Assalamualaikum n hye peeps!
Zakiah dah balik, so tinggal la Jasmin sorang-sorang kat dalam bilik ni. Minggu ni sangat-sangat penat tambahan macam-macam exam nak diadakan pada minggu ni. Pada awal-awal minggu lagi dah exam mathematics. Jasmin buat yang kurang baik pada exam tu! ihh..geramm...benda2 surd tu buat jasmin jadi SOT(gila)! Pening nak jawab sebab langkah-langkahnya sangat panjang sampai Jasmin tak sure betul ke tak langkah2 tu..
Pada hari selasa pulak, 2 assessment English. Yang pertama exam on phonetic.hmm..tak payah nak cerita.Overall ok..
Assessment yang kedua tu, agak payah...huhuh..sebab Jasmin ni bab-bab berdiri ke depan ni mudah nak dapat Parkinson-like symptoms. Mula la kaki nak menggeletaq, jari nak shaking2~ jasmin tak cerita apa2 sangat. Cuma self-introduction. Masa Jasmin cakap Jasmin suka main gitar, semua macam...whoahhh...hello..saya cakap saya suka, bukan saya pandai. Hahaha...ada satu part tu, Jasmin show tangan saya yang shaking2 ni, diaorang ketawa! mana blh ketawa...kesian I...hahah...
Hari rabu. Kelas IT sangat menarik hati saya. Lecturer tu menceritakan pengalamannya belajar di UK. Negara tu sangatla canggih. Contohnya, kalau nak beli tiket bas, tak payah nak pergi stesen bas, cuma booking then akan ada satu SMS yg verify kta beli tiket tu. Tak payah nak beratur lagi dah. Then, lecturer tu tanya,
"agak2nya bila Malaysia akan sampai ke tahap tu?"
so kita guessing la tahun2 nya..ada cakap 2020..2030..2050...then dia jawab..
"negara kita akan jadi maju apabila
1. Orang tak buang sampah melalui tingkap kereta.
2. Kalau barang tertinggal kat mana2..tak da orang ambil.
So, kiranya, negara kita akan maju apabila mentaliti seseorang tu berubah. Bukan sahaja fasiliti kelas pertama...
mentaliti pun kena first class!!
pada petangnya, ada lagi exam.Bio. OSPE, Objective Structured Practical Exam. Cara nak guna stereo microscope. Kalau bab teori tu, Jasmin masih lagi ok. Sebab dah study kan. Bab praktikal tu..sangat2 kecewa. Imej dapat lihat, tapi tak dapat nak clear. Mungkin sebab masa study dulu guna microscope lain (ATAU ALASAN) atau dalam buku, gambar lain (ATAU NAK BERDALIH!)
so. Jasmin sangat-sangat frust sebab imej tu tak clear...huhuh! So, Jasmin berazam akan improve for the next OSPE!
Hari khamis pulak, ada PRESENTATION! Inilah Jasmin melakar sejarah dengan bercakap di hadapan
ALMOST 300 STUDENTS! MENGGELETAQ habis!
Tak tahu la nak kata ok, tapi ada masa nak pegi toilet tu...ada la beberapa sahabat2 dari semenanjung tegur...
"Jasmin! power giler ko present tadi!"
"Semangat la ko tadi!"
"macam tengok forum perdana tadi!"
"Kitak macam org nak pidato~"
Aiseh....korang tak tahu lagi apa aku rasa..setengah nak mati kat depan tu. Aku keluar suara tu dah cukup ok!
Jumaat! Exam biology lagi...huh! just so-so je laa..tak ok sangat..tak la teruk sangat...DNA oh DNA!
Malam tu ada usrah.
Sangat banyak ilmu yang dapat saya perolehi. Sebagai contoh,
DAKWAH.
Suatu kewajipan, bukan beban.
Suatu kecintaan, bukan halangan..
Suatu keutamaan, bukan tekanan!
apapun..erti hidup untuk memberi.
Ni ada sikit Questions&Answers pasal fiqh wanita.
1. Kalau period, boleh pergi masjid ke tak?
Ada 2 pendapat ulama', ada cakap boleh, ada tidak.
Tetapi, ianya boleh sebab syariat boleh berubah ikut edaran zaman. Zaman dulu mungkin tak boleh sebab mereka dikhuatiri mengotori masjid dengan darah haid. Tapi sekarang, zaman dah berubah. Ada "invention" baru telah dicipta bagi mengelakkan kita dari mengotori masjid. So, saya ambik boleh sebab kita boleh dapat banyak majlis ilmu di masjid.
2. Kalau solat, tiba-tiba terbuka aurat ?
Kalau tersedar
Kena ulang solat sebab semua ulama bersetuju bahawa menutup aurat merupakan salah satu syarat sah solat.
Kalau tak sedar
dianggap sebagai satu kemaafan (atau satu kelupaan), dan solatnya masih sah.
3. Kalau period, boleh tak baca ayat al-quran?
Boleh, tapi bukan yang al-quran mushaf. Baca dalam hati dan guna tafsir atau terjemahan.Anggap sebagai zikrullah. Selain itu, Al-quran adalah as-syifa' & penenang. Dalam tempoh haid,mungkin wanita akan rasa resah gelisah tension stress...so, kalau nak tenangkan diri tu, tak lain tak bukan dengan baca al-quran.
Hari ni, ada kempen serta pengundian jawatankuasa pelajar asasi unimas. Alhamdulillah, semua yang saya undi menang dan sangat boleh di percayai. Apapun. Pikul amanah dengan sebaik-baiknya...
Ok...Jasmin nak balik niii..
bapak dah sampe!!!!