Assalamualaikum wbt
Apa khabar iman kita hari ini?
Ayuhlah kita berazam untuk solat berjemaah hari ini.
Sahabat, jadikan kisah berikut buat ingatan dan teladan bersama.
Saat manusia itu tidur, ada tiga ikatan dibuat syaitan padanya.
Saat manusia itu cuba bangun, dia harus membuka ketiga- tiga ikatan itu kalau dia seorang mukmin.
Sebutlah alhamdulillah tatkala matamu terbuka dan terus bangun.
Ambillah wudhu maka terlepaslah ikatan yang kedua.
Dirikanlah solat subuh maka terlepaslah ikatan yang ketiga.
Namun kemalasan dan lenanya tidur payah untuk dilawan. Apatah lagi dengan kesejukan dan kelembutan paginya.
Mahu sahaja rasanya tidur sampai matahari tinggi. Kalau tak kerana ada kuliah, kalau tak kerana ada kerja, kalau tak kerana ke sekolah maka kita tak kan bangun awal.
Aduh! malasnya kita. Ingatkah tentang bicara malas? Malas itu sifat syaitan. Makhluk Allah yg menyesatkan dan direjam.
Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian!
kita sedang dalam kerugian...kenapa kita masih berlengah?
Ayuh bangun.
Ingatkah lagi antara pertarungan malaikat dan syaitan? Kamu mahu siapa pemenangnya?
Ingatkah lagi siapa diri kamu dan perjanjian kamu dengan Allah tatkala gunung, pokok dan lautan menolak perjanjian itu?
Akhirnya, hanya satu, kamu mahu malas maka masa itu terbuang dan dibazir begitu sahaja padahal kamu sudah dalam kerugian...apakah kamu mahu menjadi insan sia-sia
p/s: diterima drpd message Kelab Remaja HIKMAH di facebook
No comments:
Post a Comment