Diuji
Sedang kebahagian mereka sedang memuncak, mereka diuji. Sebulan yang lalu, Masyitah tiba-tiba jatuh sakit. Pada mulanya mereka memikirkan bahawa Masyitah hanya demam biasa. Akan tetapi, selepas seminggu sakitnya tidak kebah-kebah. Malah semakin teruk. Muka Masyitah sentiasa pucat. Matanya kuyu manakala berat badannya susut.
Melihat keadaannya semakin teruk, Fateh membawanya sekali lagi ke hospital. Fateh meminta isterinya didiagnose secara terperinci. Hasilnya, sangat mengejutkan Fateh. Masyitah dijangka hidup sebulan lagi. Menghidap kanser.
Dengan sedaya upaya, Fateh cuba menyembunyikannya daripada Masyitah, tetapi Fateh bukanlah orang yang bijak menyembunyikan. Akhirnya, perkara tersebut diketahui juga oleh Masyitah.
“Mungkin ini takdir-Nya, bang…” kata Masyitah sambil mengalirkan air mata. Hati lelaki mana tidak terhiris apabila orang kesayangannya bersedih.
********
“Apa? Kahwin dengan Muhammad Al-fateh?” Masyitah seakan tidak percaya. Tidak semena-mena, kepalanya menjadi pusing. Pusing memikirkan apa yang baru diperkatakan oleh ibunya.
“Dia berhajat dengan Masyitah. Dia anak kepada kawan mama. Belajar sama dengan Masyitah.” Lembut ibunya menuturkan kata. Terserlah kasih sayang ibu terpapar di wajah bersih itu.
“Ma..Itah tak sedia lagi la ma. Ijazah tak habis lagi, kenal pun Itah tak berapa nak kenal sangat dia ma. Itah masih muda la ma nak fikir soal ni..” Berdozen-dozen alasan menyelusur keluar dari mulutnya itu.
Muhammad Al-fateh bin Muhammad Ayyas. Siapa tidak kenal dengan empunya diri. Fateh bukan sahaja Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar di tempat dia belajar, malah dia juga merupakan aktivis dakwah dan tarbiyyah yang begitu aktif di universiti itu. Fateh giat melakukan perubahan ke atas dirinya ke jalan Allah dan mengajak orang lain melakukan sedemikian.
“Berkahwin dengan orang seperti dia, layakkah aku?” hati kecil Masyitah bermonolog.
.
.
“Oh mak kau..” Masyitah terkejut. Tiba-tiba lamunannya terhenti gara-gara pinggangnya dicuit. Kelihatan suaminya berdiri di sebelahnya sambil menahan gelak. Suaminya baru balik dari usrah mahabbah di rumah sahabat suaminya.
“Abang ni, mana aci main sergah sergah dari belakang.” Tak puas hati. Masyitah buat-buat merajuk.
“Haa. Tu aci tu.” Fateh berkata sambil tangannya menunjukkan ke arah gambar wanita India pada halaman akhbar di atas meja ruang tamunya.
Masyitah akhirnya tergelak. Suaminya memang pandai menghiburkan hatinya. Bercakap dengannya beberapa jam sekalipun, tidak akan pernah bosan.
“Apa yang Itah fikirkan ni? Sampai abang datang pun Itah tak perasan…” rajuk Fateh. Tak ubah seperti anak kecil yang merajuk dengan ibunya.
“Itah teringat masa abang mula-mula melamar dulu…” Masyitah mengaku.
Suasana sepi sebentar.
“Hmm..tak sangka kita kahwin kan, bang? Abang menyesal...….” Belum sempat Masyitah menghabiskan buah bicaranya, jari telunjuk Fateh pantas menutupi mulut Masyitah. Tidak mahu membiarkan isteri kesayangannya menghabiskan tutur katanya.
“Itah, ketahuilah, abang tidak pernah menyesal berkahwin dengan Itah. Tidak sedikitpun.” Fateh bersuara. Yakin.
“Tapi doktor kata masa Itah tinggal sebulan …”
“Doktor bukan Allah kan?”
“Tapi….”
Belum sempat Masyitah menyambung bicaranya, Fateh segera memintas
“Abang yakin pada Allah. Dia yang berkuasa. Jika Dia mengkehendakkan sesuatu, adalah tidak mustahil baginya.”
“Abang mengharap keajaiban?” Masyitah meneka. Memandang tepat ke anak mata coklat hazel suaminya. Anak mata suaminya begitu cantik. Menarik sesiapa sahaja yang memandangnya.
“Abang mengharapkan hanya pada Dia. Segala pergantungan dan pengharapan abang hanya pada Allah, Allah yang memegang segala perkara."
Lantas Fateh mengalunkan surah al-baqarah ayat 20. Itulah kelebihan Fateh, biarpun bukan dari sekolah agama, mahupun “universiti agama” seperti UIA, Fateh hafiz al-Quran. Bukan itu sahaja, Fateh boleh mengalunkan ayat-ayat suciNya dengan begitu merdu sekali.
“…Sesungguhnya Allah yang berkuasa ke atas sesuatu perkara…” [QS 2:20]
“Itah tak nak abang terlalu mengharap. Itah takut abang kecewa..” balas Masyitah. Air matanya bergenang. Hatinya terasa begitu pedih. Dia tertunduk.
“Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang mengharapkan pada-Nya…” Fateh berkata sambil mengambil kedua-dua belah tangan Masyitah. Digenggamnya erat. Fateh menyambung kata-katanya yang masih bersisa.
“Itah, tengok muka abang. Ingat, apa yang kita perlu buat adalah berdoa pada-Nya. Jangan pernah kenal erti putus asa pada rahmat-Nya. Doa kan senjata kita, tidak begitu ya Masyitah binti Abdul Rahim? Bukankah Allah dah berjanji dalam surah Al-mukmin ayat 60? Cuba check dalam al-Quran dan baca nyaring-nyaring pada abang…” Fateh berbicara, menenangkan si isteri tercinta. Namun, dia dapat merasakan kelopak matanya berasa hangat. Pandangannya kabur dek kerana air mata. Tidak akan dia biarkan air matanya tumpah di hadapan wanita kesayangannya. Bukan kerana ego, tapi dia tidak mahu Itahnya durja melihat dirinya bersedih.
Masyitah hanya mengangguk perlahan. Tangannya segera mencapai Al-quran warna hijau muda yang terletak dalam almari rumahnya. Segera surah Al-mukmin dibeleknya.
“Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu padaKu, nescaya aku akan memperkenankan doa kamu…surah al-mukmin ayat 60”
“Kan? Dah dah, abang tak nak Itah sedih sedih lagi. Ni.ehem ehem, abang nak nyanyi satu lagu buat Itah. Hehe.” Fateh menarik sengih.
“Eh, sedap ke suara abang nanti??” ungkap Masyitah, sengaja mengusik biarpun dia tahu yang di hadapannya kini adalah solo kumpulan Fastabiqul Khairat di universitinya.
“Sedap tak sedap, tak pe lah. Abang ikhlas nak nyanyi ni. Hehe. Ehem ehem..dengar ye….”
Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan
Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini
Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti
Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan
Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini
Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti
Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi
Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..
-Bicara Tentang Cinta, UNIC-
*******
Lampu kecemasan pada bilik pembedahan yang masih menyala sejak tiga jam yang lalu menyebabkan Fateh tidak bisa senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap lagi duduk, sekejap lagi membaca Al-quran.
Kelihatan bersamanya, ibu dan bapa mertuanya, Encik Abd. Rahim dan Puan Athirah sedang sibuk membaca surah Yasin. Khusyuk dan begitu tenang. Kelihatan dari jauh, ayahnya, Encik Muhammad Ayyas baru balik dari membeli makanan buat mereka semua. Semuanya kelihatan tenang.
Tapi tidak buat Fateh. Dalam hatinya tidak putus-putus meratibkan kalimah Allah. Jantungnya terasa bagai nak tercabut selagi lampu tertulis KECEMASAN tidak terpadam. Fateh menadahkan kedua-dua belah tangannya berdoa dengan penuh pengharapan.
“Ya Allah,
tiada tempat lain tempat aku bergantung harap melainkan Engkau,
tiada tempat lain tempat aku memohon pertolongan jika bukan kepada Engkau,
tiada siapa akan mendengar melainkan Engkau yang Maha Mendengar,
tiada siapa sudi memandangku jika bukan Engkau ya Allah.
Ya Allah, siapalah yang akan memakbulkan doaku jika bukan Kau ya Allah,
Siapalah yang mendengar doaku jika bukan Kau ya Allah,
Siapalah yang sudi memandangkan melainkan Kau ya Allah.
Kau makbulkanlah doaku ya Allah…”
Tidak lama kemudian, lampu kecemasan dipadamkan. Seorang doktor muslimah keluar daripada bilik pembedahan tersebut.
bersambung
2 comments:
waa...best2..sik sabar tk..=)
eemmmm..mcm ada ternampak sesuatu jak tek..heee =)
excited2.....
apa sesuatu yaaa?? haha. btw, dh ada smbungannya :P
Post a Comment