Wednesday, June 13

tuntunku kepadaMu

Sang mentari beransur terbit dari kaki langit. 
Di ufuk timur, langit menjingga kemerahan. 


Sedang hari baru kurniaan Tuhan, 
Semalam apakah penuh manfaat?






Sambil memerhati, minda jauh melayang. Terfikir. Iman manusia itu sifatnya turun naik. Ada masanya, tiba-tiba ada perubahan drastik pada ruhiyyah kita. Kaki berat melangkah untuk melakukan amal kebaikan. Solat sudah mula tidak khusyuk. Bermalas-malasan untuk solat berjemaah. Seruan amal dakwah dipandang dingin. Rasa terbeban. Ribuan alasan diberi. Qiamullail kita pula, semakin sunyi keghairahannya. Atau mungkin hilang secara total. Dunia dirasakan begitu indah hingga angan-angan kita meluap-luap. And yet, jarang bersyukur, sulit untuk bertaubat. Dosa dan kita pula, kian akrab. Lupa bahawa kematian akan menjengah. Bila-bila masa sahaja. Bahkan bila mendengar tentang kematian, dingin. Biasa sahaja. 

Mata tidak lagi menangis kerana takutkan Allah. Bukan kerna bekunya air mata, tapi kerna kerasnya hati di dalam dada. Ya, hati itu kian keras. Tidak sensitif. Dosa dan jahiliyyah, dipandang biasa. Busuknya tidak lagi mampu dihidu. 

Sedangkan hati yang keras itu, adalah hati yang jauh dari Allah. 


Azam menjulang tinggi ke langit. 
Bijak menuturkan semula kata sang murabbiah, 
Mengiyakan kata-kata muwajih,
beraksi gencar dalam dakwah dan tarbiyyah....


Apabila Allah tuntut semua itu dengan amal dan ikhlas,
apakah masih mampu mendongak kepala?


Islam tidak perlukan daie robot tapi yang faham dengan sebenar-benar kefahaman




"Ya Allah beri kami kekuatan untuk menggenggam cinta dunia di tangan agar bila masa untuk melepaskannya; tiada pernah rasa bersedih hati, dan beri kami kekuatan untuk semat cinta akhirat di hati agar tiada kami pernah merasa untuk mensiakan cintaMu"

No comments: