Saturday, April 24

Aku Menyesal~~~ Argggggggh!

Assalamualaikum & hye peeps~

Menyesal? 




Itulah salah satu status facebook sahabat Jasmin. Menyesal tidak dapat keputusan yang baik kerana main-main. Sahabat,  tidak ada penyesalan dalam usaha, yang ada hanyalah redha dan syukur dengan apa yang telah kita perolehi. Kita menyesal atas kesalahan yang kita lakukan. Kita kesal atas dosa-dosa kita sama ada kecil atau pun besar. Tetapi kita tidak boleh menyesali atas apa yang kita perolehi. Sebab menyesal apa yang diperolehi setelah berusaha itu membuktikan yang kita tidak memahami apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Penyesalan berlaku kerana kita sendiri tahu yang kita tidak menggunakan seluruh potensi yang ada dalam diri kita. Kita sedar bahawa diri kita boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik dan layak menerima yang lebih baik juga. Tetapi kalau kita hayati erti ibadah yang telah dibincangkan awal-awal tadi maka penyesalan tidak akan berlaku kerana kita telah lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri kita. Sebagai seorang Islam kita mesti jelas tentang konsep doa, tawakal, redha dan syukur. Untuk cemerlang, berusahalah sebaik mungkin, jadikannya ibadah dan kemudian barulah bertawakal. Dalam berusaha redhalah atas apa jua cabaran dan ujian. Bersyukurlah atas apa sahaja hasilnya nanti. Iringi usaha dengan memperbanyakkan doa kepada Allah.



Bagi Jasmin, perkara yang lepas, biarkan lepas. Apa yang penting, WE MUST LOOK FORWARD! Bukan bermakna tidak boleh menoleh ke belakang, boleh..tidak ada salahnya. Tapi hanya 20% ke belakang dan yang lepas boleh diambil sebagai pengajaran dan tauladan untuk masa hadapan. Yang dah lepas, kita ambil sebagai pengajaran. Kita cuba sedaya upaya untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan. Benda yang lepas boleh dijadikan sebagai motivasi untuk mengubah diri sendiri ke arah yang lebih baik. 

Firman Allah: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”






No comments: