SUNGAI RAJANG SUNGAI NIL
Wednesday, July 20
Monday, July 18
Mungkin Itu Takdirnya : Epilog
_______
Tiga bulan sebelumnya…
Tiga bulan sebelumnya…
Solah, mari dekat sini." umi menoleh lalu memanggil anaknya. Solah berlari-lari anak ke arah umi dan abi.
"Pegang perut umi ni." Tangan Solah dicapainya dan diletakkan di atas perutnya. Muka Solah menunjukkan riak hairan. Solah dapat merasakan perut umi bergerak-gerak. Solah tersenyum memandang umi dan abi. Solah memegang perut sendiri. Dipegangnya lagi perut uminya. Umi dan abi ketawa kecil.
"Umi, Solah tak pernah rasa perut Solah bergerak-gerak macam perut umi pun. Kenapa umi?" Celoteh Solah. Biarpun baru berusia 5 tahun, percakapannya lancar, tidak pelat.
"Solah, adikmu sedang menendang-nendang perut umi. " jawab abi.
"Umi, abi, adik Solah ni jahat ke? Solah sendiri tak pernah tendang perut umi! Nantilah bila dia lahir, Solah mesti ajar dia!" umi dan abi tergelak mendengar kata-kata Solah. Geli hati.
"Solah, adik Solah ni penat tinggal lama-lama dalam perut yang sempit ni. Dia dah tak sabar nak keluar. Dia nak berlari-lari dengan Solah." Terang umi lemah lembut. Solah tersenyum. Solah berlari ke ruang menonton televisyen semula.
Fateh memandang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang. Kepalanya dirapatkan ke atas perut isterinya.
“Anak abi, jangan nakal-nakal ya. Bila dah besar nanti, jadi anak soleh ya…”
*******
“Bagaimana doktor?” Tanya Fateh. Hatinya berdebar-debar.
“Alhamdulillah encik, semuanya selamat.” Kata doktor muslimah tersebut. Tag nama pada bajunya tertera nama Maryam Jameela.
“Alhamdulillah doktor, Alhamdulillah..alhamdulillah..”
Kalimah syukur tidak henti-henti diucapkan. Air mata lelakinya mengalir laju. Serta-merta itu juga Fateh melaksanakan sujud syukur. Itulah Fateh, tidak pernah lupa bersyukur padaNya.
“Doktor, anak lelaki ka perempuan?” Encik Abdul Rahim pula bersuara. Teruja untuk menimang cucu.
“Encik nak cucu laki-laki ka cucu perempuan?” doktor muda itu mengembalikan soalan. Senyuman jelas terpapar pada wajah doktor bertudung labuh tersebut.
“Maksud doktor?” Fateh pula bersuara sambil mengesat air matanya yang masih tersisa.
“Tahniah encik, encik dapat sepasang anak kembar, seorang lelaki seorang perempuan…”
“Alhamdulillah, terima kasih doktor. Boleh saya pergi tengok, doktor?” Doktor Maryam Jameela mengangguk. Senyuman pada wajah wanita berdarah campuran Arab ini tak pernah lekang. Fateh melangkah ke dalam bilik di mana isteri dan anak kembarnya ditempatkan. Riak wajah Fateh jelas menggambarkan betapa gembiranya dia.
Masyitah dari jauh kelihatan tersenyum. Senyum tawar, kepenatan.
“Dua sekali bang…” ungkap Masyitah sambil membuat gaya “peace”. Biarpun lemah, sempat melawak.
“Alhamdulillah, inilah hadiah dari-Nya sebab yakin pada Allah.” Fateh menghampiri katil-katil kecil di mana anak-anaknya. Diambilnya seorang demi seorang. Azan dan iqamah dilaungnya perlahan dengan esak tangisan terharu. Merdu sehingga menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
******
“Ehem ehem, siapa mahu ikut abi pergi jalan-jalan??” Fateh menawarkan sambil memain-mainkan kunci kereta. Sebenarnya, Fateh sengaja melakukan demikian kerana tidak mahu anak-anaknya begitu leka dengan hiburan di televisyen. Lantas, dia mengajak anaknya sekali untuk ke Masjid UNIMAS, di mana tempat dia mula-mula mendapat tarbiyyah dahulu. Hari ini, dia ada usrah dengan anak-anak usrahnya yang merupakan pelajar baru asasi batch kelapan. Fikirnya, anak kecil harus ditarbiyyah dari awal, supaya tidak sukar membentuknya nanti.
“Saya, abi. Saya nak ikut…” Thoriq yang tadinya bersama abangnya Solah menonton televisyen berlari-lari mendapatkan abinya.
“Asiah Yusra pun nak..Asiah nak jugak…” Asiah, anak kecil berusia 5 tahun pula bersuara. Anak kembarnya kini sudah mencecah usia lima tahun.
“Solah tak nak ikut abi??” ajak Fateh kepada anak sulungnya melihatkan Solahuddin Ayubi masih begitu leka di hadapan televisyen.
“Kejap abi, kejap. Sekejap je lagi cerita Naruto ni nak habis…” pinta Solah.
“Siapa lambat, abi tinggal.” Fateh berpura-pura bergerak ke arah pintu depan.
“Abi..tunggu..Solah ikut Solah ikut.” Tangannya segera menekan punat “off” pada alat kawalan jauh televisyen tersebut. Dia berlari-lari kerana risau ditinggalkan. Masyitah yang dari tadi memerhatikan telatah suami dan anak-anaknya hanya tersenyum. Dalam hatinya, dia begitu bahagia kerana mendapat anak-anak yang ditarbiyyah baik oleh ayahnya sendiri.
“Eh, Itah hari ni pun ada usrah jugak kan dengan adik-adik asasi kan?” soal Fateh kepada isterinya.
“A’ah bang. Kejap, Itah nak ambil buku-buku Itah dalam bilik dulu..”
“Ok, abang bawak anak-anak ke dalam kereta dulu ya..”
Fateh memimpin semua anak-anaknya ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Tidak lama kemudian, isterinya keluar dari rumah menuju ke arah kereta. Setelah semuanya siap....
“Anak abi ni ingat tak doa naik kenderaan??” Fateh bertanya kepada anak-anaknya. Solah mengangkat tangan. Tanpa disuruh Solah membaca doa menaiki kenderaan.
“Subhaanallazi sakh kharalana haza wa ma kunnalahu muqriniin, wa inna ila rabbina la munqalibuun…ameen..”
Seluruh isi kereta mengaminkan doa yang dibaca oleh Solah, anak kecil berusia 9 tahun. Sememangnya, Solah sudah menghafal banyak doa-doa pilihan. Semuanya berkat didikan daripada Fateh dan Masyitah.
TAMAT.
maaf andai ending kucar kacir sedikit.tandus idea.
TAMAT.
maaf andai ending kucar kacir sedikit.tandus idea.
Thursday, July 14
kita doktor ummah, kita jurutera manusia :)
Assalamualaikum & hye peeps.
(perkataan "assalamualaikum" beberapa kali diperbetulkan sebab tangan ketaq ketaq, nervous!)
Cuak. hmm, tipu andai tidak.. Mungkin kecuakan tersebut menyebabkan tendency ana untuk post blog @ status FB sangat tinggi. huh.tensionervousyndrome.
Esok, UPU keluar untuk matriks & STPM.
Buat ana yang menuntut di UNIMAS, esok keputusan pun keluar jugak.
Sejujurnya, ana tidak pernah berasa "nervous" sebegini rupa.
Ana sekarang ni sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi hari esok.
BERSEDIA UNTUK APA JUA KEMUNGKINAN.
*dalam hati Allah je tahu rasa ni*
Andai tak dapat jadi doktor atau jurutera, kita memangpun telah menjadi jurutera mahupun doktor.
JURUTERA MANUSIA DAN DOKTOR UMMAH
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."
(Surah al-Baqarah, ayat 30)
bernafas lagi
Assalamualaikum & hye peeps.
Alhamdulillah, lega apabila bernafas di bumi Sarawak, segar. Makanan ibu yang seminggu tak ana jamah, telah ana jamah tengah hari tadi. Sekali mau dua kali tambah. HAHA. Malam semalam, tiba di bumi Sarawak selepas mengharungi "flight" yang sangat mendebarkan. Hati siapa tidak berdebar, apabila belon asyik bergegar-gegar, meredah awan kelabu yang begitu tebal. Nun jauh pulak, ternampak kilat memancar. Tapi, alhamdulillah, selamat tiba.
(mungkin sebab sik biasa naik belon, sebab ya pike bukan bukan. Ye la, study kat over the sungai je, bukan over the sea.)
Walaupun ana menghadapi masalah kejutan makanan dan kejutan udara dan mungkin kejutan budaya sekali di sana, tapi sebenarnya ana sangat menyukai keadaan di sana.
Kat sarawak, susah benar nak jumpa kedai bisnes orang Islam. Kat sini, boleh dikatakan didominasikan oleh mereka (tapi tak tahulah andai tempat lain banyak kedai "Ca Ya Nun Alif") andai masa chinese new year, kebuluq la kami kami ini.
Kedai makan pun, rasa sangat "secure" sebab semuanya Islam. Andai di Sarawak, dalam satu kedai makan ada warung melayu, ada warung Ca Ya Nun Alif, dan kadang kadang senang senang je Bab* tergantung gantung kat dalam kedai tersebut.
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu..”
QS 2:168
Esok, khabar khabar menyatakan keputusan untuk course keluar.
Allahu Allah, sangat sangat berdebar.
Apa-apapun keputusannya, ana bersyukur, ana redha.
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
(Surah Ibrahim:7)
-peringatan buat diri-
berdobar dobar nih. sangat.
doakan yang terbaik buat semua.
apabila kita dapat yang terbaik tapi pada mata kita yang tak tahu apa apa nih kurang baik,
ingat, itu bukan penghujung dunia kita.
mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik buat kita
He knows the BEST
"....boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
QS 2:216
p/s : MEGA SALE MONTH BAKAL TIBA. SEKALI LAGI, GEAR BERAPA DAH? takkan masih slow lagi kot???
-Jasmin, sila terasa-
Tuesday, July 12
rawak II : DnT
Anda, saya memilih jalan ini,
jangan mengharapkan red carpet,
dan bunga daisy dan mawar mewangi di kiri kanan anda,
dan jangan pula menginginkan layanan seperti VVIP
tidak ada pula duit mengalir laju ke dalam akaun anda.
yang ada,
cuma ranjau duri menanti,
jalannya bukan lurus, mudah,
tapi penuh liku dan susah.
penuh cabaran,
kau aku, memilih jalan ini,
mujahadah harus tinggi,
semangat harus kental,
pegangan harus kuat.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan daripada golongan manusia;Yang menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”
QS 3:110
-DAKWAH ADALAH SUNNAH TERBESAR RASULULLAH SAW-
(kata sahabat ana suatu ketika dulu)
*******
Tentang cinta
Ada apa dengan cinta?
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Ali Imran 3: 31)
*******
Tertarik
“If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.
yang ana boldkan tu yang menarik minat ana.
kurangkan membetulkan, banyakkan menghubungkan.
khas buat diri sendiri, dan orang lain.
kadang kadang kita menegur seseorang,
terutamanya ana sendiri
tidak berhikmah.
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]
tidak bermakna ana meminta saya anda semua sonyap, tak menegur langsung.
tapi saya anda kena betulkan niat,
kemudian sentuh hati mereka mereka (mad'u) dengan hati kita.
lebih mudah untuk kita mentarbiyyah mereka.
teringat semasa Seminar Ini Sejarah Kita dahulu, semasa perbincangan dengan naqibah ana
dan ada beberapa juniors lain yang turut serta,
naqibah ana bertanya,
bagaimana dengan nak membuatkan mad'u kita istiqamah dengan usrah
tertarik dengan jawapan seorang adik tu,
"kita kena buat dia rapat dengan kita dulu dan buat kita menjadi penting dalam hidup dia. inshaAllah, akan lebih mudah kita nak buat diorang istiqamah."
subhanAllah, ana sendiri tak pernah terfikir sejauh itu.
bak kata maher zain,
"if u write from ur heart, it will touches peoples' hearts.:
*****
Buatmu muslimah
“Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
*******
esok malam dah berangkat balik Kuching. Doakan segalanya selamat ya!
maaf, post berterabur, macam yang sebelum ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)


