Tuesday, January 18

semoga istiqamah, Jasmin!

Assalamualaikum & hye peeps~

Ingat tak post Min yang lepas
Yang Min cerita Min nak sangat buat sesuatu tu, tapi belum ada kekuatan? 
Alhamdulillah, Min dah berjaya buat benda tu.
Min sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat di sekeliling,
kerana banyak membantu Min buat benda tu.
Walaupun korang tak tahu yang korang telah bantu Min,
tapi korang banyak membantu sebenarnya.
Gara-gara perasaan jeles tengok korang,
timbul persoalan dalam kepala Min, 
kalau korang mampu, 
kenapa tidak Min?


Sebab tu la Min sangat sayang sangat-sangat korang.
Walaupun ada antara kita yang tak rapat sangat.
Kalau nak berubah,
kena ada persekitaran yang baik,
kawan yang baik,
dan percayalah,
korang telah memberi persekitaran tu.
korang telah bagi contoh terbaik.
Apa-apa pun, 
moga Min istiqamah.
Moga Allah sentiasa pegang hati Min,
hati kita,
bertaut kasih keranaNya.
SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN KORANG~

2 comments:

(^-^) said...

alhamdulillah..(^-^)selamat berjayaaaaaaa~~sy ada banyaak lg tudung utk kamuuu..~~

Jasmin Jaraee said...

mohon doanya~~ :)
knp x guna nama sndiri?