Monday, April 29

Allah tengah ajar redha dan sangka baik :)

Tengah memandu, telefon berdering. 

Panggilan masuk.

Skrin ditatap.

Dia? 

luruh jantung. muka terasa hangat. kaki menggeletar. kugagahkan jua menekan pedal minyak. 

'tak pernah selama ini dia call. paling-paling SMS atau e-mel sahaja. itupun bila hanya ada urusan benar-benar penting sahaja.' sekadar bermonolog.

lantas aku menjawab, minda yang sudah disetkan bahawa suara lelaki di hujung talian nyata meleset apabila suara seorang wanita di hujung talian. Dalam serak-serak basah, namun suaranya amat kukenali walau baru berkenalan selama 3 bulan. 

"Assalamualaikum, Meen. buat gapo tu?" suaranya lembut, keibuan, pasti menenangkan siapa yang mendengarnya.  

"Ibu, Meen tengah drive ni. Nak balik rumah." ringkas aku menjawab. 

Ibu. Bukan ibunya sebenar, tapi itulah panggilan mesra Meen kepada wanita itu.

"Oh, Meen berhenti dulu boleh? Ada benda penting nak kabo..."

Penting? Penting sangatkah sampai nak suruh aku berhenti sekejap. Aku pelik. Tak sedap hati pun ada. Tanpa berlengah aku memberhentikan kereta di bahu jalan betul-betul di depan institut belajar memandu di Desa Ilmu. 

"Ibu, Meen dah berhenti ni. Ada apa ibu?" 

"Meen, ibu nak tanya, andai suatu barang tu, orang bagi pinjam, tuan punya barang tu ada hak nak ambil balik kan?"

Seribu persoalan bermain di minda. Rasa tak sedap hati terus menyelubungi. Ingin menolak firasat hati. Sedaya upaya. Namun, ketenangan si pemilik suara di hujung talian menolak rasa bukan-bukan dalam hati. Tidak mungkin.

"Ha'ah. betul tu bu. Kenapa ye bu?" aku menyoal. Ingin merungkai persoalan di minda. 

"Meen, Allah itu Maha Memiliki, dan Dialah berhak mengambil apa yang Dia miliki. Meen, Allah dah ambil Nu'man daripada kita...."

Saat seakan terhenti. Gelap. Sukar untuk percaya apa yang baru sahaja dituturkan oleh ibu.

***

Susunan Allah pada kita, adakala sukar untuk kita menerimanya. Setelah diuji, kita terus diuji, seolah tanpa henti. Kaki sudah rasa penat melangkah, seolah tak sanggup lagi menghadap sesuatu yang gelap pekat yang dipanggil sebagai masa depan. 

Insan yang merasakan hidup bertuhan itu pasti memahami dan mengerti bahawa seluruh yang kita miliki bukan milik kita secara mutlak. Segalanya milik Allah. Dan bila kita tahu bahawa benda itu bukannya milik kita dan ia milik Allah, maka hati kita harus meyakini bahawa Allah akan mengambil barang miliknya bila-bila masa sahaja. Sama ada dengan kita rela atau tanpa kita rela.

Maka, bila kita yakin, mengapa kita perlu berdurja atas kembalinya sesuatu itu pada tuannya? Siapa kita untuk menahan dia untuk diambil kembali oleh tuannya?

Itulah takdir Allah. 
Hati mukmin itu pasti redha, dan terus bersangka baik padaNya. 
Galilah hikmahnya. 

28.04.2013
Perginya mujahid muda nun di hujung Malaysia sana. 
Doakan agar rohnya bersama dengan orang soleh dan beriman. 

Selamat beristirehat, anda. 


Saturday, April 27

terbang tinggi

duduk late lunch merangkap early dinner di tepi tasik bersama akhowat, 
sambil beriman sejenak.



Kata-kata Mu'az bin Jabal 

"Duduklah bersama kami, beriman sejenak..."


Ungkapan yang sama dituturkan oleh Ibnu Rawahah kepada Abu Dardaa' sambil memegang tangannya,
"Marilah beriman sejenak. Sesunguhnya hati itu cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"


Akhowat. 
Entah mengapa, setiap kali pandanganku menyapa mereka, hati rasa tenang. 
Rasa cinta. 

Aku kagum. 
Kagum dengan bicara mereka, tingkah laku mereka, pengorbanan mereka. 

Aku. Jauh lagi seperti mereka. 
Ibarat langit dan bumi. 
Ibarat jauhnya panggang dari api. 

Namun aku berusaha. Walaupun adakalanya aku tersungkur lagi.

***

Mutarabbi, anak usrah.
Setiap kali aku memandang mereka. 
Hati sesak jadi luas.
Tekanan menjadi rasa yang melapangkan.
Mekar. 

Mereka punya 'logam' yang perlu diasah.
Punya potensi yang perlu dibangkitkan.
Dan aku yakin, 
Mereka mampu jadi lebih hebat daripada aku. 
Dan memang itulah impian seorang murabbi, kan?

Dan impian aku,
aku ingin mereka juga punya rasa yang sama, dalam mendidik anak usrah suatu hari nanti.
Aku ingin mereka juga menjadi orang yang sanggup berkorban, harta masa dan jiwa dalam dakwah dan tarbiyah ini. 
aku ingin mereka memisahkan cinta dunia dan cinta akhirat, hingga membuahkan amal-amal ikhlas untuk dipersembahkan pada Allah suatu hari nanti.
Dan aku tak ingin melihat kita mati.
Melainkan atas jalan ini. 

Aku ingin, aku ingin mereka dan aku diredhai Allah.
Supaya kita bisa bertemu lagi di syurgaNya nanti. 

***

Dalam membina mereka, 
bukan hanya dengan usaha itu ini. 
Bukan hanya dengan komitmen. 
Bukan hanya dengan istiqamah. 
Bukan hanya dengan tarbiyah berobjektif.

Kunci yang utama : 
Hubungan seorang murabbi itu dengan Allah. 
Hubungan seorang mutarabbi itu dengan Allah.

Muhasabah. 

Sejauh mana taqarrub kita pada Allah?
Sejauh mana 'menjual' harta dan jiwa kita pada Allah?

Sejauh mana?
Sama-sama fikirkan.

***

Sambil duduk bercerita di tepi tasik, timbul kisah silam. Kisah bila mula komited solat lima waktu. Masing-masing mula sejak awal lagi. 

Aku? Tunduk. Hanya tersenyum kelat pada mereka. 

Betapa aku malu. Bukan tidak pernah disuruh ibu ayah, malah selalu. Cuma, aku degil, malas. 

Namun Alhamdulillah. Allah pertemukan aku dengan jalan ini. Walau pada mulanya aku 'lambat' sikit bertatih di jalan ini. Dan aku bersyukur, punya murabbi yang sangat bersabar dengan karenah aku, yang malas pergi usrah, yang malas pergi program tarbiyah. Namun, beliau tetap sabar. Tak jenuh mengajak, tak jemu memperlawa. 

Benarlah kalam Allah.
Hubungan dengan Tuhan, seru dengan al-quran, dan sabar. 
Itu kuncinya. 

***
rama-rama yang indah itu asalnya dari ulat. jadi indah, asal mahu berubah.


kelamnya masa silam. 
pilunya masa lalu. 
bukan alasan terus tenggelam, 
dalam kesilapan lalu. 

mukmin harus bangkit, 
terbang tinggi, menjulang ke langit!

Friday, April 12

Solat Tahajjud - Membina Hubungan Dengan Allah

"Allah sentiasa rindukan hambaNya. Rindukan rintih hiba hamba yang dicintaiNya pada kala insan lain enak diulit lena"

Santapan jiwa, sentapan hati. 

Whatapps nun dari akhowat makan kimchi.[baca : Korea]

Terus muhasabah bagaimana hubungan dengan Allah.

(credit : gambar kucing dari fb)

**
Tiga Elemen

Manusia itu, Allah kurniakan jasad, aqal dan ruh.

Ketiga-tiga elemen itu menjadikan kita sebagai manusia. 

Yalah, ruh, jasad tanpa akal, jadilah kita binatang. Tanpa jasad, itu jin namanya. Oke. Seriyes. 

Ketiga-tiga elemen itu saling memerlukan. 

jasad kita bisa lemah,
akal juga bisa buntu. 

tapi, 
kekuatan ruh mampu mengatasinya.
inshaAllah.

ruh yang kuat,
kuat hubungan dengan tuhannya. 


***

Hubungan dengan Allah. 

Murobbiyah selalu berpesan,

"Antunna yang berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini, terutamanya kumpulan ini yang bawak usrah, perlu jaga hubungan antunna dengan Allah, jaga qiam kita, jaga tilawah. Kalau boleh sebut satu-satu nama mutarabbi antunna dalam tahajjud antunna..."

Seorang akhwat juga pernah berkata,

"Hati yang kuat hubungannya dengan Allah, dia akan mudah menyentuh hati-hati yang lainnya..."

Tunduk. Malu. 

***
Firman Allah

Firman Allah s.w.t maksudnya :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. 
(Surah al-Isra’ : 79)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. 
(Surah al-Dzariyat:15-18)

***

Cukup bersyukurkah kita?


Ana juga terkesan dengan kisah di mana Aisyah radhi allahu anha bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa salam kenapa dia perlu solat malam sampai bengkak-bengkak kaki baginda sedangkan baginda telah dijamin syurga.

Tahu apa jawapan baginda.

Lejen. Epik. Menyentap. Kalau-tak-malu-lagi-tak-tahulah.

"Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"

Sedangkan Baginda yang maksum lagi solat sampai bengkak kaki, kita yang baaanyaaak dosa dan tak tentu lagi masuk syurga ini?

Bengkak mata tidur!

***

"Bangun tahajjud, macam-macam bisikan jahat dalam hati. Bagusnya aku, akhowat lain tak bangun. Macam mana ni? Tak perlu buatlah."
  
Mujahadah. Istighfar.

Benar, syaitan takkan hasut kita perkara di luar kapasiti kita.
Syaitan tak mampu nak hasut kita untuk tak buat, dia akan cuba rosakkan amal kita.

Hingga yang tinggal, tiada apa-apa. 

Astaghfirullahal 'azim.

Tidak dinafikan, lintasan-lintasan hati itu kadang-kadang ada. Mujahadah, istighfar saat lintasan hati itu datang, dan banyak berdoa pada Allah. Allah pegang hati bukan? InshaAllah, Dialah yang akan kuatkan dan teguhkan hati kita untuk menepis bisikan syaitan. 

Untuk tidak melakukan sesuatu kerana nak jaga hati, bagi ana itu suatu 'extreme value' yang perlu dielakkan. 

Lawan. Mujahadah. 

Allah pasti bantu. 

***

Susahnya nak bangun!


Set alarm, minta kawan kejut, itu perkara teknikal yang boleh kita buat. 

Hindari hari-hari kita daripada maksiat, agar kita tidak terhalang daripada bangun menghadapNya. Kerana kekuatan untuk bangun malam itu bukan letak pada lemahnya jasad, tapi rapuhnya jiwa dengan maksiat. 

Mungkin bukan mudah, sama-sama kita mujahadah.




InshaAllah, lama-lama pasti terbiasa. Serahkan juga pada Allah, serahkan keyakinan pada Allah, Dialah yang akan mengejutkan kita, sangka baik padaNya bahawa Dia pasti akan mengejutkan kita. 


Ana menulis ini sebenarnya khas untuk ana sendiri. Teguran diri sendiri. Mengajak diri sendiri terlebih dahulu. Kerana ana tahu ana jauh lebih doif berbanding kalian yang membaca.

Jika kita mampu bangun pagi untuk tengok bola, untuk belajar sebab esok nak hekzem, kenapa kita tak mampu nak bangun solat malam?

Mungkin, kita sama-sama boleh lazimi dengan solat dua tahajjud terlebih dahulu. Jika dah terbiasa, tambah lah lagi dengan solat-solat lain.

Alah bisa tegal biasa, inshaAllah :)


kuatnya hubungan kita dengan Allah asas ruh kuat.
Kata-katanya penuh hikmat,
dirinya sentiasa selamat, 
wajahnya terserlah hamba yang taat,
dicintai mukminin mukminat,
bijak, akal sentiasa sihat,
dibangkitkan dengan wajah bercahaya di hari kiamat, 
dipermudah hisab di hari akhirat, 
melintas di titian sirat seperti kilat,
menerima buku amalan di sebelah kanan pada hari akhirat.