Wednesday, October 31

Allah Sayang

Mungkin inilah jawapan yang pernah diajukan oleh penceramah semasa Bengkel Guru Pembimbing Wanita Islam yang pernah ana hadiri baru-baru ini. 

Situasi di Taman Seri Puteri. (rumah perlindungan wanita di Sarawak)

Bayangkan, seorang gadis yang merupakan mangsa rogol oleh ayah tirinya sendiri mempersoalkan,

"Saya taat ibu ayah saya, saya buat baik, tak pernah ingkar pada mereka, but why Tuhan buat saya macam ni? Kata Tuhan itu sayang hambaNya. Tapi mengapa saya? Mengapa saya menjadi mangsa?"

Ana terkedu. 

Lidah terkelu. 

Otak membeku. 

[haha.macam over lah pulak]

Tidak tahu hendak memikirkan jawapan yang sesuai andai ana berada di dalam perahu penceramah. 

Ana berfikir, dan terus mencari jawapannya hingga sekarang. 

Dan alhamdulillah, ana teringat akan seseorang yang ana sangat sangat yakin bahawa Allah sangat menyayangi dia. Ya. Dialah yang paling Allah sayang. 

Ce teka ce teka. 

Yup. Rasul kita, Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam.

Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam merupakan kekasih Allah. Allah sangat sayang padanya. Jom kita telusuri sirah baginda daripada baginda kecil hingga wafat. 

Lahirnya sebagai anak yatim. 

Umur enam tahun, kematian ibunya.

Umur lapan tahun, kematian datuknya. 

Membesar dewasa dan diangkat sebagai Rasul. 

Dakwahnya ditentang hebat.

Dicaci oleh bapa saudaranya sendiri yang dulunya sangat sayang pada baginda.

Berhijrah ke Taif, tapi dibaling batu hingga berdarah. 

Sering menjadi buruan untuk dibunuh.

Najis dilumur ke badan baginda ketika solat.

Caci maki tengking semua ada. 


Lihatlah. Baginda melalui hidup dengan penuh kesengsaraan, kelukaan, pendarahan, pedih hati, caci maki dan sebagainya.

Dan renungkanlah jua sirah para nabi yang lain. Betapa banyak ujian yang mereka dapat. 

Nabi Ibrahim dibakar.

Nabi Nuh, isteri dan anaknya ingkar. 


Bayangkan, kalau Ikut rasional akal manusia, tak sanggup kita sakiti apatah lagi pukul sampai berdarah orang yang kita sayang.


Rupa-rupanya, inilah formula kasih sayang Allah. Allah sayang Allah uji. Lain orang lain ujiannya. Kadang-kadang tak nampak segala hikmahnya. Kita buat baik, tapi jadi begini. Kuncinya, Allah sayang Allah uji. Lagi Allah sayang, lagi banyak Allah uji. 

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt." 
[Surah Al-ankabut:2]

"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" 
[Surah At-Taghabun:11]

Maka, janganlah dipersoalkan ujian itu. Berbahagialah, kerana anda insan terpilih. InshaAllah. ^^

1 comment:

potsmokerz said...

Alhamdulillah...terima kasih. jawapan yg dicari-cari selama ini terjawap juga akhirnya. syukur pada Allah SWT