Saturday, October 23

EXAM!

Assalamualaikum & hye peeps~~

Sekarang ni dok busy. Final exam nak menjelang la katakan. Semalam Jasmin ade ikut qiam. Lama jugak tak ikut program kerohanian macam tu. Rasa jiwa yang kosong terisi, jiwa yang kacau menjadi tenang. Banyak ilmu-ilmu baru yang diperoleh. 


Kalau masuk je minggu exam, mesti semua dok tension2,stress tahap gaban simpang 24..

Ada jugak yang menyesal..."awat aku ambik course ni??" asal aku kene kat cni??? macam2 ayat lagi la yang keluar...

To cut a long story short, exam ni buat semua stress kan?? takut dengan exam kan?? tak dinafikan, Jasmin jugak begitu. Takut, cuak, senak, neves semua ada....tuhan je tahu ape yg ade kat hati ni. Macam2 yang difikir.? pada saat ni, 4flat matlamat utama! ye la...sape tak nak 4flat kan?? Natijahnya...

  • dok mengadap buku 25 jam sehari? 
  • mungkin ada yang sampai terabai itu ini
  •  tak makan, tak mandi 
  • tak selera nak buang, tak kisah kecil ke besar~
  • tak cukup tdo..
  • bangun2 je terus bukak buku.
  • dan yang lebih teruk lagi, sampai ada yang tertinggal @ meninggalkan kewajipan kepadaNya~ Nauzubillahi min zalik.
haaa...tu baru muqaddimah. Isi dia tak banyak pun. jom, kta p ke isi pulok. 

Exam, buat sape yang mendudukinya tak keruan, gara-gara takut yang giler2 takut. takut tak dpt keputusan cemerlang. tapi, kalau kita fikir2 balik, bukan exam tu sendiri yang kita takuti, tapi amanah yang takut tak terlaksana. banyak amanah kita pikul. tu la yang patut kita takuti, amanah yang kta tak terlaksanakan~ nanti kene tanye kat akhirat nanti. susah nanti. ok. utk exam ni je, ape amanah yang kite pikul di sebalik exam ni...

  • amanah kita sebagai seorang yang bergelar Islam dalam menunaikan fardhu ain kita, iaitu menuntut ilmu dan fardhu kifayah kita dalam memenuhi tenaga kepakaran dalam masyarakat umat islam. 
  • amanah sebagai anak. Mak bapak telah mengamanahkan kita utk datang dari jauh untuk menuntut ilmu, untuk mengharumkan nama keluarga dan sudah tentulah untuk mendapatkan keputusan cemerlang...kata2 ibu bapa kita.."nak, study elok2, dapat keputusan baguih....dpt jd doktor.." tu bukan kata2 biase, tp tu adalah amanah kepada kita. Mereka bagi 101% kepercayaan kepada kita supaya dpt keputusan cemerlang.
  • amanah kita terutamanya mahasiswa sarawak untuk meningkatkan kualiti serta kuantiti umat islam kat s'wk. spt yg kta tahu, umat islam kat swk ni hanya mencecah 30%. Tu tak pasti lagi betul2 kualiti ke tak? So, tu lah amanah kita sebagai mahasiswa sarawak, bertebaranlah di muka bumi Allah, tuntut ilmu dan pengalaman sebanyak yang mampu. Balik ke sarawak, bangunkan umat islam kat sarawak, teguhkan lagi kedudukan umat islam kat sarawak. Kalau bukan kita yang bangunkan umat islam, sape lagi? Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasib mereka masing2~~~~   pendek cerita....Berjasa Kepada Masyarakat.

Itulah...kalau ada yang tension tahap gaban, sampai lupa kewajipan kepadaNya, fikirkan2lah balik, sape yang menunaikan kejayaan kepada kita. 

"hanyalah kepada Engkau kami menyembah...dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.."
surah Al-fatihah:5

No comments: