Assalamualaikum & hye peeps.
"Jangan semua leteran mahu dibalas dengan leteran. Jangan semua cakap menghina mahu dibalas dengan penghinaan. Jangan semua tingkah laku yang menimbulkan kemarahan itu dibalas dengan kemarahan. Belajarlah mengawal diri, belajarlah untuk tidak melatah dan jangan bertindak mengikut rangsangan."
Ya.. Jangan semua tingkah laku yang menimbulkan kemarahan itu dibalas dengan kemarahan. Astaghfirullahal'azim. Apa yang berlaku hari ini sebaliknya. Jasmin dengar perkara yang menimbulkan kemarahan dan memang..Jasmin mengaku Jasmin marah. Jasmin gagal mengawal diri dan cepat melatah. Jasmin alpa. Jasmin khilaf. Alhamdulillah. Jasmin bersyukur mempunyai sahabat yang saling mengingati (walaupun Jasmin tak cerita apa-apa pun...) Seolah-olah ada telepati. Alhamdulillah. Lepas jumpa post tersebut, baru Jasmin sedar. Kalau api dibalas api, memang makin marak kan? Kalau api...tentulah diselesaikan dengan air... Air..ya air sabar. Jasmin lupa akan ungkapan sabar itu sebahagian daripada iman dan Jasmin lupa juga firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 153:
Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.
Satu lagi firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat tak pasti, nanti Jasmin check lagi.
Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar.
Jasmin tahu,agaknya yang paling sukar ialah sabar dalam menerima sesuatu yang mendukacitakan, baik ia merupakan kematian orang yang disayangi, penyakit, kehilangan harta benda atau kesukaran dalam kehidupan. Kesabaran amat penting agar sifat tabah, mencari penyelesaian dan menenangkan diri dapat dilakukan tanpa keluhan, rungutan, teriakan dan apa-apa lain yang sinonim dengan akhlak yang buruk.
OK. Cuba lihat. Apa jua yang ingin kita lakukan pada mulanya menuntut kesabaran. Si anak kecil, ketika mula-mula belajar makan, betapa sukar untuk memasukkan makanan ke dalam mulut. Selalu saja terbabas dari destinasi. Kadang terbabas ke dagu, kadang terbabas ke pipi, kadang ke hidung dan kadang sampai ke telinga. Namun berkat kesabaranlah kita semua mampu untuk makan dengan sempurna hari ini.
Jasmin lupa akan hakikat tersebut. Tanpa kesabaran, semuanya takkan selesai. Alhamdulillah. Allah masih sayang kat Jasmin. Allah tak biarkan Jasmin berada dalam keadaan marah dalam tempoh yang lama. Justeru, Allah mengurniakan Jasmin orang disekeliling yang sangat memahami. Hari ni, Jasmin tiba-tiba menerima SMS dari seorang ukhtie..
"Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam kelakuan. Insan yang sering diuji, jiwanya akan perkasa dan insan yang berdepan dengan kesusahan akan selalu ingat pada Allah. Bertuahlah jika kita diuji kerana jika SABAR dan TABAH menghadapinya, pasti akan ada kemenangan yang menanti"
Jasmin paling suka part yang diboldkan. Memang, ini bukan kali pertama Jasmin menerima SMS yang sama. Tapi dalam keadaan sebegini rupa, hmmmm..sukarnye Jasmin nak explain. Macam mana ek? hmm..seolah2 ada telepati, Itu je point Jasmin.
OK. Jasmin nak stop dulu. Hari dah lewat ni. Jasmin sorang kat bawah ni....nanti tak pasal-pasal,,,jumpa..........................
akan bersambung~~~
No comments:
Post a Comment