Sunday, April 11

after this post, all those things should be......

Assalamualaikum & hye peeps~

KECEWA, FRUST, SEDIH DAN SEWAKTU DENGANNYA.




Satu-satunya perkataan yang menggambarkan perasaan Jasmin buat masa sekarang.

OK, pada siapa-siapa yang tak nak dengar, senang shj. Nampak tak X dalam kotak merah yang berada pada penjuru kanan di sebelah atas? Ok, dah nampak kan? Klik sahaja butang tersebut. TERIMA KASIH.

KENAPA?
  1. Jasmin tidak dapat menghadiri Sembang Kerjaya dengan Bro Hisyam. Sebenarnya, banyak lagi yang Jasmin nak tanya. Tapi………….uhhh
  2. Jasmin mendengar salah seorang sahabat dari area Serian, yang pernah mengikuti program yang sama dengan Jasmin dahulu, telah meninggal dunia akibat membunuh diri dengan meminum racun rumput. Nauzubillahi min zalik. Nama sengaja Jasmin rahsiakan dan sebab membunuh diri Jasmin tak tahu. ( Jasmin belum ada mood nak bagi pendapat soal hal ni. So sekarang ni Jasmin dah hutang 2 post kan? Jasmin tak nak tulis dulu takut apa yang Jasmin tulis bukan nak beri pendapat, tapi hanya melepaskan geram.
  3. Jasmin mendapat tahu bahawa tiga orang adik-adik Jasmin ni merokok. Astaghfirullah. Apa nak jadi dengan korang ni. Dulu apa janji korang dengan Jasmin??????? Masa korang kena tangkap buat pertama kali dulu, apa janji korang? Dah! Jasmin tak nak ungkit2 lagi. Korang dah matang. Dah boleh berfikir secara waras.

OK. Jasmin rasa lebih baik Jasmin stop sekarang. Nanti entah apa lagi yang dikrepak (dengan izin guna bahasa S’wak k..) Jasmin.. Assalamualaikum

No comments: