Tuesday, July 12

rawak II : DnT

Anda, saya memilih jalan ini,
jangan mengharapkan red carpet, 
dan bunga daisy dan mawar mewangi di kiri kanan anda,
dan jangan pula menginginkan layanan seperti VVIP
tidak ada pula duit mengalir laju ke dalam akaun anda.

yang ada,
cuma ranjau duri menanti,
jalannya bukan lurus, mudah,
tapi penuh liku dan susah.
penuh cabaran,

kau aku, memilih jalan ini,
mujahadah harus tinggi,
semangat harus kental,
pegangan harus kuat.

 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan daripada golongan manusia;Yang menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.” 

QS 3:110

-DAKWAH ADALAH SUNNAH TERBESAR RASULULLAH SAW-
(kata sahabat ana suatu ketika dulu)

*******

Tentang cinta

Ada apa dengan cinta?


“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Ali Imran 3: 31)

*******
Tertarik
“If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.

yang ana boldkan tu yang menarik minat ana. 
kurangkan membetulkan, banyakkan menghubungkan.
khas buat diri sendiri, dan orang lain.
kadang kadang kita menegur seseorang,
terutamanya ana sendiri
tidak berhikmah.

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]

tidak bermakna ana meminta saya anda semua sonyap, tak menegur langsung.
tapi saya anda kena betulkan niat, 
kemudian sentuh hati mereka mereka (mad'u) dengan hati kita.
lebih mudah untuk kita mentarbiyyah mereka.

teringat semasa Seminar Ini Sejarah Kita dahulu, semasa perbincangan dengan naqibah ana 
dan ada beberapa juniors lain yang turut serta,
naqibah ana bertanya, 
bagaimana dengan nak membuatkan mad'u kita istiqamah dengan usrah
tertarik dengan jawapan seorang adik tu,
"kita kena buat dia rapat dengan kita dulu dan buat kita menjadi penting dalam hidup dia. inshaAllah, akan lebih mudah kita nak buat diorang istiqamah."

subhanAllah, ana sendiri tak pernah terfikir sejauh itu.

bak kata maher zain, 
"if u write from ur heart, it will touches peoples' hearts.:

*****
Buatmu muslimah 

“Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

*******
esok malam dah berangkat balik Kuching. Doakan segalanya selamat ya!
maaf, post berterabur, macam yang sebelum ni.

2 comments:

AM ALi said...

i love you!! =)

Jasmin Jaraee said...

i LOVE u more!waaa.da ada blog. hehe. mok follow lok ehh :)