Terik mentari pagi menyinar lagi. Tak pernah jemu, tak pernah berhenti. Sentiasa setia dan patuh menerangi alam raya termasuk bumi yang subur itu. Ya, bumi subur. Subur dengan darah para syuhada’. Bumi yang menjadi saksi air mata, keperitan serta kejerihan yang tiada terbela. Siapa tidak tahu bumi itu, bumi Palestina. Biar sudah tujuh dekad bumi itu dibasahi darah, cuma sedikit yang berani bangkit membela tanah itu. Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Sesiapa yang tidak mengambil berat nasib dan hal ehwal umat Islam, maka mereka bukanlah di kalangan umat Islam tersebut”.
Penduduk di situ ibarat pelarian di bumi sendiri.
Hanya mereka yang berani tampil ke hadapan untuk memperjuangkan bumi anbiya’ itu.
Tidak terkecuali Yassir, si mujahid cilik.
Yassir merupakan anak Palestina yang baru mencecah usia sebelas tahun.
Dia telah menyaksikan penderitaan, tangisan, pembunuhan dan pengeboman sejak lahir lagi.
Bunyi tembakan, bom dan deruman kereta kebal sudah menjadi halwa telinganya sehingga kini.
Mungkin itulah dodoian tidurnya.
Mungkin.
bersambung...
2 comments:
bile mok smbng? :) part 2?
akan disambung selepas "biarkan kita terpisah part 2"
:)
Post a Comment