Saturday, June 23

saya mudah jatuh cinta.

so far ni, kepada yang halal sahaja (samb tajuk)

Mode : Sangat bahagia dalam hati ada landskap. 


Selepas qiam tadi, ada buat satu aktiviti. Setiap orang hendaklah melukis wajah sendiri dan perkara yang disukai dan tidak disukai ke atas satu kertas. Kemudian kertas tersebut dikumpulkan dan diberi secara 'random' kepada semua. Setiap orang diminta meneka siapa empunya kertas tersebut berdasarkan lukisan dan perkara yang disukai dan tidak disukai tadi. Maka, masing-masinglah cuba meneka seorang demi seorang. Tiba satu kertas, 

" wah... kak Min ada peminat nih." berkata seorang adik tu sambil menunjukkan lukisan yang berada di tangannya kepada semua.

"Eh, maksudnya?" detik hati ana. Lantas adik tersebut terus membaca apa yang tertulis pada kertas itu.

"Perkara yang disukai, yang pertama, Kak Jasmin. kedua bla bla bla. Yang tak disukai bla bla bla. (tak ingat sebab dah rasa muka ni macam udang panggang). Ermmm, biar saya teka. Iman (bukan nama sebenar) kan?"

"Eh, anak aku (mutarabbi)..." spontan ayat itu terpacul keluar dari bibir ana antara dengar tidak dengar.

Ana pun terus mengalihkan pandangan dan menfokuskan kepada ukhti ana seolah-olah lens Nikon D5100 memfokus ke arah objeknya. (maksudnya dah tak nampak apa lagi melainkan ukhti ana tadi. hehe). 

Iman hanya mengangguk dan tersenyum. 

*****

Allahu, pada saat itu ana tak dapat menggambarkan rasa di hati. Rasa teramat manisnya ukhwah fillah ini. Sesungguhnya perasaan cinta sayang itu terbit atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, inshaAllah. Ana sangat suka satu definisi cinta Hilal Asyraf. 

"Cinta itu ialah hendak membawa orang yang kita cintai sekali ke syurga bersama."

Alhamdulillah. Kerana cintaNya, Allah pertemukan kita semua supaya kita bisa saling mencintai demi meraih cintaNya! Terus teruslah mengembara cinta, kerana hikayat seorang pengembara cinta itu takkan pernah selesai selagi JannahNya belum digapai. 

"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (surah Al-Anfal: ayat 63)

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini.

Allah, 
bimbingkanlah aku. 
tunjukilah aku jalan. 

Ya Allah
Kau jadikanlah aku dan mereka
serikandi Islam yang berjuang untuk agamaMu di dunia ini
dan 
bidadari yang mendiami syurgaNya di akhirat nanti. 
Ukhtie fillah :) 
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, akan ku bimbing kembali dirimu supaya kita dapat bersama-sama rasa indahnya Syurga." 
doakan ana sekali ye, ya ukhti fillah.  :) 

No comments: