Monday, July 18

Mungkin Itu Takdirnya : Epilog

_______

Tiga bulan sebelumnya…

Solah, mari dekat sini." umi menoleh lalu memanggil anaknya. Solah berlari-lari anak ke arah umi dan abi. 

"Pegang perut umi ni." Tangan Solah dicapainya dan diletakkan di atas perutnya. Muka Solah menunjukkan riak hairan. Solah dapat merasakan perut umi bergerak-gerak. Solah tersenyum memandang umi dan abi.  Solah memegang perut sendiri. Dipegangnya lagi perut uminya. Umi dan abi ketawa kecil.

"Umi, Solah tak pernah rasa perut Solah bergerak-gerak macam perut umi pun. Kenapa umi?" Celoteh Solah. Biarpun baru berusia 5 tahun, percakapannya lancar, tidak pelat.

"Solah, adikmu sedang menendang-nendang perut umi. " jawab abi. 

"Umi, abi, adik Solah ni jahat ke? Solah sendiri tak pernah tendang perut umi! Nantilah bila dia lahir, Solah mesti ajar dia!" umi dan abi tergelak mendengar kata-kata Solah. Geli hati. 

"Solah, adik Solah ni penat tinggal lama-lama dalam perut yang sempit ni. Dia dah tak sabar nak keluar. Dia nak berlari-lari dengan Solah." Terang umi lemah lembut. Solah tersenyum. Solah berlari ke ruang menonton televisyen semula. 

Fateh memandang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang. Kepalanya dirapatkan ke atas perut isterinya. 

“Anak abi, jangan nakal-nakal ya. Bila dah besar nanti, jadi anak soleh ya…”


*******

“Bagaimana doktor?” Tanya Fateh. Hatinya berdebar-debar. 

“Alhamdulillah encik, semuanya selamat.” Kata doktor muslimah tersebut. Tag nama pada bajunya tertera nama Maryam Jameela. 

“Alhamdulillah doktor, Alhamdulillah..alhamdulillah..”
Kalimah syukur tidak henti-henti diucapkan. Air mata lelakinya mengalir laju. Serta-merta itu juga Fateh melaksanakan sujud syukur. Itulah Fateh, tidak pernah lupa bersyukur padaNya. 

“Doktor, anak lelaki ka perempuan?” Encik Abdul Rahim pula bersuara. Teruja untuk menimang cucu.

“Encik nak cucu laki-laki ka cucu perempuan?” doktor muda itu mengembalikan soalan. Senyuman jelas terpapar pada wajah doktor bertudung labuh tersebut.

“Maksud doktor?” Fateh pula bersuara sambil mengesat air matanya yang masih tersisa.

“Tahniah encik, encik dapat sepasang anak kembar, seorang lelaki seorang perempuan…” 
 
“Alhamdulillah, terima kasih doktor. Boleh saya pergi tengok, doktor?” Doktor Maryam Jameela mengangguk. Senyuman pada wajah wanita berdarah campuran Arab ini tak pernah lekang. Fateh melangkah ke dalam bilik di mana isteri dan anak kembarnya ditempatkan. Riak wajah Fateh jelas menggambarkan betapa gembiranya dia. 

Masyitah dari jauh kelihatan tersenyum. Senyum tawar, kepenatan. 

“Dua sekali bang…” ungkap Masyitah sambil membuat gaya “peace”. Biarpun lemah, sempat melawak. 

“Alhamdulillah, inilah hadiah dari-Nya sebab yakin pada Allah.” Fateh menghampiri katil-katil kecil di mana anak-anaknya. Diambilnya seorang demi seorang. Azan dan iqamah dilaungnya perlahan dengan esak tangisan terharu. Merdu sehingga menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

******


“Ehem ehem, siapa mahu ikut abi pergi jalan-jalan??” Fateh menawarkan sambil memain-mainkan kunci kereta. Sebenarnya, Fateh sengaja melakukan demikian kerana tidak mahu anak-anaknya begitu leka dengan hiburan di televisyen. Lantas, dia mengajak anaknya sekali untuk ke Masjid UNIMAS, di mana tempat dia mula-mula mendapat tarbiyyah dahulu. Hari ini, dia ada usrah dengan anak-anak usrahnya yang merupakan pelajar baru asasi batch kelapan. Fikirnya, anak kecil harus ditarbiyyah dari awal, supaya tidak sukar membentuknya nanti.

“Saya, abi.  Saya nak ikut…” Thoriq yang tadinya bersama abangnya Solah menonton televisyen berlari-lari mendapatkan abinya.

“Asiah Yusra pun nak..Asiah nak jugak…” Asiah, anak kecil berusia 5 tahun pula bersuara. Anak kembarnya kini sudah mencecah usia lima tahun. 

“Solah tak nak ikut abi??” ajak Fateh kepada anak sulungnya melihatkan Solahuddin Ayubi masih begitu leka di hadapan televisyen.

“Kejap abi, kejap. Sekejap je lagi cerita Naruto ni nak habis…” pinta Solah.

“Siapa lambat, abi tinggal.” Fateh berpura-pura bergerak ke arah pintu depan.

“Abi..tunggu..Solah ikut Solah ikut.” Tangannya segera menekan punat “off” pada alat kawalan jauh televisyen tersebut. Dia berlari-lari kerana risau ditinggalkan. Masyitah yang dari tadi memerhatikan telatah suami dan anak-anaknya hanya tersenyum. Dalam hatinya, dia begitu bahagia kerana mendapat anak-anak yang ditarbiyyah baik oleh ayahnya sendiri. 

“Eh, Itah hari ni pun ada usrah jugak kan dengan adik-adik asasi kan?” soal Fateh kepada isterinya. 

“A’ah bang. Kejap, Itah nak ambil buku-buku Itah dalam bilik dulu..” 

“Ok, abang bawak anak-anak ke dalam kereta dulu ya..”

Fateh memimpin semua anak-anaknya ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Tidak lama kemudian, isterinya keluar dari rumah menuju ke arah kereta. Setelah semuanya siap....

“Anak abi ni ingat tak doa naik kenderaan??” Fateh bertanya kepada anak-anaknya. Solah mengangkat tangan. Tanpa disuruh Solah membaca doa menaiki kenderaan.


“Subhaanallazi sakh kharalana haza wa ma kunnalahu muqriniin, wa inna ila rabbina la munqalibuun…ameen..”
Seluruh isi kereta mengaminkan doa yang dibaca oleh Solah, anak kecil berusia 9 tahun. Sememangnya, Solah sudah menghafal banyak doa-doa pilihan. Semuanya berkat didikan daripada Fateh dan Masyitah.



TAMAT.

maaf andai ending kucar kacir sedikit.tandus idea.

3 comments:

Ranger Hijau said...

asasi batch ke-8. :D

Jasmin Jaraee said...

:)

@Fr!^n@ said...

Assalamualaikum..
heee... gigih saya membaca post lama.. at your age 4 years back awak boleh tulis begini...

Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat bakat menulis..
teruskan menulis dik.. bak kata org zaman sekarang
kipidap... heee :)

Barakallahu fik :)