Ya Rabb,
kenapa begitu sukar sekali,
diriku menangis,
dek takutkan murkaMu,
dek rindukan maghfirahMu...
Ya Allah,
sedangkan Rasulullah SAW,
yang terpelihara daripada dosa,
paling banyak menangis kerana takutkanMu,
tetapi,
kenapa diriku,
yang hina lagi kerdil,
yang penuh dengan dosa,
begitu ego,
menitiskan airmata keranaMu?
begitu sukarnya menangis,
bukan kerana bekunya airmata,
tetapi kerasnya hati dalam dada,
dilitupi debu kejahilan...
ditutupi noda kemaksiatan...
sedangkan diriku sedar,
airmata yang takutkan Allah,
bisa memadamkan api neraka.
tak ternilai harganya,
dengan permata....
Rasulullah saw bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
Duhai Jasmin,
Menangislah,
basahkan pipimu dengan kekesalan,
pinggirkan egomu,
sirami hatimu dengan ketakwaan,
mencambah benih makrifat,
rayulah hidayah Allah,
moga kan bertemu,
erti manisnya sebuah keinsafan....
sekadar luahan hati~
No comments:
Post a Comment