Assalamualaikum & hye peeps~
Hahha..banyak jugak aku post sepanjang cuti ni. Biarlah, nanti masuk sem 2, sampai beranak pinak pak spider kat dalam ni.
Tadi, topik imam muda menjadi topik perbualan Jasmin dengan mak dengan adik dengan kazen2..biasala, orang sibuk nak bertunang. Chop..chop...bukan Jasmin nak tunang ye. Tapi sepupu kepada mak Jasmin yang nak tunang. HAHA. jangan salah faham ye..
Berbalik kepada imam muda, imam muda yang Jasmin maksudkan bukan imam muda astro oasis tu, tapi imam muda yang ade kat sekolah lama Jasmin dulu. Sempena pasca PMR, skolah tu buat pertandingan imam muda untuk lepasan PMR.
entah dari mana cerita ni keluar, mak Jasmin tiba-tiba mengeluarkan cerita Jasmin masuk pertandingan hafazan. Ya, itu pertandingan hafazan pertama yang Jasmin sertai, iaitu semasa Jasmin masih lagi 6 tahun.
Hari tersebut, lain dari biasa. Jasmin dihias.melaram. bak kata orang kelate, JANGOK. biasala, kali pertama anak diaorang masuk pertandingan. Setelah diundi, Jasmin mendapat surah Al-falaq. Alhamdulillah..surah yang Jasmin hafal.
Peserta ke____ dipersilakan...
Bismillahirrahmanirrahim...Qul a'uzubirabbil falaq.
Min syarrima khalaq.
Wa min syarrin naffa sa ti fil 'uqad...(sepatutnya wa min syarri gha siqin iza waqaf.)
menyedari Jasmin tersalah baca...tiba-tiba...
"eh salah,,,salah baca kamek...saruk..."
(eh salah, salah bce...tersilap...)
haaa...sempoi jugak budak ni. penonton kat bawak gelak. nasib baik la Jasmin tak nangis. hello, Jasmin bukan jenis yang cepat nangis dengan benda2 macam tu..
oleh itu, jangan la gemuruh.kalau gemuruh, semua benda bukan2 boleh terjadi..hehehe
No comments:
Post a Comment