lama di facebook, 
terfikir, 
andai ana tak berada dalam tarbiyyah
mungkin antum semua dah muntah hijau berdarah muak tengok post post ana yang ana sendiri pun tengok rasa macam hoiiiii-takde-keje-lain-kah-hang-nak-mencarut-kat-sini


tapi thru time, berubah sedikit demi sedikit.
itulah magiknya tarbiyyah!
mudah-mudahan terus tsabat. inshaAllah. 

Thursday, February 16

nafas baru

assalamualaikum & hye peeps.


Cuti semester tinggal dua tiga hari.
Maka bermulalah episod sebagai seorang pelajar.
eh, skema. hadoi.


Yuran, alhamdulillah settle.
E-daftar dah buat.
Pendaftaran kursus yang menagih kesabaran juga selesai.
*mak ana terus tanya, "jadual exam dah keluar?" hadoi. semangat.*


Alhamdulillah, moga-moga ini yang terbaik buat ana.


InshaAllah, ana cuba susun gerak kerja yang lebih teratur untuk semester dua ni.
Sebab betapa pentingnya kita menyusun atur prioriti kita.


Teringat masa induksi program PERKEPIS satu ketika dulu.


Susun kerja ikut keutamaan


penting dan utama
tidak penting tapi utama
penting tapi tidak utama
tidak penting dan tidak utama


Teringat juga satu perkongsian oleh ustazah Halimah Alaydrus semasa Seminar Sayyidah Khadijah Al-Kubro,


kita harus susun hidup kita dengan sebaik mungkin. ibarat meletakkan batu besar, batu kecil, batu kerikil dan pasir ke dalam sebuat balang. yang mana paling besar, kita letakkan dulu. oleh itu, kita letakkan batu besar dulu, kemudian isi batu kecil. Setelah itu baru isi batu kerikil dan kemudian pasir. baru boleh kita isi semua benda tersebut dalam satu balang.






bayangkan kita isi pasir terlebih dahulu, dapat tak kita isi balang itu dengan semua benda. tidak bukan? begitulah kehidupan kita. jika kita isi dengan yang tidak utama dulu, maka habis lah, yang utama ketinggalan.


Itulah, sebagai pelajar anda harus tahu keutamaan anda. Suka kata-kata ini,


"Dakwah is the first, study is not the second!"


Mungkin ada yang berkata,


"studi tu dunia je, tak penting pun untuk akhirat..."
*gelenggelengkepalasebabadajumpaorangmacamni*


jika itulah mentaliti kita, maka lahirlah orang-orang Islam yang memandang enteng dengan study, tak ambil berat, assignments tak siap dan macam macam lah.


wahai sahabat-sahabatku, 
ingat, setiap apa yang ada kita adalah satu amanah. Pancaindera kita amanah, harta kita amanah dan hatta study kita pun amanah titipan dari Allah. Apabila kita menganggap study kita satu amanah, maka kita akan nak yang terbaik. Apabila kita nak yang terbaik, sudah tentulah kita nak berusaha sebaik mungkin. 


betul ke dunia semata-mata?
tidak. mungkin benar apa yang ana antum belajar tiada kaitan dengan ilmu agama. Seperti ana, ambil course biotech. tapi, boleh lah kita jadikan apa yang kita pelajari sebagai alat untuk capai matlamat iaitu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. bukankah Allah ada berfirman,


sesungguhnya pada semua petala langit dan bumi, terdapat dalil-dalil kekuasaan Allah oleh orang-orang yang beriman. Juga pada penciptaan dirimu dan penciptaan segala makhluk bergerak yang berkeliaran di permukaan bumi ini, terdapat pula dalil-dalil kekuasaan Allah untuk kaum yang meyakini. [surah Jatsiyah:3-4]


sebagai contoh, ana belajar segala macam cell, metabolism, reaction dan sebagainya. tidakkah kita terfikir betapa agungnya rabb kita? SubhanAllah, cantiknya susunan ilah kita. hatta yang sekecil-kecil organisma hingga sebesar-besar galaksi pun punya sistem. Sangat teratur dan tersusun. Apatah lagi kehidupan kita. Allah nak tunjuk di sini, semua benda perlu sistem sistematik. Kehidupan, gerak kerja kita juga perlukan sistem yang teratur dalam hidup kita.


wahai para dai'e,
tahukah kalian, kita boleh berdakwah dengan membuat yang terbaik
mendapat yang terbaik dalam study kita? 
ya, ini adalah "sihir" untuk memudahkan penyampaian dakwah. 
ini adalah alat untuk mencapai matlamat


yalah, sekarang era di mana orang sangat mengambil berat tentang pelajaran. 
kita tak nak jadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyyah,
apatah lagi Islam itu sendiri. 


kita tak naklah orang kata 
"eh, budak surau ni, hari hari pergi surau, tapi study entah apa apa..."
*uihh. tidak terasakah anda? batu besar hempap kepala*


inshaAllah, 
kembali ke semester dua dengan azam baru. 
gerak kerja tersusun
semangat membara


buat yang terbaik
demi Allah, demi Rasul-Nya, demi Islam.


huh. payah bunyinya kan? 


apapun, niat kena sentiasa jaga.
renew, refresh, reupgrade niat
dan
walk the talk!




inshaAllah,
moga Allah membantu
moga Allah beri kekuatan
moga Allah permudahkan
yang paling penting
moga Allah redha. 


p/s: ana menulis ini sebenarnya lebih untuk pesanan diri ana sendiri. ye lah, selalu lalai, leka. 

Tuesday, February 14

bukan sekadar berdoa.

Assalamualaikum & hye peeps.


menembak dengan doa, 
itulah kata-kata ana suatu ketika dulu.


cukupkah dengan sekadar doa?
atau, cukupkah sekadar berkata kasihan?


sekilas tentang kisah revolusi Syria.
[klik sini]


komik kisah yang berlaku di Syria. 
*klik gambar untuk lebih calcium. eh*




sekarang sudah jelas?


sekali lagi, cukupkah hanya sekadar berdoa? 

bina peribadi muslim
tanam fikrah islamiah
atau kata mudah
mantapkan gerak kerja dakwah dan tarbiyyah.

kita boleh bantu mereka dengan ini selain berdoa.

bagaimana tu?

dengan dakwah dan tarbiyyah
maka terbentuknya individu-individu muslim yang benar
yang mempunyai fikrah yang sama
yang punya hati yang sensitif
sensitif dengan masalah ummah
sensitif membezakan yang hak dan yang batil
pemudah kata
tidak tidur. 

ajak seramai mana orang untuk faham islam.
ramai dan berkualiti
bukan sekadar ramai tapi seperti buih di lautan
maka kita boleh bangkit. 

kita boleh buat lebih dari hanya berdoa. 
Pray for our muslim brothers and sisters in Syria. 


tujuan ana menulis ni agar sahabat sahabat yang lain alert dengan saudara2 kita. 
ana sendiri pun tak berapa alert. baru ter-alert. huhu. teruk kan?

Monday, February 13

kami sayang kamu

Assalamualaikum & hye peeps.


Dipandang semacam.
Ditangkap gambar. *rasa macam artis heh*
Disindir dan macam macam lagi.


"Budak tazkirah..."
"Usrah..usrah..usrah..."
"Akak, tak nak buat kaunseling kat kami ke?"


Jaulah Kuala Lumpur. 
Satu malam, akan ana ingat sampai bila bila. 
Ana dapat melihat dengan mata kepala sendiri realiti masyarakat sekarang. 
Ana dapat merasai besarnya peranan mereka mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang dai'e.
*banyak lagi kerja kita T_T*


Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan). [3:104]


Tugasan mengejut. 
Sekembali daripada program Raikan Cinta, kami diberikan satu tugasan mengejut. 
Singgah di Dataran Merdeka, kena approach mana-mana couple, dan sampaikan sesuatu kepada mereka dan akhiri dengan mengatakan kepada mereka,


"saya sayang awak, maka katakan anda bijak jauhi zina..."







masa mula-mula terima task ini, skru lutut terasa longgar. menggeletar. 
nerve impulse sudah mula menghantar mesej2 apakah cara terbaik untuk mendekati mereka. 
sangat mencabar.
alhamdulillah. jam dua pagi, selesai misi. 


konklusi 1
mereka tahu, mereka mahu dengar, cuma belum ada kefahaman yang sebenar. 
tapi inilah tugas-tugas kita kan? 
ummah sedang sakit. 
menjadi tugas kita untuk merawatnya. 


pada malam tu, tiba-tiba ana teringat satu hadith 


“Islam bermula dengan asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka beruntunglah orang yang asing.” 

ana juga belajar tentang satu ni.

'izzah.  (kebanggaan)
sejauh mana kita 'izzah dengan islam. 
bayangkan kita p tempat tempat macam tu, then kena sampaikan sesuatu dengan islam, kita malu kah? 
TAK PERLU MALU. 

kebanggaan yang dilahirkan rasanya di atas kefahaman dan penghayatan bahawasanya Islam yang dibawanya ini adalah dari Allah, dan memeliharanya sebagaimana yang diturunkan Allah adalah satu izzah kita kepada islam.


*****


banyak lagi perkongsian yang sangat sangat berharga dan sangat debabooom oleh ikhwah akhowat di sekitar selangor ni. inshaAllah, jika tiada ada apa-apa aral dan kesempatan masa, ana cuba share ye. 


nak share satu lagi. Sharing dari mak cik Sharifah Mahiza, 


"masa kita belum berkahwin ni, ambil lah sebanyak mana peluang dan buatlah ALL OUT di jalan dakwah ni." 

Monday, February 6

penyiram tanah tandus, penyemai benih unggul

Assalamualaikum & hye peeps




Ladang dakwah terhampar luas. Kewajipan kita untuk menyirami tanah-tanah yang tandus. Menyemai benih benih unggul agar tumbuh pohon-pohon kejayaan Islam. Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah. Di mana kita berada, di situlah dakwah kita sebarkan.

Allah memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lulus ujian di jalan dakwah. Jika ujian, cobaan yg diberikan Allah hanya yang mudah-mudah saja, tentulah kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Di situlah letak hikmahnya, yakni seorang daie harus sungguh-sungguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidaksungguhan, azam yang lemah serta pengorbanan yang sedikit.

petikan movie Sang Murabbi. 
Sangat terkesan di hati. 

“Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada mereka yang menyeru ke jalan Allah dan beramal saleh dan berkata: Sesungguhnya aku adalah terdiri daripada Muslimin. [Surah Fussilat:33]

Sharing dari akhowat Johor semasa daurah semalam, 
(tapi tak sempat la dengan direct dari beliau, sebab datang2 je dah "setakat ini sahaja....." tapi alhamdulillah, adik2 asasi yang baik lagi comel bagi sharing ni, tapi tak la exactly seperti yang telah mereka sampaikan. 

"Jika hendak Islam tegak di muka bumi, rapatkan barisan-barisan jamaah. Ambil contoh lidi. Jika satu batang kecik lidi digunakan untuk menyapu sampah, tak boleh kan. Tak pun, ambil satu lidi sorang, sorang sapu sini, sorang sapu kat sana. pun tak jadi kan? So, kita kena kumpulkan lidi lidi tersebut, baru kita boleh sapu sampah kan? begitulah juga kita. Kena berjemaah, baru kuat."



InshaAllah, malam esok akan berangkat ke Kuala Lumpur bersama akhowat-akhowat Sarawak. Jaulah Kuala Lumpur. Mohon doa mendoakan.

Moga Allah beri kemudahan, 
Moga Allah beri kekuatan,
Moga dapat ibrah,
Moga Allah redha. 


doakan eh. takut nak naik kapal terbang. gayat. huhu