Friday, June 29

Berbahagialah Dengan Ujian Itu


|AMARAN| 
Intro agak panjang. Boleh skip. Cari tulisan merah. [ada pulak macam tu. eheh]

Dalam minggu ini, ana mendapat berita gembira daripada ukhtie bulatan gembira ana. Ana pulak lebih lebih gembira bagai rasa nak melompat, eh. Hiperbola. Tapi seriously sangat gembira. Sangat gembira kerana beliau dapat menyambung pelajarannya dalam bidang yang diidam-idamkan. Yalah, bukan senang kan nak dapat medic, kan? Makin menambah perasa kegembiraan ini apabila mendapat tahu beliau dapat menyambung pelajarannya di CUCMS, salah sebuah universiti ikhwah akhawat. Eeee. seronoknya. OK, dah. Anda pulak yang lebih lebih.

Dalam keseronokan tersebut, secara tidak langsung membawa memori ini terbang merentas masa lalu. Dulu UNIMAS bukanlah universiti pilihan ana. *OK, UNIMAS jangan kecik hati. Sekarang, u're the number one for me. lalala. eh?* Tapi Allah pilih jugak ana untuk ke UNIMAS instead of UIA. He knows best, right? Sebelum itu ana juga mendapat tawaran tajaan MARA untuk membuat foundation in medicine di Kolej Mara Kuala Nerang sebelum melanjutkan study ke Royal Medical College of Perak. Tapi, atas sebab-sebab tertentu, tak jadi la fly ke Semenanjung. Memang sangat sedih waktu tu. 

Ya, ana pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Maka dengan azam yang menggunung dan semangat yang membara ana meneruskan study di UNIMAS. Dalam kepala, 4flat. Empatrata semata-mata. Ya. Ana harus jadi doktor! Tapi, bila dapat keputusan semester pertama, harapan itu seolah-olah terpadam. Akan tetapi, harapan itu menyala semula apabila ana mendapat tawaran medicmesir di Uni. Tanta. Akan tetapi, atas desakan keluarga, maka ana decide untuk stay di unimas. seolah jatuh ditimpa tangga dan tergolek-golek rasanya.*mode melankolik.hehe*

Tapi Alhamdulillah, Allah rezekikan ana untuk menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi sumber yang sumpah sangat osem dan the most osem-EST thing is, ana SEDANG mengenali Islam yang sebenar di sini. 

OK, itu intro sahaja. Hee. Panjang pulak kan? 


Bukan Aniaya

Kita seringkali merasa kecewa andai kita tidak mendapat apa yang kita citakan. Badan menggigil, dada terasa sesak menahan kesedihan. Maka akhirnya kita tewas dek emosi dan tertumpah juga air mata itu. 

Percayalah sahabat-sahabat ana yang disayangi Allah,
mungkin apa yang telah Allah takdirkan kepada kita bukanlah apa yang kita mahu. Hati meronta, sedih. Tetapi ingatlah sahabat-sahabat sekalian, tiadalah satu ketentuan yang Allah berikan kepada kita untuk menganiaya kita. Tidak sama sekali. 

"...Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." [Surah Fussilat:46]




Maka Berlapang dadalah

"Aku (ALLAH) adalah berdasarkan dzan (sangkaan) hambaKu kepadaKu..." 

Mungkin apa yang kita alami, begitu pahit untuk ditelan, begitu sukar untuk dihadapi. Tapi dengan cebis-cebisan iman dalam hati, pasti kita akan cuba mencari sebanyak mana hikmah yang tersembunyi. Sentiasalah berlapang dada kepada apa sahaja yang Allah takdirkan kepada kita. Teringat satu pepatah Arab,

 “sesungguhnya tiada yang mungkin-mungkin itu lebih baik daripada apa yang telah berlaku.”

Sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan mempersoalkan takdir Allah malah akan memandang segala ujian dan dugaan yang menimpa dirinya sebagai satu tarbiyyah terus daripada Allah.

Kita pula bagaimana? (:

Definisi Terbaik

Manusia itu selalu lupa tentang hakikat takdir Allah dan tadbir manusia. Semua yang telah terjadi itu telah ditentukan. Akan tetapi, Allah suruh kita berusaha. Maka kita berusahalah dengan sebaik mungkin. Berdoa dan bertawakallah sepanjang kita berusaha itu dan letakkan pergantungan kita, sebagai hamba hanya padaNya. Apapun natijahnya, terima dengan redha, bersyukur dan bermuhasabahlah kerana natijah itu milik Allah. Yakinlah bahawa apa sahaja natijahnya, itulah yang terbaik untuk kita. Memang kadang-kadang kita over/underestimate kemampuan diri kita hingga kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu, tapi Allah lebih mengetahui segalanya kan?



Cuba kita lihat ini.

Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Yusuf Islam, di mana kesakitannya itu membawanya kepada Islam.
Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuahkan kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan.
Maka di sini, terbaik itu tidak semestinya datang dalam bentuk yang kita suka semata-mata, tetapi datang dalam bentuk yang kita tidak menyenanginya. Bukankah Allah dah berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 216,
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Kadangkala Allah tidak berikan apa yang kita mahu, tapi apa yang kita perlu.
Berbahagialah, Kerana Allah Menyayangimu
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" [Surah Al-Anbiyaa’: 35]


Ujian itu tidak boleh dihindari atau ditakuti, kerana ujian itu sendiri datang bersama kebaikan. Akan tetapi, yang salah dan buruk adalah gagal dalam menghadapi ujian dan kesulitan itu. Semakin banyak ujian yang diharungi, semakin tinggilah mutu seseorang itu kalau dia berhasil menyelesaikannya. 


Bukankah ikan yang enak dagingnya adalah ikan yang berenang di air yang deras?
Bukankah emas yang sering dibakar akan semakin berkilat?
Dan bukankah gula itu akan lebih terasa manisnya selepas meminum kopi o pekat?


Maka bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Allah. Contohilah sikap para anbiya, auliya' dan solihin. Dan ketahuilah, setiap ujian yang menanti itu, akan ada perkara yang lebih baik menanti!


Firman Allah,


"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [Surab Al-baqarah:153]


Maka redhalah dengan setiap ujian. 
Bersyukurlah ketika dikurniakan nikmat dan kesenangan. 
Bersabarlah ketika ditimpa musibah dan kesakitan. 
Kerana dalam nikmat itu ada ujian, dalam ujian itu ada nikmat.


Sesungguhnya, 
Berbahagialah. 
Ujian itu datang membawa kebaikan, membawa petanda.
bahawa Allah sangat menyayangi kita. 


Mungkin kita lalai, Dia nak kita ingat pada Dia. 
Mungkin kita hanyut, Dia nak kita kembali pada Dia. 
Mungkin kita lupa, Dia nak tegur kita.
Mungkin kita ini penuh dosa, ujian itu sebagai kifarah.
Mungkin kita ini lemah, Dia nak kita kuat.
Mungkin kita menjauh, Dia nak kita mendekatiNya.


Pandanglah sisi hikmahnya, 
dan bersyukurlah.
******

Hidup itu, tidak selalunya cerah. Adakalanya gelap.
Hidup itu, tidak selalunya di atas. Adakalanya di bawah.
Hidup itu, tidak selalunya indah. Adakalah pedih terasa.
Hidup itu, tidak selalunya sihat. Adakalanya sakit.
Hidup itu, tidak selalunya gembira. Adakalanya sedih.
Hidup itu, tidak selalunya berjaya. Adakalanya gagal.

Itulah kehidupan.
Pandanglah dengan kaca mata iman,
Dan berbahagialah ^^

No comments: