Wednesday, April 14

FOKUS!!!!

Assalamualaikum & hye peeps~

Hari ni (12 APRIL) , macam-macam perkara yang berlaku pada Jasmin. Mungkin gara-gara macam-macam perkara yang singgah di kepala Jasmin yang satu ini. Hahaha. Gara-gara terlalu banyak perkara yang difikirkan Jasmin hilang fokus. OK, dipendekkan cerita.

Kisah 1

Time setting: 10:42:39 am

Jasmin SMS rakan sekelas Jasmin, yang merangkap ketua tingkatan Jasmin.

“Happy birthday, Atul. May Allah bless u. –Jasmin-"

Sending……

Message sent….

Delivered to:
Dzatul
01X-XXXXXXX


So, lepas hantar SMS ni, Jasmin lega la sebab ingat birthday kawan.

Time setting: 07:34 pm (tengah makan)

Jasmin: “uih…tok bulan 4 nak???”
Ayah: “Aokla…kenak?”
Jasmin: “Nak pa kata aku tok…” (terus angkat dan mencapai handphone dan 
               meninggalkan keluarga yang terpinga-pinga di meja makan)

Dengan sepantas kilat, Jasmin menaip SMS.

“Nak pa kata saya tok, tul. Tok baruk bulan 4, bukan may. Haha.. salah2..sory~”

Sending….

Message sent…

Delivered to:
Dzatul
01X-XXXXXXX

OK. Kalau ada yang masih tak faham, Jasmin cerita k. Jasmin dengan yakinnya ingat hari ni 12 May 2010, iaitu tarikh lahir rakan Jasmin, Atul. Tapi, hari ni adalah sebulan lebih awal daripada tarikh lahir sahabat Jasmin. Cuma tarikh jer sama. Bulan tak sama..hmmm.. Jasmin oh Jasmin…apa nak jadi ni~


Kisah 2

Time setting: 3.13 pm
Place: Grocery KPSU.

Jasmin ke kedai untuk beli beberapa barang keperluan untuk memasak. Jasmin ke kaunter untuk membayar. Setelah semua barang telah diletakkan ke dalam beg plastik, Jasmin ambil beg tersebut dan lantas keluar dari kedai tersebut dengan selambanya. Tiba-tiba,

Orang kedai: hui..hui…oo…dara…
Jasmin: (terus berjalan….)
Orang kedai: oooo..kitak…kitak pake tudung…
Jasmin: (menoleh…) Kamek ka?
Orang kedai: Aok…eh..kitak lom bayar gik.
Jasmin: Aih, mena ka? Mabok2…

Dengan muka tebal entah berapa inchi, Jasmin kembali ke kedai tersebut untuk membayarnya. Hmm..kenapa la Jasmin boleh lupa. Hmmmm..aneh..aneh…nasib baik orang kedai tu baik. Kalau tak, memang! Memang Jasmin kena cop muka pencuri. Uih~ tak nak…tak nak…nauzubillahi min zalik.

OK, pengajarannya. Sebanyak2 benda pun yang kat dalam kepala tu, kita kena FOKUS! Kalau tak fokus, tu la jadinya. Alahai~ kenapa la dengan Jasmin ni kan??



3 comments:

eiQa said...

hahahahaa. lucu na min eh.. pa2pun bnda tok jadi peringatan juak.. suma kita peka dengan apa yang kita buat. tenkiu! heee

Jasmin Jaraee said...

ya la..nang ari ya...bak kata omputeh..everythings went wrong~

Serikandi Yaya said...

haahaaa..jenaka na juak min..