Wednesday, January 23

tarik selimut dan jangan mamai lagi!


Tarbiyyah itu bukan sekadar menerima, menerima dan terus menerima. 
Ia juga adalah proses menerima dan memberi. 

Kemenangan Islam itu tidak cukup dengan golongan yang baik semata-mata. Tapi Islam akan menang dengan adanya juga golongan yang membaikkan orang lain. Soleh wa musleh. 

Kerana apa? 
Kerana panji dan tentera syaitonirrajim itu turut membiak dan beranak pinak dengan cepat. 

Lagi cepat daripada C. elegans [sila klik untuk info] membiak. Eh? 

Maka nak tak nak, kita kena tambah lagi insan-insan yang nak jadi baik dan membaikkan orang lain. Jika seorang bawa tiga orang, tiga orang itu setiap seorangnya bawa tiga orang lagi, tiga orang di bawah setiap seorang daripada tiga orang itu bawa tiga orang lagi. Masyuk! Tengok, dah berapa dapat. Err. kira sendiri ya :) 





Dakwah dan tarbiyah. 
Itulah juga sunnah Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam.
Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam menghabiskan seluruh usianya untuk menebarkan cinta dengan menyebarkan dakwah. 
Saidina Abu Bakar, setelah menerima kalimah tauhid la ilaha illallah terus mengislamkan enam orang sahabat yang lain. 
Di jalan ini juga, Bilal bin Rabah teguh mempertahankan aqidah. Ahad ahad ahad meniti dibibir kala diseksa. 

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar."

(QS Fussilat : 33-35)

Maka masih selesakah kita untuk menjadi baik sendiri sendiri? 
Sedangkan masih ramai lagi yang perlu sentuhan dakwah kita? 
Sungguh, kitalah penyambung risalah ini. 

Ayuhlah, tarik selimut itu dan bangkitlah. 
Beri peringatan.
Kerana ramai lagi yang memerlukan sentuhan cinta darimu. 
Jom!


Hai orang yang berkemul (berselimut),
bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah!
Dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah,  dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah

(Al Mudatsir 1-7)

No comments: