Assalamualaikum & hye peeps~
Alhamdulillah, Min ada kesempatan nak update blog. Bukan masa yang menjadi masalahnya, cuma Enche' Idea yang diseru-seru tak kunjung tiba. Pak Cik Malas pun datang tanpa dijemput. haiya. Apa-apapun, walaupun Enche' Idea dan Pak Cik Malas ni bikin masalah, Cik Abang Hati ni lebih kuat nak update.
Alhamdulillah, hujung minggu lepas Min berkesempatan mengikuti program JanaTaqwa anjuran HEWI PERKEPIS bertempat di Homestay Saftuyah di Pasir Pandak. (Min sangat-sangat suka tempat ini. sebab? nanti Min buat satu post yang special kenapa Min suka tempat ni :D) Program ni disertai lebih kurang 25 orang peserta dan most of them merupakan pelajar tingkatan tiga.
Min berkesempatan belajar bermukun. HAHA. ni la yang paling best. Kalau tak tau apa bermukun tu, bermukun merupakan pantun yang dinyanyikan dengan melodi tersendiri. Lebih kurang macam jual beli pantun la, tapi dinyanyikan. Kalau nak tau lagi, tanya je MakCik Google atau PakNek Yahoo k?
Perkongsian bagi program tersebut berkisar tentang soal kasih sayang. Kasih sayang kepada diri sendiri, ibu bapa dan juga masyarakat. Min jugak disedarkan tentang realiti remaja masa sekarang. Memang menakutkan. Tak perlu Min ceritakan tentang realiti remaja masa sekarang. Dah selalu sangat dah terpampang kat TV akhbar semua.Min jugak berkesempatan berkenalan dengan seorang peserta dari negara China. Study di UNIMAS dalam bidang marketing. Kakak tu namanya kak Fatimah. Best jugak sembang-sembang dengan kakak ni.
Apa-apapun, mudah2an program ni mampu men"jana" taqwa para pesertanya. Terima kasih kepada akak-akak yang bertungkus lumus merealisasikan program ni.
" Akhir kata, manisnya hidup andai rasa hidup bertuhan. Indahnya persahabatan atas dasar ukhwah filllah. Moleknya perlakuan disertai iman. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi bidadari yang akan menghiasi taman-taman syurga kelak. InshaAllah. "
Rasa-rasanya, setakat ni je la. Enche' Idea dah hilang dah. Maaf atas segala kekurangan.
credit to kak Hartini Mardan kerana gambar ini diambil dan diedit olehnya~ :D
p/s : manok barbeque malam ya nyamannnn!! haha XD
No comments:
Post a Comment