Sunday, June 6

seiring dan sejalan...

Assalamualaikum & hye peeps~

Lama agaknya tidak mengisi blog ini. Agaknya sudah berhabuk rasanya. Berapa inchi agaknya debu tersebut ya? Memang susah betul nak istiqamah dalam menulis blog. Mungkin kkekangan masa (atau sekadar alasan) atau assignment (atau saja nak berdalih). Hmm...Mesti pak spider tengah tersenyum lebar sebab sawangnya tidak dikacau. Sebentar tadi, Jasmin "chat" dengan seorang kakak L.O yang mengajak Jasmin untuk mengikut usrah di masjid tempat Jasmin menuntut ilmu. Entah macam mana tiba-tiba masuk ke topik dakwah. 

Lantas Jasmin teringat akan pesanan saudara Razif,

"Menuntut ilmu perkara nombor SATU, berdakwah bukan perkara nombor DUA"

Hmm..memang. Menuntut ilmu dan berdakwah haruslah bergerak seiringan. Dakwah perlu disampaikan walau dimana jua kita berada. Ada juga di antara kita apabila mendengar perkataan dakwah, merasa gentar dan takut. Macam-macam perkara yang timbul..

"Ahhh..ilmu aku belum cukup, macam mana nak berdakwah?"

"Aku ada komitmen lain yang lagi penting. Aku masih belajar...tiada masa.."

OK. Kalau difikir-fikirkan balik, dakwah itu simple. Macam-macam cara untuk berdakwah. Cara paling mudah untuk dakwah ialah dakwah kepada diri sendiri. Dakwah membawa maksud mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Dalam usaha untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, nafsu kita perlu didakwahi. Bukan membuang nafsu kita, tapi mendidik. 

"Nafsu tidak pernah mendidik manusia menjadi manusia tetapi didikan nafsu inilah yang sering digunakan."

Tiba-tiba Jasmin teringat hasil bacaan Jasmin. Akan Jasmin copy n paste kan di sini..

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau".

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau".

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku".

Berdasarkan kisah tersebut, sudah cukup jelas nafsu perlu dididik. InsyaAllah terlerai nafsu kita.

Berbalik dengan soal dakwah. Perlu disampaikan selagi kita berada di bumi Allah. ibarat dunia dan akhirat. Dalam mendapatkan dunia, akhirat juga prlu dikejar. Tidak boleh melebihkan satu dari yang lainnya. Ingatlah jika kita mgejar dunia,akhirat akan lari tetapi jika kita mengejar akhirat insyaAllah dunia akan seiring brsama.Teringat satu kata-kata, biarlah dunia itu di tanganku bukan d hatiku..bermakna kita yang mengawal dunia bukan dunia yan mengawal kita. Dalam mengejar kejayaan jangan kita lupakan akhirat kerana di sanalah tempat kembali yang abadi.


ada juga yang mengatakan..



 "letakkan akhirat di depan matamu dan dunia di bawah dagu mu... supaya kita tidak melihat dunia tetapi fikir pada akhirat.."

ada sahabat berpesan.. sekiranya dalam bidang akademik, kita lihat dan ambil ibrah pada insan yang lemah sikit dari kita.. bukan tujuan untuk memperkecilkan tetapi sebagai pengajaran.. agar kita 
menyedari nikmat ALLAH terhadap kita.. sekiranya kita asyik memandang yang di atas... maka dikhuatiri kita asyik mengejar dunia... tetapi tak bermakna kita tidak boleh melihat kedua duanya

dalam ukhrawi.. lihatlah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi.. ambil contoh para nabi.. betapa kuatnya pengabdian mereka kepada ALLAH.. kerana Mardhotillah.. agar kita sentiasa mengejar akhirat dan memperbaiki mutu amalan kita.



Dakwah bukan beban tetapi kecintaan! ♥



Sebagai penutup, ingatlah, berdakwah jangan sesekali dianggap sebagai beban. Tetapi suatu kewajipan yang kita cintai. Semoga sama-sama kita terus istiqamah dalam menegakkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH.
.jangan bimbang, setiap manusia islam dibikin Tuhan peluang utk jihad dan syahid.jangan kita2 sempitkan akal dengan menyangka dakwah/jihad itu sesuatu yg langsungnya besar!
kenapa Rasulullah memulai dakwah secara senyap-senyapan? secara ahli keluarga?

renungkan..
"open your eyes"

No comments: