Saturday, September 17

muhasarawak diri.

Assalamualaikum & hye peeps.

ok, muhasabah, bukan muhasarawak. 

Cerebrum sekali lagi menghantar nerve impulse ke phalanges untuk terus menulis. 

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan kepada diri ini untuk bernafas di buminya yang begitu sempurna ini. Bernafas tanpa caj. Dan yang paling utama, Allah masih lagi membenarkan kita bernafas dalam nikmat terbesar yakni Iman dan Islam. 

Tapi, ana sendiri jarang sekali bersyukur. Astaghfirullah...

Kuliah sudah mula seminggu dan alhamdulillah, ana sudah jatuh cinta dengan jurusan ana kali ini. Ana juga sudah mula dapat mengadaptasikan diri dengan suasana zaman degree. Biarpun kena jalan hari-hari dari Kolej Bunga Raya ke Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, yang jauhnya, jauh la jugak. Tapi tak sejauh perjalanan hijrah Rasulullah dari Mekah hingga ke Madinah kan? Seringkali ana ingatkan diri sendiri, setiap kali terdetik hati dan mulut mengeluarkan rungutan, kenapa tidak kita pernah bersyukur dan gantikan rungutan itu dengan keikhlasan? memang tak semudah menulis, tak semudah bertutur, tapi tidak mustahil kan? 

Andai setiap langkah kita bersulamkan keikhlasan, inshaAllah, langkah itu bukan langkah yang sia sia. InshaAllah ada ganjaran pahala dalam setiap langkah itu. Tapi andai kita sering merungut, menyeranah, menyalahkan takdir "kenapa la bas sikit sangat." maka, langkah itu cuma penat dan peluh semata-mata kan? 

Allahu,muhasabah diri. 

Hidup ini umpama sebuah kembara. Kembara hamba mencari cinta Ilahi. Kita diutuskan di bumi Allah ini tidak lain dan tidak bukan, sebagai hamba, sebagai khalifah. 

Allah telah berfirman :

“Dan tidaklah Kuciptakan jin dan manusia, kecuali untuk menyembah kepada-Ku” (QS. 51:56)

dan
“Dan (ingatlah) ketika Tuhammu berfirman kepada para malaikat, Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.” ( Q.S. Al- Baqarah: 30)


Sebagai hamba, sentiasalah terus mencari redha dan cinta Ilahi, mendekatkan diri padaNya, biarpun terpaksa merangkak dan kadangkala terjatuh. Itulah mehnah itulah pahit manisnya jalan ini. Kita tiada pilihan lain, cuma jalan ini sahaja yang perlu kita lalui.

Beginilah kehidupan seorang hamba. Sentiasa melihat dirinya dari kaca mata pencipta. Merasai hakikat diri sebagai sebagai seorang hamba tidak memberikan kerugian di dalam kehidupan, tetapi lebih membawa kepada keuntungan. Apabila berada dalam kesusahan, merasakan tenang jiwanya kerana masih adalah Allah yang maha kaya dalam hidupnya. Apabila berada dalam kesenangan diri sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.

Seperti kata-kata hukama’ “Nikmat itu ibarat binatang liar, maka tambatlah ia dengan syukur”. Sekiranya gagal diselarikan nikmat itu dengan syukur dikhuatiri membawa kepada kufur. Sehingga digelar orang sebagai kufur nikmat. Hidup di dunia dan akhirat tidak selamat.

Nauzubillahi min zalik.

Ini muhasabah buat ana sendiri. Ana yang kadang kadang merangkak, seringkali tersungkur di jalan ini. Bila tersungkur, cepat cepatlah bangun semula, jangan terus tersungkur. Berdiri dan teruskan berjalan. Berjalan tanpa henti menuju cintaNya, mengejar redhaNya, menyambut rahmatNya. Jangan juga lupa, sepenuh pergantungan kita hanya padaNya. Teruskanlah berdoa. Ia senjata mukmin.

Dan, jangan lupa kenang ana dalam doa doa anda :)) doakan ana terus kuat, dan tsabat di jalan ini.

p/s : jannah, awak bukan sekadar kawan saya, awak sahabat saya. Iboh kecik ati if i didn't share things that I should share as a sahabat. :)) awak tetap sahabat saya di dunia dan akhirat. :))

Wednesday, September 14

simply untitled.

Assalamualaikum & hye peeps. 

Alhamdulillah, finally, i have the opportunities to write. 
Too much things to say. 
But I really want to make this short and simple. 

So far, Alhamdulillah. Now I'm officially "Mahasiswa UNIMAS". 

Bachelor in Resource Biotechnology.

GREAT!

I still remember my mom's words just a day before I registered myself in UNIMAS.

"now, both of your legs are in UNIMAS. The moment you step in UNIMAS, just focus on what are you doing now and please please forget about medic.."
(mak I speaking, kalah anak dia... -.-")

So how?
MAP is cool. Biotech is awesome. 
Maybe this is the best for me. Who know, right? Allah knows. 

oh by the way, seroja is still the best! :) 

and...of course I miss all the asasians. 
Some of us were going to Lot 77. 

teringat masa last day MAP, dan budak kolej medik akan balik ke lot77. 

segelintir kitorang keluar. hehe. without permission. salam salam, peluk peluk sahabat. 

menitiskan air mata.

some L.Os yang tengok kitorang, buat buat tak tahu. nasib baik tak kena marah. 

sedih sangat sangat masa tu. 

ukhuwwah masa asasi tu, manisnya, hanya yang merasakan kemanisan ukhuwwah sahaja yang tahu.

dan dan...

ex-roommate sik sehat, hopefully she will be fine. Syafakillah sahabat. sik pa, lot77 banyak doctors and nurses nak jaga awak. hehe. :) 


sorry for rojak language. Sometimes things are expressed well in english and sometimes in malay and sarawak malay too. hehe :)