Wednesday, May 28

Mahalnya Islam

Islam itu mahal. Terlalu mahal harganya. 

"Andai kau memiliki dunia dan seisinya, dan ditambah lagi dengan jumlah setara itu, jika kau tak punya iman, kau akan duduk di neraka selama-lamanya..." -quoted-

Kerana tahu mahalnya Islam itulah menyebabkan Saiyyidah Khadijah tatkala ketika dia mahu pergi menemui Ilahi, dia tidak punya apa-apa. Kain menutupi badannya cuma cukup-cukup. Hanya itu. Seluruh hartanya telah diinfaqkan untuk Islam. 

Kerana tahu tingginya Islam itulah menyebabkan Saiyyidina Abu Bakar hanya berpakaian guni berbutangkan duri kerana seluruh hartanya diinfaqkan untuk peperangan. Perang Badar, Uhud, Tabuk. Yang ditinggalkan untuk anak dan isterinya hanya Allah dan RasulNya.

Kerana merasa berharganya Islam, tatkala diseksa sehingga berbara-bara tubuhnya di padang pasir, diseret bawah mentari yang terik dan dihempap dengan batu besar, ia hanya menyebut "ahad...ahad...ahad..." dan mempertahankan aqidahnya. Tak rela ia berpaling semula walaupun jiwanya mungkin terancam. 


Mereka ini telah membayangkan syurga di depan mata. Yakin.

Begitu besar pengorbanan mereka. Ini baru sebahagian. Ramai lagi kisah pengorbanan para sahabat yang terlalu banyak untuk dinukilkan di sini.

Akhawat...

Mereka telah membuktikan mereka layak untuk mendapat syurga Allah dan bertemu denganNya,
Maka apakah pengorbanan yang telah kita lakukan bagi membuktikan bahawa kita turut layak menempah syurga-Nya....

dan bertemu dengan Allah?

Cukupkah sudah sekadar masih berbasa basi untuk membahagikan masa kita?
Cukupkah sudah sekadar tidur sepanjang hari mahu berehat semata-mata?
Atau cukup sekadar 4.00 cgpa peperiksaan?

Tidak. Tidak cukup.

Akhwat...(LEBIH UNTUK DIRI!)
Syurga itu mahal.
Kuncinya pada Islam.
Pada Islam itu adanya kemuliaan,
Pada kemuliaan itu pula letaknya tanggungjawab.
Dan setiap tanggungjawab itu,
memerlukan PENGORBANAN.

PENGORBANAN YANG BESAR.
Bukan biasa biasa.