Epilog
Sejak peristiwa hitam pada malam itu, Yassir kini tidak punya ibu dan ayah. Kedua-duanya telah syahid. Mulai hari itu, Yassir turut berazam menjadi as-syahid seperti kedua-dua orang tuanya. Saban pagi, Yassir akan keluar dari rumahnya. Berbekalkan hanya batu, Yassir dengan beraninya melempari apa sahaja kereta kebal yang dijumpainya dengan jarak dekat. Biarpun lemparannya tidak punya apa-apa kesan kepada kereta kebal itu, dia terus melempar batu ke arah mana-mana kereta kebal yang dijumpainya. Yassir terus dengan lemparan batunya sehingga dirinya syahid dihabisin oleh Zionis Israel. Mereka takut sebenarnya. Takut Yassir apabila besar nanti menjadi sosok pejuang yang hebat. Mujahideen yang tak kenal erti takut. Tak pernah gentar. Katanya, membiarkan Yassir membesar ibarat menggali lubang kubur besar-besaran untuk mereka sendiri. Sebab itulah, anak kecil dijadikan sasaran.
Biarpun Yassir kini sudah tiada, jejak perjuangan Yassir membangkitkan serta menghidupkan semangat anak-anak kecil lain untuk berjuang. Biarpun bersenjatakan batu sekalipun.
Biarpun Yassir kini sudah tiada, jejak perjuangan Yassir membangkitkan serta menghidupkan semangat anak-anak kecil lain untuk berjuang. Biarpun bersenjatakan batu sekalipun.
Mesejnya cuma satu, katanya cuma satu, LAWAN!
p/s : alhamdulillah. selesai akhirnya. Mungkin ada yang tak senang kenapa setiap part tu pendek-pendek ceritanya. memang disengajakan, sebab taknak org pening. (ceh, mcm diri sendiri je..tak blh bce pnjg2)
ilham datang menulis ni setelah menonton video tentang As-syahid Faris Audah. Sangat sangat terkesan kat hati ni. Nak tahu lebih lanjut, search je kat internet. Banyak informasi tentang as-syahid.
ilham datang menulis ni setelah menonton video tentang As-syahid Faris Audah. Sangat sangat terkesan kat hati ni. Nak tahu lebih lanjut, search je kat internet. Banyak informasi tentang as-syahid.
Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika?
Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian?
Adakah kerana mereka memegang harta kalian?
Buanglah wahn,
hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian.
ALLAH jugalah yang memegang nyawa kalian.
ALLAH jugalah yang menjaga kalian.
ALLAH jugalah yang berkuasa atas kalian.
Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran,
“ Sesungguhnya ALLAH itu atas segala perkara”
Aku ulang, hidup kita hanya sementara.
Hanya sementara.
Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini.
Apa yang kalian takutkan?
Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah.
Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini.
Sabdanya,
“ Kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”
Sahabat-sahabat bertanya, “ Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”
Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
“ Cinta dunia dan takut mati”
pesan buat diri, dan semua.
2 comments:
Nicely written.=)
alhamdulillah. all praises to Him :)
Post a Comment