Sunday, June 24

Ramadhankan Hidupmu


Ramadhan akan menjengah tidak lama lagi. 
Kurang sebulan. 
take note

Perlu Persediaan

Sudah diatur perancangannya belum? (ehem. ehem. soalan ini untuk anda terutamanya wahai si penulis!) 

*klik untuk lebih calcium*

Gambar di atas merupakan ringkasan 10 warming up menuju Ramadhan. Ya, bulan Sya'aban adalah bulan terbaik untuk kita melakukan persiapan sebelum bulan Ramadhan. Kenapa perlunya warming up? OK, bayangkan anda akan menyertai pertandingan lumba lari 100m. Sudah tentunya pelbagai persiapan mental dan fizikal dilakukan, betul? Jika tiada persediaan, maka akan semput, tersungkur, cramp, pengsan dan...eh cukuplah. Begitu juga dengan bulan Ramadhan. 

Mungkin boleh buat buat satu perancangan yang sedikit-sedikit dan dipertingkatkan targetnya minggu demi minggu. Contoh :

*klik untuk tumbesaran*

Gambar di atas sekadar contoh. Boleh diolah ikut kreativiti masing-masing. :) 

Tiada warming up, maka 'tak panas-panas enjin' masa bulan Ramadhan. Jika adanya warming up sebelum Ramadhan, maka 'enjin' kita sudah sedia panas pada bulan Ramadhan. Maka hanya siap untuk memecut laju masuk gear lima sahaja dan drift sahaja lagi. Eh? 


Matlamat Perlu Jelas 

Setiap pekerjaan kita perlu ada matlamat yang jelas. Apabila telah ada matlamat, maka perlu ada cara strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Barulah kita mampu melaksanakan sesebuah pekerjaan tersebut dengan jayanya.

Begitu juga halnya dengan ibadah. Terutamanya ibadah kita sepanjang Ramadhan yang akan datang. Kita berpuasa sebulan lamanya. Namun berapa ramai yang beribadah sesuai dengan matlamat benar dan strategi yang baik?  

Maka, apa tujuan kita berpuasa? 

Madrasah Tarbiyyah, Shortcut Kepada Taqwa

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [Surah Al-baqarah : 156]

Berdasarkan firman Allah S.W.T tersebut, maka jelaslah bahawa tujuan kita berpuasa adalah untuk menjadi orang yang bertaqwa. Bulan Ramadhan atau ana suka bahasakan sebagai Madrasah Tarbiyyah adalah satu latihan untuk kita berpuasa. Berpuasa dalam erti kata sebenar. Melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Hidupkanlah malam-malam kita dengan qiamullah, basahkan lidah dengan zikrullah, semarakkanlah hari dengan tilawah Al-quran.

Tujuan kita berpuasa untuk menjadi orang yang bertaqwa, maka sepatutnya setelah ramadhan berlalu, semua kebaikan yang dilakukan dan keburukan yang ditinggalkan sepanjang ramadhan perlulah sama dalam bulan-bulan seterusnya.

Jadilah Hamba Rabbani, BUKAN Hamba Ramadhani

Ingin ana nak berikan satu analogi mudah. 

Bayangkan kita menghantar anak-anak ke satu program motivasi atau mana-mana seminar, bagaimanakah nak dikatakan bahawa program motivasi itu berjaya atau tidak? 

Adakah melalui semangatnya yang berkobar-kobar semasa program itu berlangsung? Sudah tentu tidak. Kejayaan itu diukur melalui prestasi peserta tersebut selepas daripada menghadiri program tersebut bukan?  

Maka, teruskanlah amal-amal pada bulan Ramadhan itu hingga ke bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan itu sekadar batu loncatan. Kita ini hamba Allah bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja tetapi semua bulan. Ayuh, apa tunggu lagi? Bersiaplah mulai sekarang. 

Bukan sekadar hidupkan Ramadhanmu, tapi Ramadhankan Hidupmu :)

No comments: