Tuesday, June 1

what I've done within one hour

Assalamualaikum & hye peeps~

Aku pening kepala. Pening kepala untuk mencarikan entri yang sesuai buat kali ini. Bermacam-macam cubaan yang telah kubuat, tetapi tetap menemukan jalan buntu. Setelah sekian lama tidak menulis, kurasakan ideaku tersangkut dan sukar untuk diluahkan. Setelah beberapa minit jari jemariku menari-nari atas papan kekunci komputer ribaku, sekali lagi punat "backspace" kutekan dengan kadar yang agak lama. Aku terus memainkan tetikusku. Klik ke tab facebook dan refresh. Tidak ada apa yang menarik. Cuma beberapa status facebook yang mampu meng"ingga"kan aku menjadi hiburan. Hiburan? haizzz....tipu..buat sakit hati adalah. Sekali lagi aku memainkan tetikusku. Huh~ ternyata aku bosan sebenarnya. Sekali lagi aku mengklik tab blogger. Jariku terus menari-nari. Menaip apa yang ada dalam kotak fikiranku ini. Aku hilang idea.......lagi.... 

Perbuatan yang sama ku ulangi. Pergi ke laman facebook dan refresh. Tiba-tiba, aku terlihat sesuatu yang menarik pada homepage facebook. Photo-photo yang di"upload" oleh seorang kakak Liaison Officer (L.O) = fasi. Gambar tersebut bukan la karya-karya fotografi yang mind blowing, tapi sekadar gambar-gambar buku. Buku-buku yang biasa kita lihat. Buku-buku agama. Antara tajuk-tajuk bukunya ialah..

"Menjadi Muslim Terbaik"

"1001 Pertanyaan Soal Jawab Agama"

"290 Nasihat Untuk Muslimah"

"40 Amal Penghapus Dosa"

Memang buku-buku ini tampak biasa buat kita kan? Tapi apa yang menariknya. Yang meng"upload"nya bukan muslim. Itu pada pandanganku. Bagi memastikan bahawa kakak ni memang benar-benar non-muslim, aku terus mencari kolum "religious views" nya..

Sangat menyentuh hati bila aku melihat pada kolum tersebut terisi dengan

"non-muslim, but looking forward to convert..."

wahhh...aku hanya berdoa agar beliau memperolehi hidayah dan akan memeluk Islam suatu hari nanti. Ameen...

Duh~ keadaan kembali seperti sebelumnya. Untuk mengelakkan
 macam-macam perkara yang akan aku "kereco" kan..cepat aku klikkan 

publish post.


2 comments:

serikandi yaya said...

insyAllah..moga Allah beri hidayah dengan kakak ya tek..

Jasmin Jaraee said...

ameen :)