Tuesday, October 2

Ajarkan aku. Ya Allah.

Jenuh telinga mendengar,
Berat bahu menahan beban. 

Ruang hati terasa sempit. 
Berat. 

Kerana aku belum lagi berjiwa besar. 
Terasa sempit, adakalanya hingga menyesakkan. 
dan hanya air mata sahaja yang mengalir. 
sebagai ekspresi rasa. 

Kulihat mereka, 
tenang. berjiwa besar. 

Kutelusuri sirah Baginda shallallahu 'alayhi wa salam,
Dibaling batu, hingga berdarah. 
Dilempar najis, dicaci, dihina. 
Masih lagi mampu tersenyum menawan. 

Allah, 
begitu berlapang dadanya Baginda shallallahu 'alayhi wa salam. 

Maka,
Bantulah aku meneladani baginda ya Allah. 
Pimpinlah aku untuk berjiwa besar, berlapang dada. 

Ajarkan aku. Ya Allah. 





"Wahai sekalian orang-orang yang beriman, sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaranmu itu"
[QS 3:200]



Allah. aku mahu berjiwa besar. Ajarkan aku. 


1 comment:

Anonymous said...

'DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU MAHA PENCIPTA untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com ' daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur Terimakasih yaALLAH dengan nikmat jasad&nyawa ini..Sejahtera DIRIMU yaALLAH..' sdr2 yg dkasihi semua,semestinya kita insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA.luangkanlah masa kita utk mlayari blog ini krn ssungguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALAH!!Salam kasihsayang..adam7