Tuesday, January 18

semoga istiqamah, Jasmin!

Assalamualaikum & hye peeps~

Ingat tak post Min yang lepas? 
Yang Min cerita Min nak sangat buat sesuatu tu, tapi belum ada kekuatan? 
Alhamdulillah, Min dah berjaya buat benda tu.
Min sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat di sekeliling,
kerana banyak membantu Min buat benda tu.
Walaupun korang tak tahu yang korang telah bantu Min,
tapi korang banyak membantu sebenarnya.
Gara-gara perasaan jeles tengok korang,
timbul persoalan dalam kepala Min, 
kalau korang mampu, 
kenapa tidak Min?


Sebab tu la Min sangat sayang sangat-sangat korang.
Walaupun ada antara kita yang tak rapat sangat.
Kalau nak berubah,
kena ada persekitaran yang baik,
kawan yang baik,
dan percayalah,
korang telah memberi persekitaran tu.
korang telah bagi contoh terbaik.
Apa-apa pun, 
moga Min istiqamah.
Moga Allah sentiasa pegang hati Min,
hati kita,
bertaut kasih keranaNya.
SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN KORANG~

Sunday, January 16

kenapa sukar menangis~

Ya Rabb,
kenapa begitu sukar sekali, 
diriku menangis,
dek takutkan murkaMu,
dek rindukan maghfirahMu...

Ya Allah,
sedangkan Rasulullah SAW,
yang terpelihara daripada dosa,
paling banyak menangis kerana takutkanMu,
tetapi, 
kenapa diriku,
yang hina lagi kerdil,
yang penuh dengan dosa,
begitu ego,
menitiskan airmata keranaMu?

begitu sukarnya menangis,
bukan kerana bekunya airmata,
tetapi kerasnya hati dalam dada,
dilitupi debu kejahilan...
ditutupi noda kemaksiatan...

sedangkan diriku sedar,
airmata yang takutkan Allah,
bisa memadamkan api neraka.
tak ternilai harganya,
dengan permata....


Rasulullah saw bersabda:
 “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.




Duhai Jasmin, 

Menangislah,
basahkan pipimu dengan kekesalan,
pinggirkan egomu,

sirami hatimu dengan ketakwaan,
mencambah benih makrifat,
rayulah hidayah Allah,
moga kan bertemu,
erti manisnya sebuah keinsafan....




sekadar luahan hati~ 









Thursday, January 13

LA TAHZAN~

bila mulut tak mampu berbicara, 
merungkai simpulan resah di jiwa,
mata pena menukilkan madah,
kalam dariNya penawar duka.

kadang-kadang hati merintih derita,
jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih,
andai tiada tempat mengadu,
Allah sentiasa ada.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)


ku yakin,
andai kesabaran menjadi teman,
jika senyuman menjadi sahabat,
setiap dugaan,
mencambah benih hikmah dalam perlakuan,
menyubur pepohon keimanan,
menuai buah kemenangan.

maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
(95:5-6)



la tahzan, innallaha ma'ana...
jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita~

Thursday, December 30

Pendapat Orang.

Assalamualaikum & hye peeps. 

Sorry la sebab lama tak update. Susah betul nak istiqamah update. Satu lagi, bila idea tu dah tak de, mulalah nak tekan butang "backspace" berulang-ulang kali dan akhirnya, tutup tab blog ni. 

Tajuk entry, pendapat orang. Pelik kan tajuk tu? Sampai nak pilih tajuk pun susah cari idea. Ok. dipendekkan cerita, bebudak asasi unimas ni sekarang tengah heboh main satu game ni. 

Mula-mula macam ni. 

"Inbox me any number between 1 and 5000 - I'll make the number as a code to write a thing that I like about you in my status. The fun thing is, only you and me know what your number is."

Lepas kawan dah inbox nombor kod die tu, kte letak la apa yang kita suka pasal orang tu. Apa-apa description pun boleh. So, sekarang ni, Min nak letak pendapat-pendapat orang kat Min dan rasanya nak ulas sekali kot. Nak ulas kat status tu, takut kantoi pulak kan?

Ni la antara pendapat-pendapat orang kat Min :


ingin nak jd james bond ke?sori la tp no 0 tu terlebih 1 hakhakhak.cute org nya.jumpa kat masjid.rajin sngt belajar smpai selalu tdo lewat jadi salu mengantuk.sngt2 lawak kalo mengantuk.mesti merapu2 xtentu pasal hakhakhak :P
>>haha. no comment. memang betul pun, first time jumpa kat masjid. yang hujung-hujung tu, mak ai. kantoi la..




cute~ best beborak ngn awk bab asyk ketawa jer hikhik sgt baik, peramah, prihatin, baik n baik n baik n byk ilmu yg dikongsikan bersama ^__^

>>doakan Min kekal jadi kawan yang baik ek?



orang yg berbudi bahasa.. aku juz nampak nya masa first2 educamp.. mcm perempuan melayu terakhir jak rupa time ya.. hehe.. rupanya nya salah seorang kawan kepada kawan aku masa ya.. it's a small world... ^^ sekarang tuk dah jadi classmate
>>yup, it's a small world. berbudi bahasa? perempuan melayu terakhir? haha. melawak. tapi terima kasih lah ye. haha. takpe, pendapat orang. 


xberapa nk rapat sgt.....hah ni lg sorg....active gak dlm klas bi....lg2 time die tertibe blurr nk ckp pe....cute btol.....hehehe....gurau k??? btw, die ni suke like link2 yg ak post....slalu je ak tgk nme die...hehehe....be happy always k???
>>tq. alhamdulillah, dekat asasi ni baru ada kesedaran nak aktif dalam kelas english. kalau kat sekolah, antara yang paling pasif kot. 


kite x rapat sgt....tp aku salute mse kau explain bio time tutorial....slow and steady je weyy....nice2....tp aku rse kau cute,kecil molek....heeee:)hope lepas ni kite bley jd lg rapat.....good luck:)
>>inshaAllah. harap2 boleh jadi rapat pas ni. bio? Min menggeletaq kot kat depan tu. 


assalamualaikum, muslimah yg brani mnyuarakn pndangn. out spoken. kdng2 dlm meeting, bile dgr idea dye, trsedak dibuatnye...neway, kdng2 bole jdi sgt2 lwk..hihii..truskn imarahkan msjid yeap..:) oowh..tlg update blog..
>>waalaikumussalam. hehe. mudah2an Min terus berani menyuarakan yang hak. yang pasal sangat2 lawak tu, mesti gara-gara kelas English kan? InshaAllah, doakan Min istiqamah ke masjid. Btw, tengah update la ni. hehe


bising~tp bab beli kicap rase nyer xd masalah...sweet n kind..thnx 4 be my fren...
>>thanks. ye la. mudah2an kita kawan sampai bila2 walau asasi ni dah abis..


kwn yg slulu berada di hujung sekali if dlm kelas mt...if kt kumpul bersama kalau gelak...mmg pecah prut lah...nmpk serius..tp sbenarnya..huh..jauh panggang dri api..apa apa pun..heppi jd kawan awak....hope jmpa nti kt kuching..
>>inshaAllah. yang kelakar nya, betul ke Min ni nampak serious? haha. Btw, tempat tu memang tapak sejarah kegemaran Min. haha.


haip budak comel . aku ok jela , mane de terasa bila kau cakap gitu masa kat tangga tu . saje je nak bagi kau malu-malu meow depan aku . hehehe . kau baek sgt , nnt lau ada makanan , jgn lupa anta bilik aku . hahaha . aku suka tengok senyuman kau . :)
>>datang je kat bilik. Min akan bagi makanan. Min segan la nak pegi bilik orang. Btw, senyum kan sedekah. Doakan Min terus kekal menjadi baik...hehe





peminat guitar macam saya,bila lagi nak jamming sama?haha...kenal wkt berprograme,tak sangka boleh jadi kawan rapat..salah seorang kawan yang bijak and sanggup menolong kawan yg memerlukan..may you be a good doctor öne day!
>>jamming? haha. boleh bah kalau kau~ tapi kalau bunyi gitar tu rosak, sory ek? apa2pun, ameen. mudahan Min dapat jadi seorang doktor nanti...


kamek suka kwn ngan kitak. comel jak. haha. xtau den nak cakap bahaso srwk do. cmnilah yo. ekau memang baek. ekau ubah persepsi den dokek org srwk.huhu. sempoi. itu den suko. ekau takut cicak. kan?.uppsss. noe gatuem saram tu opsoee.
>>Alhamdulillah. bagus la kalau gitu. curious pulak, ape yang Min buat yang mengubah persepsi dekat orang Sarawak? Dan apakah persepsi tu? hahaha..apa2pun..saranghae~~ 





haa. tu la antara pendapat-pendapat orang tentang Min. Best jugak main benda alah ni. (macam bunyi tutor math Min pulak.) Sebab kita tahu apa pendapat orang tentang kita. yang tak berapa nak bagus tu, tu la masanya nak improve. Ok, apa2pun, terima kasih atas teguran pujian semua tu. Pujian hanya pantas buat Pencipta kita. Apa yang baik tu, Dia jugak yang mendatangkannya kepada kita. Kita tidak akan berkehendak kalau Dia tidak berkehendak. 

Sunday, December 26

jadilah golongan yang sedikit

Assalamualaikum & hye peeps~

Otak dah tepu. 
Poning-poning da den ni. 
Susah bebeno nak habiskan nota-nota bio. 
Sekarang pun tak habis lagi. 

Tapi kan..
bila study pasal immunity ni kan...
nampak dengan jelasnya kasih sayang Allah kepada kita...
Ye la..
cuba bayangkan jika Allah ciptakan "pathogen"..
tanpa menganugerahkan immune system kepada kita? 
Pasti parah kan?
Tak habis-habis kena serang penyakit.

Tengok..
betapa besarnya rahmat dan kurniaNya pada kita...
ibarat sebutir buih di lautan yang luas kan??
betapa sayangnya Dia pada kita.
Kita?
patuh ke tak arahanNya?
bersyukur ke tak pemberianNya?
Min, kamu jawab sendiri.

dah-dah...
lebih masa dah Min online. 
haha. 
sambung-sambung~
(sambung tengok bola..haha)
chaiyok2.
doakan Min ye~