Sunday, July 3

Rapuh

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh
Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


p/s : hati memang rapuh sifatnya. terutamanya bila tiada bi'ah solehah di sekeliling. tiada yang bagi peringatan, tiada yang menasihati. kadang kadang, mutabaah amal tunggang langgang. kadang kadang hati leka, lalai dan alpa. adakalanya, kita lupa mengingatiNya.

p/s/s : alhamdulillah, lepas daurah tadi, rasa terubat sikit hati. terkesan dengan 1 perkongsian adik asasi ni yang lebih kurang macam ni...maaf la andai ada bid'ah sikit-sikit...

"kita kena baca al-quran dengan hati. apabila kita baca terjemahan al-quran, kadang kadang kita letakkanlah diri kita dalam kalangan orang yang mendapat azab seperti yang tersebut dalam al-quran. InsyaAllah, ia akan beri kesan kat hari kita dan  kita akan sentiasa musahabah diri balik dan cuba untuk mengubah diri untuk menjadi lebih baik. jangan pula kita seringkali meletakkan diri dalam golongan 'wahai orang orang beriman' seperti yang ada dalam al-Quran kerana walaupun kita faham dan tahu Al-quran, kita betul-betul dalam golongan orang yang beriman....wallahu'alam"
(Asiah Yusra, 2011)

p/s/s/s : nama Asiah Yusra bukan nama sebenar. Nama tersebut diberi sebab setiap kali melihat adik tu, teringat akan watak Asiah Yusra dalam novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha...

No comments: