Sunday, June 10

kau yang mengaku ditarbiyyah, ya KAU!

‎Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah


Apakah erti tarbiyah,
andai ia tidak menyentuh hati untuk khusyu, 
meransang lidah untuk berkata yang baik, 
menggerakkan anggota untuk beramal ? 

Apakah erti tarbiyah, 
jika mulut lantang berbicara,
tangan hebat mengangkat pena,
tapi amalmu?
entah ke mana.

Apakah erti tarbiyyah,
jika niatmu serong. 
sekadar berangan kosong. 
Allah bukan lagi ghayahmu

Apakah erti tarbiyyah
jika kamu saling mengecam,
antara satu sama lain? 
sedangkan,
matlamat kita satu?



Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,
sampai bila mahu tidur dalam jaga? 

Ingatlah sahabatku, 
syaitanirrojim itu,
hebat mengatur langkahmu,
menghias futurmu.
disangkakan banyak amalan
dirasakan banyak menyumbang 
difikirkan 'aku yang betul'
tapi sebenarnya, tempang?



sedang Allah, 
tahu apa yang kau kerjakan.

ayuhlah beristighfar
tatkala kita bangga mengatakan kita mengikut tarbiyah, 
tapi zahirnya tak mencerminkan apa pun! 

Asak hati untuk lembut mengingatiNya, 
tahan lidah daripada berkata yang tak bermanfaat, 
paksakan kaki dan tangan untuk bergerak.

Kerana kalau diri sendiri tidak mahu, 
datanglah Murabbi Super Saiya sekalipun
takkan berubah, 
selagi kau tak berubah!


p/s : peringatan utk diri sendiri. nasihat untuk diri. T_T

5 comments:

Anonymous said...

tersentuh hati ini min. syukran jazilan atas segala nasihat.

Jasmin Jaraee said...

to anonymous :
huhu. ini sbnrnya nsihat utk diri sendiri, lately rsa macam sgla2nya tunggang langgang. hhu.moga bersama2 dpt mnfaat. :')

kuaci bulat said...

izin share dlm blog..boleh??

Jasmin Jaraee said...

to kuaci bulat : silakan :)

Anonymous said...

jazakillah min...touched!btw, jazakillah khayr 'ala ukhuwatuna wa uhibbukifillah abadan-abada