Monday, May 3

UNIMAS...here i come..(niru eiqa)

Assalamualaikum & hye peeps~


Alhamdulillah. Setinggi-tinggi dan selama-lamanya kesyukuran Jasmin panjatkan kepada sang Pencipta atas nikmat dan kurniaNya, Jasmin masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyabar. Teringat kata-kata Abang Syeed,
 “mun sik Allah bersifat Maha Penyabar kepada hamba-hambaNya, lamak dah kita tok sik hidup di muka bumiNya...”
*sik – tidak
*tok – ni
*mun – jika/kalau
*lamak – lama

Keputusan UPU


Keputusan UPU secara rasminya keluar pada 1 Mei 2010. Tapi Jasmin dapat tahu keputusan universiti Jasmin pada malam 30 April 2010. Hmm..macam mana tu??

Kling..kling..kling…(SMS masuk)

Salam..UPU boleh cek skarang…

Sender:
Eiqa
+601X-XXXXXXX

OK. To cut a long story short(pinjam dari Uncle Phang..heheh), Jasmin dapat asasi sains hayat di UNIMAS. Alhamdulillah, bersyukur sebab Jasmin berjaya mendapat tempat di universiti dalam bidang yang Jasmin inginkan. Secara jujurnya, sememangnya pada malam tersebut, setelah mendapat keputusan UPU, Jasmin amat kecewa sebab Jasmin bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di UIAM. (macam orang tak bersyukur…hadoi…hadoi…) Setelah beberapa nasihat daripada insan-insan tersayang, Alhamdulillah, Jasmin pun mula menerima keputusan yang Jasmin dapat. (sampai nak buat rayuan khas melalui Kak Akmar, tapi tak jadi)




Mak & bapak:
Kitak seharusnya happy & grateful sebab kitak mendapat tempat di universiti.


Bang Long:
Aih..terimak jak UNIMAS,ada hikmahnya…
Doa ibu bapak tok, berkat mun kita ekot, ada hikmahnya…


Kak Akmar:
(mula-mula nak appeal, tapi tak jadi…)
Kalau belajar dekat UNIMAS, dekat dengan famili, dekat dengan PERKEPIS, cantik dah Allah susun tu…




Alhamdulillah, sekarang Jasmin nampak beberapa hikmah Jasmin dapat asasi sains hayat UNIMAS.


1. Jasmin dapat dalam bidang yang Jasmin nak.


2. Belajar dalam bidang perubatan (InsyaALLAH, ameen) memakan masa yang agak lama, kalau dekat dengan famili, masa yang agak panjang seolah-olah menjadi pendek.


3. Seperti yang kak Akmar nasihat, kalau belajar di UNIMAS, dekat dengan PERKEPIS.


4. Tidak memakan perbelanjaan yang besar. Kalau Jasmin belajar di UIAM, mungkin Jasmin hanya mampu balik dua kali setahun tetapi kalau belajar di UNIMAS, nak balik tiap-tiap minggu pun boleh. Boleh la Jasmin nak ikut kelas bang Syeed, usrah mingguan…memang cantik Allah susun. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


5. Boleh dikatakan Jasmin jenis yang pelupa. Kalau belajar di Semenanjung M’sia, kalau lupa barang, dokumen..kan dah susah..kalau belajar di sini…senang-senang saja call…”pak, hantar ni pak..hantar tu pak..”


Kesimpulannya (rasa buat karangan…hahaah..)

Jasmin akan mendaftar ke UNIMAS pada 23 Mei 2010 (esoknya hari lahir Jasmin..sempat jugak promote..) Oleh itu, doakan kesejahteraan Jasmin, doakan supaya Jasmin berjaya dan Jasmin bercita-cita untuk menjadi dai’e yang bergerak di hospital (diinspirasikan daripada novel Denyut Kasih Medik oleh Dr. Farhan Hadi). Ameen.


Kepada sahabat-sahabat Jasmin , Jasmin doakan korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Sekadar pesanan yang diambil daripada pesanan yang pernah dipesan kepada Jasmin (hui..berapa banyak pesan daa…)
“Di mana sahaja korang berada, ingat asal usul kita…back to our religion..” –sepupu Jasmin-
“Di mana langit dijunjung, bumi dipijak, udara dihirup….ingat Allah..!” –mak Jasmin-
“JAGA IMAN, JAGA AMAL!” –sepupu Jasmin-

Jasmin berharap, ukhuwwah yang dah terjalin erat antara kita, akan berterusan sehingga hujung nyawa. Jaga dirik masing-masing. Ingat jak..sine2 pun kitak orang berada…Jasmin sayang gilak-gilak dengan kitak orang. Kitak orang yang terbaik yang pernah terbaik yang pernah Allah kurniakan kepada Jasmin. Alhamdulillah. Mudahan kita sama-sama sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan mudahan kita akan berjaya dalam apa juak bidang yang kita ceburi.


-salam ukhuwwah fillah-
mungkin lepas ni tak dapat nak selalu update..huhu












4 comments:

The lady ♥ said...

salam dik.
wah bgsnyaaa.
brtmbh tnga di srwk. come n join us ms KAFI. 21/5-23/5 tok.mun brminat, msj bg hisyam.

Miss_Nie said...

Owh waahhhhh.... Sik sangka kamek adik sorang tok da blog juka... gud2.... hee... mintak izin link dengan kamek k... tq...=)

Jasmin Jaraee said...

wahh...duak2 kak tini comment..hahahaah

kak hartini: mintak maaf..kmk mmg plan nak ekot, tp masa ya kmk pun nak mendaftar d unimas on 23rd. huhuhuh

kak kartini: hehehe..lamak udah..tok blog ke tiga kmk..yang prtama n kedua dah kmk buang..bnyk ngereco..hehehe..

Anonymous said...

wah...samalah kita ya,jasmin...
saya minta uia pun tak dapat,tapi dapat asasi sains kat unimas, jumpa kat sana nanti,ya!
^^